Erra Fazira & Engku Emran Bertunang, Kahwin Akhir Tahun?
Erra Fazira telah bertunang dengan Engku Emran setelah menjalin hubungan percintaan sejak Mei 2007. Majlis pertunangan diadakan secara sederhana, di mana Erra Fazira telah meminta senaskah al-Quran sebagai hantaran pertunangannya. Engku Emran bin Engku Zainal Abidin adalah Ketua Pegawai Operasi radio Suria FM dan berasal dari Terengganu.
‘‘Kalau hendak hantaran wang, saya sudah lalui dulu. Bagi saya, pemberian al-Quran lebih afdal kerana saya lebih mementingkan keberkatan daripada angka (wang). Lagipun banyak ilmu yang akan kami peroleh daripadanya,” kata Erra selepas majlis pertunangan tersebut.
Dalam majlis pertunangan tersebut, Erra juga menerima 2 bentuk cincin emas bertatahkan belian yang disarungkan oleh ibu Engku Emran, Toh Puan Salmah Abdullah. Mereka juga dikatakan bakal berkahwin sebelum penghujung tahun, malah ada kebarangkalian perkahwinan mereka dipercepatkan dari tarikh yang dijangka.
Erra Fazira menjadi janda selepas bercerai dengan bekas suaminya, Yusri KRU selepas beberapa tahun berkahwin. Mungkin ada betul tindakan Erra untuk tidak mementingkan wang ringgit kerana kebahagiaan rumah tangga tidak boleh dinilai dengan jumlah wang yang dibelanjakan. Erra telah belajar dari kesilapan memandangkan perkahwinannya dengan Yusri dikatakan menelan lebih RM1 juta.
Bagi Engku Emran juga, permintaan senaskah al-Quran daripada Erra amat menyentuh perasaannya dan menggambarkan kesucian dan keikhlasan penyanyi dan pelakon popular itu.
Sebelum ini, Erra dikatakan intim dengan Hans Isaac tetapi kemudian berpisah dan Hans membuat kenyataan terbuka bahawa mereka berdua tiada hubungan lagi dalam rancangan Melodi baru baru ini. Hans kini dikatakan akrab dengan pelakon muda, Fasha Sandha dan pernah digosipkan bercuti bersama sama di Eropah baru baru ini.
Tahniah atas pertunangan kalian, semoga pertunangan dan perkahwinan bakal berpanjangan hendaknya. Amin
Comments
3 Responses to “Erra Fazira & Engku Emran Bertunang, Kahwin Akhir Tahun?”
Leave a Reply




semoga brbahagia untill ank cucu
Reply
[...] Erra Fazira & Engku Emran Bertunang, Kahwin Akhir Tahun? [...]
selamat ya mbak,.mudah2 langgeng selamanya…
Reply