Kristal Swarovski
Kristal Swarovski diambil sempena nama pengasas bentuk kristal tersebut dari Austria yang bernama Daniel Swarovski lebih seratus tahun yang lepas dan sehingga kini tradisinya masih diteruskan oleh Swarovski Company yang berlambang angsa seperti di sebelah.
Kristal Swarovski terkenal dengan kualiti dan kecantikannya menerusi proses penghasilan yang mementingkan ketepatan & kejituan. Malah di Malaysia ia antara jenis kristal yang paling diminati oleh wanita walaupun ada jenis kristal lain yang lebih mahal seperti kristal dari Brazil. Mutu penghasilan Kristal Swarovski masih belum dapat ditandingi oleh mana mana pembuat kristal sehingga kini.

Satu lagi faktor yang membezakan Kristal Swarovski dengan kristal lain ialah kandungan karbon yang melebihi 30% dalam bahan tersebut membolehkannya menampilkan spektrum kilauan yang menarik
Kristal Swarovski popular digunakan dalam penghasilan gelang, kerongsang (brooch) dan loket (pendant) samaada 100% menggunakan Kristal Swarovski atau diselang selikan dengan bahan lain seperti Russian Diamond atau mutiara asli. Bagi peminat kristal, agak mudah membezakan jenis Kristal Swarovski dengan kristal biasa yang murah kerana Kristal Swarovski mempunyai daya kilauan yang lebih ketara dan bentuk yang lebih cantik yang tidak dapat dihasilkan oleh bentuk penghasilan kristal yang lain.
Contoh gelang Kristal Swarovski yang diselit dengan Russian Diamond (bulat):


Antara tempat yang popular di mana gelang, loket atau kerongsang (brooch) ialah Sabah seperti di Pasar Kraftangan di Filipino Market, pasar malam di Kampung Ayer, Plaza Wawasan dan Wisma Merdeka (semua di Kota Kinabalu) dan juga sebahagian tempat di Sarawak seperti Kuching dan Pasar Serikin.

Pasar Kraftangan, Filipino Market, KK, Sabah

Pasar malam Kampung Ayer, KK

Wawasan Craft Centre di Plaza Wawasan, KK

Wisma Merdeka, KK

Pasar Serikin, Sarawak.
Untuk melihat beberapa contoh kristal serta mutiara yang kami beli dan jual boleh klik di sini.
Technorati Tags: kristal swarovski
Entry Lain Yang Menarik:
- 4 Tip Rekaan Dapur
- Tip Kurus: Senaman Kardiovaskular atau Senaman Otot?
- Adakah Berlari Berkesan Untuk Kuruskan Badan?
- 5 Tip Kuruskan Badan
Comments
One Response to “Kristal Swarovski”
Leave a Reply




salam ,,,bagi pecinta gelang kristal swarovski
kami memperkenal kan product baru kami ,yang berupa bahan meronce/bahan untuk merangkai kristal swarovski, terbuat dari logam anti karat tidak pudar apabila terkena lotion dan parfume.
kami memberikan training gratis bagi yang ingin mengetahui cara pembuatan gelang kristal swarovski.
Reply