Jovian Mandagie vs Radzuan Radziwill
Baru berusia 21 tahun, Jovian Mandagie menggegarkan dunia selebriti Malaysia setelah kontroversi melanda dengan ciptaan fesyennya yang ditolak untuk memberi laluan kepada rekaan Radzuan Radziwill untuk dipakai oleh Linda Onn sewaktu pelancaran Red Carpet di Hollywood.
Dalam kontroversi tersebut, Linda Onn telah menolak untuk memakai rekaan fesyen Radzuan menyebabkan reputasi masing masing sebagai hos dan pereka fesyen terkenal terjejas. Radzuan merupakan pereka fesyen yang seringkali dicari oleh selebriti tempatan untuk majlis istimewa mereka. Antaranya termasuklah Siti Nurhaliza yang memakai kebaya ciptaannya sewaktu perkahwinannya dengan Datuk K.
Rekaan Jovian pada mulanya ditolak kerana beliau bukan pereka fesyen dari Malaysia tapi dari Indonesia. Tapi siapakah Jovian Mandagie ini yang sebenar?
Jovian Mandagie mula berjinak jinak dengan dunia fesyen dan kecantikan apabila menguruskan perniagaan salun milik ibunya pada usia 18 tahun. Pada ketika itu beliau masih menuntut dalam bidang rekaan fesyen di Universiti Lim Kok Wing. Ibu beliau berasal dari Indonesia dan berkahwin dengan suaminya yang berasal dari negeri Kelantan.
Jovian mencipta namanya dengan rekaan fesyen untuk kumpulan Ratu, Rossa dan juga artis tempatan Ning, Nikki dan Yanie serta pengacara Yasmin Hani (gambar). Ramai berpendapat bahawa rekaan Jovian untuk Linda Onn diketepikan sebagai tidak munasabah memandangkan Jovian dibesarkan di Malaysia sekal berumur 5 tahun dan juga mempunyai outlet dan operasi di Malaysia.

Walaupun kecewa rekaan fesyen beliau diketepikan di Red Carpet atas alasan bukan beliau bukan pereka tempatan, Jovian yakin bahawa ada hikmah disebalik kejadian tersebut. Kontroversi tersebut secara tidak langsung telah mempopularkan nama beliau sendiri dalam dunia fesyen. Malah, ramai yang berpendapat bahawa Jovian Mandagie bakal menjadi nama besar dalam bidang fesyen oleh kerana usianya yang masih muda dan perjalanannya yang masih lagi panjang.
Technorati Tags: radzuan radziwill, jovian mandagie, linda onn, siti norhaliza
Entry Lain Yang Menarik:
Comments
Leave a Reply




