Faizal AF4 gagal ujian memandu.

Juara Akademi Fantasia 4, Faizal (Mohd Faizal Ramli), gagal dalam usaha mendapatkan lesen memandu yang sah setelah gagal dalam ujian yang diambilnya di Sekolah Memandu PSM Akademi, Ajil, Terengganu. Dengan kain rentang yang dipasang oleh sekolah memandu tersebut, berserta sokongan padu lebih 300 peminat tempatan masih gagal untuk memberi tuah kepada Faizal. Atau mungkinkan Faizal tertekan dengan kehadiran peminat yang berpusu pusu melihatnya mengambil ujian memandu?

Faizal bermula dengan baikĀ  dengan mendapat markah penuh sewaktu ujian awal iaitu menaiki bukit dan meletak kenderaan.

Walaubagaimanapun, dia terkandas dalam ujian kedua yang membabitkan pemanduan di jalan raya kerana membuat banyak kesalahan sebagaimana yang dilaporkan oleh pegawai JPJ. Faizal terpaksa mengambil ujian sekali lagi pada hari isnin ini untuk membolehkannya memandu kereta Toyota Vios yang dimenanginya dalam rancangan Akademi Fantasia 4.

Harap Faizal boleh bersabar dengan ujian ini. Sewaktu saya mengambil lesen memandu dulu, salah seorang calon tertekan minyak dengan kuat dan melanggar bangsal pegawai JPJ sewaktu ujian naik bukit. Salah seorang yang lain pula menangis kerana dimarahi pegawai JPJ dan telah memberhentikan kenderaannya di jalan raya. Akibatnya pegawai JPJ tersebut terpaksa memandu kenderaan tersebut pulang. Abang saya pula yang telah memandu tanpa lesen selama 5 tahun pun tak lepas kerana langgar lampur merah. Serta merta gagal.

Entry Lain Yang Menarik:

  1. Bill Gates Paling Kaya di Dunia
  2. Serunding Babi di Pasaran
  3. Nabil Juara Anugerah Bintang Popular 2009
  4. 5 Tip Kuruskan Badan
  5. 4 Tip Rekaan Dapur

Comments

2 Responses to “Faizal AF4 gagal ujian memandu.”

  1. apai on June 15th, 2007 4:27 am

    siang ke mung faizal. ujiang memandu ngang ujiang nyanyi lain.. dok ape mung cube lagi minggu depang… wak molek sket eh..

    Reply

  2. Airin on June 16th, 2007 5:41 am

    buat elok2 jer nxt wk

    Reply

Leave a Reply