Sabah tale II: Goodbye Keningau, goodbye KK, goodbye Sabah
Final episode. From part V: Kalimaran & Sabah Agriculture Park.
Hari Ahad, 15 Apr 07 adalah hari terakhir kami di Keningau. Pagi, selepas jalan2 pusing sekitar keningau buat kali kedua kami bertolak ke Air Terjun Bunsit, kira kira 40 minit dari rumah Pak Cik. Sebenarnya kawasan tempat kami mandi cuma kawasan landai dan tiada air terjun. Tetapi jika mahu mandi air terjun juga boleh jalan kaki naik atas, tapi since kebanyakan orang mandi di kawasan bawah kami mengambil keputusan untuk mandi di kawasan orang ramai. Maklumlah bawa budak2 sekali.

Di Bunsit juga ada jambatan gantung tapi kalau nak naik kena berhati hati kerana kayunya yang banyak dah reput.



Budak2 pula memang tak tunggu masa banyak untuk terjun ke dalam air. Cuma Wildad saja yang tak mandi kerana tido dalam iman. Lagipun ni memang masa yang sesuai untuk dia berhibernasi kerana waktu2 yang lain selalu dicubit dan digigit oleh 6 orang abang2 nya yang lain.


Manakala yang 6 orang hero lagi tengah mandi dengan gaya2 sakan & extreme.



Bila hari agak petang gitu kami semua bertolak balik untuk bersiap siap drive kembali ke bandar Kota Kinabalu. Pak Cik Zul & Mak Cik Yam dengan baik hati bagi bekalan spaghetti, roti dan air, dan juga hadiah istimewa iaitu kayu manis sepanjang 1 meter lebih yang kami buat kaji selidik sebelum itu sebagai tanda kenangan.

Kami mengucapkan terima kasih kepada Pak Cik & Mak Cik sekeluarga kerana layanan istimewa sepanjang kami berada di kota Keningau. Hanya Tuhan saja yang dapat membalasnya.

Kami bertolak ke Kota Kinabalu pada kira kira jam 5 petang, kali ini mengikut route Keningau-Papar-KK (route paling pantas antara 3 route yang berbeza dari Keningau ke KK) iaitu merentasi banjaran Crocker. Sekali lagi kami akan menyusuri bukit bukau di gelap tatkala matahari terbenam, tapi tak mengapa kerana boleh tengok pemandangan sunset yang sebelum ni tak pernah nampak dengan mata kepala dari banjaran Crocker.



Siap jumpa pelangi yang dah berkurun tak nampak.

Jam 7.30 malam kami tiba di bandar KK, dan setelah pusing dia kali area town dan juga Tanjung Aru kami membuat keputusan untuk menginap di Hotel Casuarina berhampiran pantai Tanjung Aru dan Terminal 2 yang bertaraf 2 bintang. Harga sebilik (tanpa breakfast) untuk satu malam ialah RM115. The price is not bad considering dia punya interior look & design yang kontemporari dan kemas. Bilik pun ok.




Selepas check in dan berehat, kami ke Kampung Ayer Night Market di kawasan pekan KK untuk melihat kalau2 boleh dapat kristal dan mutiara pada harga yang baik. Menurut rakan2 yang pernah tinggal di KK, night market (dibuka jam 7pm-10pm) adalah alternatif kedua selain daripada pasar kraftangan di Philippine (atau Filipino) Market untuk barangan kristal dan mutiara, malah selalunya boleh negotiate better price compared to Philippine Market.


Barang2 lain seperti baju dan barangan kulit juga ada dijual di Kampung Ayer.


Selepas shopoing di Kampung Ayer dan keletihan, kami singgah di 7-Eleven utk beli light dinner, balik, makan dan terus tidur.
Esoknya, lepas check out, kami sekali lagi ke bandar KK dan singgah di Philippine Market utk membeli barang2 kering seperti sotong dan ikan masing serta menilik sebarang dua jenis kristal dan mutiara di Pasar Kraftangan dan juga barang barang cenderahati yang lain.







Siapa yang minat dengan timun laut dan gamat boleh beli di sini. Menurut tuan kedai ini, timun laut dibawah sesuai dibuat sup manakala gamat untuk ubat.

Satu lagi pusat penjualan kraftangan yang boleh dilawati ialah Wawasan Handicraft Centre di tingkat 1, Plaza Wawasan yang bercantum dengan Tang Dynasty Hotel di hujung Coastal Road. Mula2 kami ingatkan harga di sini mahal, tetapi jika pandai bargain, boleh dapat harga lebih kurang sama dgn Philippine Market atau Kampung Ayer.



Tengah hari tu kami sempat makan tengahari di Cafe Hot Papa yg menyediakan nasi campur dan juga makanan goreng & fusion di Plaza Wawasan yang mengadap KK Waterfront. Makanan dia not bad tapi harga dia on the high-end scale (nasi campur dlm RM6-RM8, bergantung kpd lauk.




Untuk beberapa jam yang terakhir kami mengambil keputusan untuk melawat kawasan warisan sabah yang mengandungi Muzium Negeri, Muzium Petroleum, Muzium Tamadun Islam dan Kampung Warisan.

Jika Kampung Warisan di Sarawak berharga lebih RM30 untuk masuk, kos untuk masuk ke kawasan warisan di Sabah (termasuk Muzium2 dan Kampung Warisan Sabah) hanya RM2 seorang. Sayangnya, kamera tidak boleh dibawa kedalam Muzium dan perlu disimpan di peti simpanan.



Kampung Warisan (Heritage Village) menampilkan jenis jenis rumah penempatan masyarakat kaum di Sabah serta corak dan gaya kehidupan masyarakat tempatan.









Kawasan Warisan tersebut ditutup jam 5pm. Kami terus ke destinasi terakhir sebelum berlepas ke airport iaitu Taman Prince Philip di Pantai Tanjung Aru, KK. Sekali lagi sempat tengok sunset, tapi tak sampai habis, kerana perlu ke airport untuk catch flight pukul 7.10pm.
Mr. Las datang ambil kereta selepas kami siap check-in iaitu kira kira jam 6.20pm. Selama 4 hari kami telah memandu sejauh lebih 330 km. Jumlah minyak yang diisi ialah RM60 jadi kami kira itu satu pelaburan yang memuaskan berdasarkan nostalgia menarik yang kami dapat dan tidak mungkin diperoleh di tempat2 lain.

Kira kira jam 6.30pm kami terus masuk ke balai berlepas dan pulang ke Kuching dengan seribu kenangan yang takkan dilupakan. TQ Sabah!

Technorati Tags: banjaran crocker, keningau, kinabalu, bunsit
Comments
2 Responses to “Sabah tale II: Goodbye Keningau, goodbye KK, goodbye Sabah”
Leave a Reply




hey.thx a lot for the picture of sabah.
its help a lot:)
thank you thank you thank you:)
Reply
engko punya citer memang bagus giler untuk orang-orang yg tak pernah pi sabah dan tau macam mana bentuk muka bumi sabah. Apepun, cite2 ko mmg betui coz mmg itulah hakikat sebenornyer kat sabah. Pada org yg nak buat cabaran memandu mmg sesuai kat sabah, klu sesat korang jgn susah hati sb orag sabah mmg baik2 dan hormat org luar..so, geng..tq 4 d info berguna..
Reply