Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007, UPM
Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007 akan diadakan di Universiti Pertanian Malaysia, bermula 26 hingga 29 Julai ini (Jumaat-Sabtu) di Dewan Utama UPM.
Beberapa program utama telah diaturkan untuk para penganggur dan juga graduan termasuk pameran kerjaya, ceramah dan seminar kerjaya, seminar keusahawan serta temuduga terbuka untuk jawatan kosong yang disediakan oleh syarikat syarikat terkemuka.
Antara syarikat yang turut bakal memeriahkan karnival kerjaya ini ialah Petronas, Great Western, Khazanah Nasional, HSBC, Celcom, Panasonic, Ambank Group dan lain lain. Sebanyak hampir 7000 jawatan kosong bakal ditawarkan sepanjang karnival ini.
Jangan lupa untuk membawa resume dan juga salinan fotokopi sijil sijil berkaitan.
Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007 dijadikan inisiatif dalam usaha untuk memberi lebih pendedahan berkenaan maklumat kerjaya dan pendidikan lanjutan kepada penganggur, para graduan dan bakal graduan.
Maklumat lanjut tentang Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007.
Untuk versi bahasa Inggeris, klik SKOR Career Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007.
Comments
2 Responses to “Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007, UPM”
Leave a Reply




karnival kerjaya 2008 bila?
Reply
Prof Madya Dr Kalaivani Nadarajah Reply:
October 12th, 2008 at 12:50 am
Karnival Kerjaya Kebangsaan 2008 akan diadakan dari 17-19 Oktober di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) dan Dewan Gemilang UKM.
Reply