Ikan Terubuk Sarawak diancam kepupusan

Ikan terubuk (atau terubok) yang terkenal dari Sarawak pada masa ini diancam kepupusan disebabkan oleh kegiatan menangkap ikan tersebut di Sungai di Sarawak secara berlebihan. Sarawak terkenal sebagai syurga ikan terubuk masin yang menyaksikan ramai pelancong yang datang dari luar Sarawak datang untuk membeli ikan tersebut. Istimewanya, peniaga ikan terubuk masin di sini akan membungkuskan ikan tersebut dengan cantik supaya boleh dibawa seperti sebuah bingkisan hadiah.


Kawasan penternakan ikan terubuk yang terjejas ialah Sungai Batang Lupar di Sri Aman. Kerajaan Sarawak kini telah mengambil langkah menghadkan kegiatan menangkap ikan terubok untuk membolehkan spesies ini membiak. Bermula pada setiap bulan May hingga September, tiada kegiatan menangkap terubuk dibenarkan di kawasan Batang Lassa, Mukah, Sarawak untuk tiga tahun yang berikutnya. Usaha ini juga diambil untuk mengelakkan para nelayan yang bergantung kepada hasil terubuk untuk hilang punca di masa hadapan.

Satu lagi kawasan pemuliharaan ikan terubuk yang dikenal pasti ialah Sebuyau yang berada di daerah Simunjan dan mempunyai populasi penduduk kira kira 4 ribu orang. Sebelum ini Pekan Sebuyau yang terletak di seberang Sungai hanya boleh dihubungkan dengan perahu tambang sehinggalah jambatan yang bakal merentasi sungai tersebut siap.

Sebuyau dalam tempoh terdekat akan menjadi perhatian pelancong dan pelawat, sekiranya mampu menawarkan ikan terubuk dan produk perikanan pada harga berpatutan terutama di kalangan warga Kuching yang gemar untuk membawa keluarga berjalan sambil menikmati keindahan pesisiran pantai Sarawak.

Technorati Tags: ,

Comments

4 Responses to “Ikan Terubuk Sarawak diancam kepupusan”

  1. AIN on June 29th, 2009 11:19 am

    sy nk cari penjual ikan terubuk dalam kuantiti yg kecil

    Reply

    Ahliahnizam Reply:

    Salam …

    Pelbagai produk makanan spesel dari Sarawak. Ada kek lapis, ikan terubuk masin, pes laksa sarawak & macam2 lagi. Jemput singgah :)

    Reply

    AIN Reply:

    tapi sy bkn nak ikan terubuk yg masin.. yg biase punye..

    Reply

    Ahliahnizam Reply:

    Kalau yang biasa, tak dapat pos, sebab nanti ikan tu busuk :)

Leave a Reply