JONG’s Crocodile Farm
Jong’s Crocodile Farm, atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Ia terletak di sekitar daerah Padawan (sepanjang jalan Kuching-Serian) dan boleh dilawati dengan perjalanan kira kira 45 minit dari bandar Kuching. Memandangkan Sarawak memang begitu sinonim buaya maka lawatan ke Jong’ Crocodile Farm ini seolah olah menjadi kemestian kepada pelancong dari luar Sarawak.

Sungai sungai di Sarawak juga seringkali menjadi tumpuan apabila berlaku serangan atau amukan buaya yang berlaku di sekitar Sri Aman, Bintulu, Kuching dan sekitarnya. Kadang kadang mangsa serangan buaya adalah kanak kanak hingusan dan pencarian mayat sering berakhir dengan penuh menyayat hati (amaran: gambar berikut tidak sesuai untuk tatapan umum).

Buaya yang paling tersohor di Sarawak ini Buaya Hitam Putih yang diberi nama Bujang Senang. Bujang Senang menjadi mashur apabila sekumpulan buaya jenis ini mengamuk dan membaham manusia di sekitar Sungai Batang Lupar, Sri Aman, pada awal tahun 1990-an. Kehebatan Bujang Senang terserlah dengan kebolehannya untuk meloloskan diri dari penembak tepat (sniper), penangkap buaya professional dan juga bomoh dan pawang pawang sehingga ada sekumpulan masyarakat setempat menyatakan Bujang Senang adalah binatang jelmaan.

Jong’s Crocodile Farm juga adalah kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya yang terbesar di Malaysia. Pada awal penubuhan taman buaya Jong ini pada tahun 1963, pembukaannya adalah untuk tujuan komersial iaitu untuk memperdagangkan kulit buaya, tetapi kemudiannya ditukar kepada mini zoo yang ada hingga sekarang. Ia diberi nama sempena pemilik dan pembuka taman ini sendiri iaitu Johnson John. Johnson John juga adalah penulis bersama buku ‘Man-eating Crocodiles of Borneo’ bersama James Ricthie. Harga masuk ialah RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak kanak di bawah 12 tahun.


Buaya buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur. Buaya yang masih kecil ditempatkan bersama di dalam sangkar yang lebih kecil. Begitu juga buaya yang masih diperingkat ‘remaja’. Manakala buaya dewasa dibiarkan hidup berkumpulan dalam kawasan teritori yang lebih besar.






Ada juga spesis buaya pelik seperti buaya tidak berekor (Tailless Crocodile) seperti di bawah dan buaya tidak bermata (Eyeless Crocodile)- tiada gambar.

Walaupun dikenali sebagai taman buaya, Jong’s Crocodile Farm juga menempatkan spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo.











Waktu yang paling sesuai untuk melawat Jong’s Crocodile Farm ialah pukul 9 pagi dan juga 3 petang kerana waktu ini demonstrasi memberi makan kepada buaya akan diadakan.


Comments
9 Responses to “JONG’s Crocodile Farm”
Leave a Reply



hai. saya rosnani dari rtm.. saya ingin bertanya jika kami ingin membuat pengambaran mengenai memburu buaya atau menangkap buaya di sungai adakah dibenarkan atau bolehkah kami mendapatkan kerjasama daripada pihak tuan. untuk memudahkan lagi bolehkah pihak tuan memberi contact number sesiapa yang patut kami hubungi dan pihak yang terlibat. dan sekiranya terdapat topik atau cadangan yang menarik untuk ditayangkan di televisyen tuan boleh emailkan ke naniazan@yahoo.com terima kasih.
Reply
seram nye….harap2 buaya tu dah kena tangkap
Reply
sure looks fun! will go there next month!
Reply
saya dari perak, nak bertanya tentang tiket. Bolehkah dapat diskaun jika pergi dalam rombingan seramai 59 orang dalam bulan april ini. ok
Reply
serem banget buayanya jadi bwt bulu kuduk merinding,terus bisa bwt orng takut ampe ga bisa tiduuuuuuuuuuuuuuuuuuuur.
Reply
serem banget
Reply
mmmmm mmg menggerunkan tp kan kebenaran
Reply
Buayanya Bole di Sate Kah,,,,
Reply
Salam, Pembaca pesona batik
Sila email/call/sms ke 0198274546 atau 0168565653 utk maklumat lanjut mengenai hotel/transport & tour di kuching.
Reply