Homer Simpsons diculik!

Mungkin kehabisan idea atau barang untuk dicuri, sekumpulan pencuri telah bertindak nekad untuk mencuri patung Homer Simpsons dari tempat display di panggung Golden Screen Cinema di One Utama, Petaling Jaya, semalam. Kecurian berlaku kira kira jam 3 pagi semalam selepas tamat tayangan larut malam.

Kemungkinan suspek adalah terdiri daripada beberapa penonton yang baru habis menonton tayangan larut malam di situ.

Ada kemungkinan juga perompak berkenaan berang dengan tayangan larut malam yang membosankan dan membuang masa, ditambah dengan pop corn yang kurang enak, membuatkan mereka mengambil keputusan untuk menculik Homer Simpsons untuk dijadikan tebusan bagi menebus kembali wang tiket wayang mereka. Tetapi setakat ini motif sebenar penculikan Homer masih belum dikenalpasti.

Pencuri berkenaan walaubagaimanpun gagal mengesan kehadiran kamera tertutup CCTV yang berjaya merakam perbuatan berkenaan. Melalui rekod rakaman CCTV, 2 orang perompak kelihatan sedang mencuri patung Homer sambil tersenyum senyum seperti sedang bersiar siar di taman. Kini cermin display keluarga Simpsons di panggung tersebut menayangkan keluarga Simpsons yang lain kecuali Homer (baca dengan sedih).

Laporan polis telah dibuat. Berikutan itu juga, 20th Century Fox, yang bakal menayangkan filem Simpsons di Malaysia bulan depan, mengumumkan akan memberi ganjaran RM1000 kepada sesiapa yang memulangkan Homer.

Sumber berita: News Straits Times

Comments

Leave a Reply