Ina Naim berlakon

Ina Naim atau Diana Naim (gambar), bekas tunangan Mawi, bakal muncul berlakon di kaca TV setelah dilamar oleh Dato’ Yusof Haslam. Ina bakal berlakon dalam siri terbaru terbitan SKOP Productions Sdn Bhd yang bertajuk Air Mata Maria. Air Mata Maria bakal disiarkan di TV3. Mawi juga sebelum ini telah diumumkan bakal menjadi pelakon filem dengan membintangi filem terbarunya iaitu Aduh Saliha.
Jadi, eloklah kerana selepas ini mereka boleh bertanding sesama sendiri untuk anugerah lakon layar setelah Ina ditewaskan oleh Mawi untuk anugerah Bintang Popular Berita Harian sebelum ini.
Ina mula rancak mewarnai dunia artis dan hiburan di Malaysia setelah pertunangannya dengan Mawi berakhir. Bermula dengan penghasilan buku dan biografi Catatan Duka Diana Naim, beliau melangkah ke dunia nyanyian, dan kini lakonan pula. Selain itu Ina juga mempunyai website sendiri di mana beliau menghasilkan nukilan karya termasuk artikel dan puisi untuk dipaparkan kepada peminat beliau.
Catatan Duka Diana Naim setebal 145 mukasurat juga dihasilkan sendiri oleh Ina yang menggarapkan kisah cintanya dengan bekas tunangnya Mawi. Buku tersebut juga cuba untuk menjawab segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya selama ini. Antara kisah duka yang dicatatkan di dalam buku tersebut ialah saat beliau dihalau keluar dari Stadium Melawati, Shah Alam daripada menonton konsert akhir Akademi Fantasia 3 oleh orang yang dekat dengan tunangnya.
Soalan: Kenapa tak bagi tajuk siri televisyen tersebut Air Mata Ina Naim?
Gambar Ina ehsan Berita Harian.
Comments
Leave a Reply



