Jangan Pandang Belakang pecah rekod Sembilu

Filem Jangan Pandang Belakang arahan Ahmad Idham telah mencatat jualan RM6.33 juta selepas sebulan ditayangkan, sekaligus memecah rekod filem Sembilu II arahan Datuk Yusof Haslam yang mengaut RM6.2 juta pada 1995.

Dalam tempoh seminggu sahaja, Jangan Pandang Belakang yang dibintangi Pierre Andre, Intan Ladyana, Khatijah Tan dan Rio Elani berjaya mengutip RM3.3 juta. Filem ini mengisahkan tentang ilmu saka ilmu hitam belaan yang mengakibatkan kematian Rose (Intan), tunang Darma (Pierre) yang diselubungi misteri. Darma cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya yang didapati mati tanpa diketahui punca sebenar.

Mereka telah pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan di sana Darma telah menemui sebiji botol dan mengesyaki sesuatu perkara yang pelik dan aneh berlaku di sebalik kematian Rose. Selepas itu, hidup Darma tidak lagi tenteram. Setiap hari dia diganggu oleh ‘sesuatu’ dengan gangguan yang amat dahsyat. Pelbagi peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas Darma. Hidup Darma berubah kepada seorang yang tidak terurus dan menjejaskan prestasi kerjanya.

Mendengar nasihat bos di tempat kerjanya, Darma mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan jiwanya. Peluang itu digunakan oleh Darma untuk berubat di kampung. Di sana, Darma meminta pertolongan ibu saudaranya iaitu Mak Lang (Khatijah Tan). Mak Lang tinggal di kampung bersama anaknya, Lin (Rio Elani) dan ibunya yang juga Opah kepada Darma (Rusminah Sidek) yang sudah nyanyok.

Di kampung, Darma semakin hampir menemui punca kematian Rose tetapi dia dikejutkan dengan satu perkara yang susah untuk diterima oleh akalnya. Apakah perkara tersebut dan mampukah Darma keluar dari belengu yang menganggu hidupnya setiap hari? Segalanya akan terjawab dalam filem ini. Kepada anda semua, walau apapun yang terjadi, sesekali pun JANGAN PANDANG BELAKANG kerana apabila yang mati bertemu yang hidup, segala kemungkinan pasti berlaku!

Berani tengok?

Technorati Tags:

Comments

Leave a Reply