Hari Gawai, Pesta Gawai
Perayaan Hari Gawai atau Pesta Gawai bakal disambut hari esok, 1 Jun dan bakal diraikan dengan meriah oleh suku kaum Iban dan Kadazan di Sarawak. Pesta Gawai yang juga dikenali sebagai Gawai Dayak disambut sempena meraikan tamatnya musim menuai. Ia disambut secara besar besaran sejak tahun 1960-an.
Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.
Setelah upacara persembahan selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar ‘ranyai’ atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Pesta Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak.
Salah satu acara paling menarik pada perayaan Pesta Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.
Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.
Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.
Technorati Tags: hari gawai, pesta gawai
Comments
3 Responses to “Hari Gawai, Pesta Gawai”
Leave a Reply




susah kan nak wakkeje sejarah kn
Reply
are diey Reply:
June 8th, 2010 at 1:40 pm
erm susah jugak lh..yoo dh siap ke lom!!!
Reply
taklah susah sangat….sebab saya sendiri menyambut hari gawai…….
Reply