Elaun/insentif baru kakitangan kerajaan
Berita Harian melaporkan seramai lebih 100 ribu kakitangan awam termasuk polis dan tentera bakal menikmati kenaikan empat jenis elaun/insentif iaitu Elaun Kritikal, Elaun Wilayah, Insentif Subjek Pendidikan dan Elaun Pedalaman. Kenaikan elaun akan dikira berdasarkan peratusan gaji pokok.
Kenaikan Insentif/Elaun:
Bayaran Insentif/Elaun Perkhidmatan Kritikal dinikmati kakitangan dan pegawai dalam 32 jawatan kritikal, kecuali untuk kumpulan pengurusan tertinggi, mengikut kadar bayaran bulanan.
Bayaran Insentif/Elaun Wilayah membabitkan kakitangan awam yang bertukar tempat kerja dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung serta sebaliknya. Kadarnya antara 12.5 peratus hingga 25 peratus daripada gaji.
Bayaran Insentif/Elaun Subjek Pendidikan pada kadar antara lima hingga 10 peratus daripada gaji pokok sebulan.
Bayaran Insentif/Elaun Pedalaman untuk kakitangan awam dan anggota polis pula ditetapkan pada kadar 10 peratus daripada gaji pokok.
Ada desas desus mengatakan bahawa kedai kedai kopi dan kedai mamak bakal dipenuhi oleh kakitangan awam yang akan membelanja rakan rakan mereka yang berkerja di sektor swasta dan tidak menikmati kenaikan gaji dan elaun, malah terpaksa bekerja hingga larut malam.
Entry Lain Yang Menarik:
Comments
2 Responses to “Elaun/insentif baru kakitangan kerajaan”
Leave a Reply




Walaupun ada sekolah yang dikategorikan layak dibayar 10% dan menerima arahan daripada pihak atasan suruh buat pembayaran tetapi kerani gaji/bahagian kewangan tidak berani menbuat sebarang pembayaran kerana takut membuat bayarbalik
Reply
saya ingin memohon jawatan sebagai kakitangan kerajaan tapi saya dalam jurusan fesion..
bolehkah saya mendapat jawatan itu?
kalo ade yang berminat sila email saya..
terima kasih.
Reply