Close-up: kelawar

Pernah tengok kelawar secara close-up? Selalunya kita tengok dalam tv biasanya kelawar akan tergantung2 atau berterbangan dalam gua dan selalunya aktif pada waktu malam kan, tapi kelawar yang kami jumpa di bawah tersadai di hadapan car park di rumah kami tengah siang siang buta.

Kami terfikir apa yang dibuatnya tu?

Actually kelawar ni masih hidup, tetapi kami tak berani nak usiknya. Mungkin ia sesat, tidur atau sakit. Silap2 kalau digigitnya boleh dapat rabies. Saiznya adalah separuh daripada telapak tangan, mungkin masih budak mentah ataupun remaja.

Tamadun barat banyak mengaitkan kelawar dengan mitos dan dan ketakutan mungkin oleh kerana sifatnya yang nocturnal (aktif diwaktu malam). Sebagai contoh vampire atau drakula yang popular pada kurun ke-16 diadaptasi daripada sifat sejenis kelawar yang dipanggil vampire bats yang dijumpai di Amerika yang makanan utamanya adalah darah. (photo courtesy of National Geography website)

Tapi berlainan daripada mitos, vampire bat hanya makan darah lembu, kambing, kuda, kijang dan sebagainya dan tidak gigit manusia. Lembu lembu yang darah mereka dihisap oleh vampire bat pula tidaklah mati tetapi ada kemungkinan dihinggapi rabies tu ada. Bila mati pun dioarang tak akan bangkit menjadi drakula dah hisap darah orang pulak… mat salleh ni memang kaki kenceng.

Fakta fakta lain yang menarik mengenai kelawar:

1. Merupakan hanya satu satu mamalia yang boleh terbang

2. Kelawar tidak buta, cuma pergerakannya tidak dipengaruhi oleh penglihatan tetapi berdasarkan orientasi bunyi atau yang dikenali sebagai supersonic atau ultrasonic.

3. Makanan utama kelawar ialah unggas dan binatang kecil seperti nyamuk. Seekor kelawar dewasa boleh makan 3000 ekor nyamuk, jadi ia mungkin sesuai dibela dirumah anda jika rumah anda ada banyak nyamuk.

4. Kalau tupai hidup 2 hingga 3 tahun sahaja, kelawar boleh hidup 20 hingga 30 tahun.

5. Jika ada kelawar tersesat dalam rumah sepertimana dalam cerita Batman itu tidak bermakna anda juga bakal menjadi Batman, jadi berhentilah bermimpi.

Technorati Tags: ,

Comments

Leave a Reply