In-Team pantas jadi sebutan

Tatkala dunia nasyid diwarnai oleh kumpulan nasyid terkenal seperti Raihan, Hijjaz dan Rabbani pada penghujung tahun 90-an, tiada siapa menyangka In-Team bakal menjadi nama besar selepas melancarkan album pertama mereka pada tahun 2000.

Bermula dengan album Kasih Kekasih, nama In-Team terus meniti di bibir peminat nasyid sehingga kini. In-Team telah mewarnai dunia nasyid bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia.

Bakat mereka mula dicungkil oleh Hijjaz Entertainment yang tertarik dengan salah satu daripada persembahan mereka.  Album Kasih Kekasih berjaya dijual sebanyak 80 ribu unit dan mendapat anugerah emas dan platinum. Antara album lain yang dihasilkan In-Team ialah Impian Kasih, Damba Kasih dan In-Team ‘04.

Walaupun ahli kumpulan In-Team bertukar tukar, namun kumpulan ini tetap menjadi pilihan peminat. Ahli kumpulan In-Team terakhir yang keluar ialah Suhaimi Saad, yang kini bergelar penyanyi Solo. 3 anggota In-Team pada masa ini ialah Hazamin, Rahim dan Syahril. Suhaimi yang meninggalkan In-Team juga baru sahaja bertunang dengan Ina Naim, bekas tunang Mawi AF3.

Technorati Tags: ,

Comments

4 Responses to “In-Team pantas jadi sebutan”

  1. ziera on June 13th, 2007 6:37 am

    SEMOGA INTIM DAPAT MENCIPTA LAGU2 NASYID DAN NASIHAT UNTUK INA & SUHAIMI AGAR DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN MUTU NASYID DI NEGARA KITA.

    Reply

  2. husna on November 16th, 2008 4:45 pm

    Sy mmg suke dgn lgu-lagu inteam ni..
    mmg best giler..
    kwn sy w/pun Kristian ttp suka dgr lagu2 intem..
    sedap katanya..=)

    Reply

  3. Hafizah on April 10th, 2009 9:19 am

    semoge kumpulan inteam dpt meneruskan p’juangan dlm industry nasyid malaysia.hayyabil jihad.

    Reply

  4. piqah on September 30th, 2009 8:51 am

    salam…sye mmg suke sgt lagu-lagu in team ni….sumenye best2.ia dpt mengajar kite dari sesuatu kesilapan yg kite tlah lakukannye….:)

    Reply

Leave a Reply