Kenaikan lagi gaji kakitangan awam?

Pasti kakitangan kerajaan gembira dengan durian runtuh kenaikan gaji, elaun dan insentif yang bakal bermula bulan Julai 2007 ini. Seharusnya ini memberi inisiatif yang lebih kepada mereka untuk terus berusaha memajukan produktiviti serta memberikan khidmat pelanggan yang baik kepada masyarakat. Sebelum ini kakitangan kerajaan dicemuh kerana tidak cekap dan tidak mesra pelanggan. Tibalah masanya untuk berubah.

Pasti kakitangan swasta yang terpaksa bekerja 18 jam sehari akan masam mencuka, lagi lagi jika majikan mereka mengumumkan tiada kenaikan gaji yang bakal diberikan selari dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan. Dahla kerja keras, gaji pun sikit.

Tetapi tahukah anda kerajaan sudah bersedia untuk menaikkan sekali lagi gaji dan elaun kakitangan kerajaan? Apakah syarat syaratnya?

Syaratnya ialah, anda hendaklah bekerja sepantas di bawah:

Kalau kerja boleh siap cepat macam ni, baru boleh fikir kenaikan gaji lagi. Kalau tidak, boleh bersara dengan gaji yang diterima sekarang.

Comments

One Response to “Kenaikan lagi gaji kakitangan awam?”

  1. syed on June 5th, 2007 10:11 am

    gaji kakitangan kerjaan naik setelah 17 tahun tak naik

    gaji kakitangan swasta naik every year berdasarkan prouktiviti

    org swasta dapat pergi klinik panel swasta yang JAUH lebih baik dari kelinik kerajaan

    kawan saya hanya ada SPM, kerja kat law firm dapat RM2000 sebulan, tapi adik saya kerja kerajaan cuma dapat RM636.30 sebulan aje

    Reply

Leave a Reply