Kolam Air Panas Gadek, Melaka

Kolam Air Panas Gadek terletak di Alor Gajah, Melaka dan sesuai dilawati jika anda berkunjung ke A-Famosa resort atau dalam perjalanan ke pekan Tampin atau Alor Gajah. Jaraknya dari A-Famosa resort adalah kira kira 10 minit perjalanan memandu, manakala dari bandaraya Melaka adalah kira kira 30 km.

Menurut sejarah, sumber air panas ini dijumpai oleh orang British dan kemudian ditemui oleh orang kampung yang melihat ramai tentera British mendiami kawasan sekitarnya.


Sumber air panas di Gadek dikatakan mampu mengubati beberapa jenis penyakit kulit. Suhu air panas di sini mempunyai purata 56 darjah celcius dan boleh digunakan sebagai alternatif untuk merebus telur sekiranya tong gas Petronas di dapur sudah kehabisan.

Kolam Air Panas Gadek ini juga kini telah dinaik taraf dan diubahsuai, serta dilengkapi dengan kemudahan persalinan, restoren dan juga taman permainan.

Technorati Tags:

Comments

5 Responses to “Kolam Air Panas Gadek, Melaka”

  1. syokbisnes on May 3rd, 2009 4:14 am

    Memang mantap air panas.Rugi sape yang tak pegi.

    Reply

  2. kyt on September 6th, 2009 10:58 am

    telur pun masak apabila rendam kat sana.

    Reply

  3. jack on January 29th, 2010 4:56 am

    banyak roadblock la nk g sna……..
    sma mcm bemban….
    ada emas kerw??????????????
    pnat kte org dtg dri clunk…………

    :( :( :(

    Reply

  4. bro on May 3rd, 2010 10:03 am

    sungkai lg best..laaa…xcye bleh try

    Reply

  5. maisara on July 7th, 2010 8:43 am

    Nak kata bez sgt tu..tak lah. Tapi nampak mcm kaw x trjaga sangat, bilik mandi mcm teruk jer
    tempat parking waktu malam, gelap, sampai terjatuh saya..need some improvement

    Reply

Leave a Reply