Era FM masih radio nombor satu
Radio Era FM mengekalkan statusnya sebagai stesen radio nombor satu di Malaysia dengan statistik 5.3 juta pendengar setiap minggu. Dengan motonya, Rentak Muzik Terkini, Era menewaskan pencabar terdekatnya, iaitu stesen radio yang semakin meningkat naik, Hot FM. Walaupun dilanda beberapa kontroversi serta melalui penstrukturan semula menerusi pertukaran DJ dan juruhebah, serta kontroversi yang melanda DJ mereka sebelum ini, peminat radio tempatan masih memilih Era FM.

Sebelum ini Era hilang dua juruhebahnya iaitu Faizal Ismail dan Fara Fauzana yang berhijrah ke Hot FM. Penghijrahan Faizal dan Farah dikatakan punca meningkatnya populariti Hot FM dan ramai yang menjangkakan Hot FM bakal mengatasi Era dari segi populariti dalam jangka masa yang terdekat ini. Hot FM mempunyai hampir 4 juta pendengar seminggu setakat ini.
Ranking yang dibuat adalah hasil daripada kajian yang dilakukan syarikat kajiselidik ternama iaitu Nielsen Company (Malaysia) yang berlangsung bermula bulan Mac hingga April lalu.
Pada masa ini Era dimiliki oleh Astro manakala Hot FM dipunyai oleh stesen media tempatan, Media Prima. Antara barisan juruhebah dan penyampai yang kini sedang berkhidmat dengan radio Era ialah Khairil Rashid, Linda Onn, Rostam, Niela Kurnia, Kieran, Kak Engku, Apek, Nana, Reza, ZZ serta Aznil Nawawi.
Comments
4 Responses to “Era FM masih radio nombor satu”
Leave a Reply




[...] Berhijrah ke Stesen Radio baru, Hot FM pada tahun 2006 dan membentuk pasangan serasi bersama Faisal Ismail (FBI). Popular dalam rancangan kru pagi di Hot FM. Mendapat jolokan ’si peha besar’ dan ‘drum stick’ daripada Faisal. Membantu Hot FM menduduki carta kedua paling popular selepas Era FM dalam kajian oleh Nielsen Company Malaysia. [...]
pape pun, HOT FM nombor 1 di hatiku! GO FAFAU!
Reply
peper pun era tetap no 1 di hati ku…
go LINDA ONN,NANA N KIERAN SERTA ADI DAN AIMEE
Reply
I like jawa rangers and f2f
Reply