Kes Lina Joy – terbaru 30 Mei 2007
Lina Joy gagal dalam rayuan terakhir untuk menggugurkan perkataan ‘Islam’ dari kad pengenalannya. Keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan yang menegaskan keputusan Jabatan Pendaftaran untuk tidak membenarkan perkataan Islam dipotong adalah muktamad.
Permohonan kepada Mahkamah Rayuan itu dilakukan setelah Mahkamah Tinggi, pada April 2001, menetapkan bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.
Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden.
Lina adalah penganut Islam yang murtad setelah membuat pengumuman keluar dari Islam, serta menukar namanya daripada Azalina Jailani kepada Lina Joy .
The Star – Counsel: Islam can’t be renounced at will.
Comments
2 Responses to “Kes Lina Joy – terbaru 30 Mei 2007”
Leave a Reply




[...] Kes Lina Joy – terbaru 30 Mei 2007 [...]
yang terbaru ke ni???sekarang dah 2009 laa….xkan kes ni senyap jer….dengar khabar yang kes lina ni menang….betul ke???
Reply