Ciri ciri mangsa fesyen.

Antara ciri seorang mangsa fesyen ialah kerakusannya untuk mencuba dan menggayakan segala jenis fesyen terkini tetapi pada akhirnya diri mereka masih lagi kelihatan seperti sebuah kapal korek. Sebagai contoh, kita tertarik dengan rekaan fesyen terkini rekaan seorang pereka fesyen terkenal seantero benua seperti Giorgio Armani yang digayakan dalam sebuah majalah fesyen tempatan. Sebaik sahaja kita menggayakan fesyen yang sama kita kelihatan seperti seorang pesakit kronik di wad jiwa.


Salah satu lagi ialah apabila apabila kita meniru gaya atau fesyen seorang selebriti yang sememangnya menarik dipandang tetapi apabila kita memakainya atau menggayakan fesyen tersebut kita kelihatan tak lain tak bukan seperti tong sampah. Sebagai contoh, sewaktu David Beckham menggayakan rambut ala Mohican satu masa dahulu ramai pengikut setianya turut menggayakan fesyen yang sama. Malangnya, satu demi satu daripada mereka dimaki hamun dan digelakkan orang selama 7 keturunan. Agaknya, kerana malu peminatnya ditertawakan dek orang, Beckham menukar fesyen rambutnya setelah hanya 2 minggu bergaya dengan ala Mohican.

Seorang mangsa fesyen juga suka berbelanja di luar kemampuan mereka. Pada tahun 1998, seorang rakan baik saya di kolej telah membeli sehelai sweater yang mempunyai tulisan ‘Versace’ di kedua dua lengan bajunya. Beliau menghabiskan keseluruhan elaun bulanannya (RM600) untuk membeli sweater tersebut. Selama sebulan juga beliau tidak makan nasi kerana menyimpan duit untuk membelinya tapi sebaliknya memakan roti bersama krim coklat ‘Nutella’. Saya telah memarahinya selama berjam jam kerana sikapnya yang amat obses terhadap gaya dan fesyen terkini. Akhirnya, beliau meminta maaf dan telah membelikan saya sehelai baju baru sebagai tanda bersalah dan meminta maaf. Saya pun memaafkannya.

Jadi, elakkan daripada membazirkan duit untuk membeli pakaian berjenama yang mahal, tetapi sebaliknya gunakanlah duit tersebut untuk membelanja rakan rakan anda di kedai kopi, atau belanjakan duit tersebut ke arah membeli barang barang yang berfaedah seperti raket badminton atau kuih muih untuk diberi sewaktu melawat rakan rakan yang sakit.

Selain dari itu, seorang yang obses dengan fesyen juga akan membeli pelbagai jenis majalah fesyen untuk memenuhkan almari bukunya. Kononnya, mereka mengikut perkembangan terkini semasa dalam dunia fesyen. Yang peliknya, setelah sekali diimbas, majalah tersebut tidak akan dibuka lagi buat selama lamanya. Jika tak percaya, cuba buka majalah majalah tersebut apabila anda berada di rumah rakan anda. Anda akan perasan isi majalah tersebut seperti ‘melekat’ dengan mukasurat lain kerana sudah berkurun tak dibuka.

Ingat, jangan biarkan diri anda menjadi mangsa fesyen. Caranya mudah. Jadilah diri anda sendiri. Jangan jadi orang lain.

Technorati Tags:

Comments

One Response to “Ciri ciri mangsa fesyen.”

  1. pawie on January 30th, 2008 11:16 am

    saya kagum dgn ape yg dicerita oleh author this web..ttg mangsa fesyen…saya rase saya pun taktau ler saye nie mangsa fesyen ker aper mungkin half fashion victim..tapikan saye ambik jugak iktibar dari apa yg dicerita dan ape yg menarik ialah kawan author yg sanggup tak makan nasi dan makan rotije untuk nak beli baju sweater versace yg berharga rm600 .saye rase saye juga berbuat demikian tetapi saya makan tetap makan ..nasi goreng tiap2 malam…baru2 nie saye beli baju kemeja BURBERRY berharga rm 528 itupun sebab ade diskaun 50%,jadi pun beli er…sbb nak sangat baju yg beli butik nie….tapi kalo takder diskaun ingat2 tak sanggup nak beli ,….cubalah abg bayangkan harga asalnye rm 1055 tambah rm500 lagi cukup gaji saye berkerja sebulan….dan tapi specialnye kat sini bile saye pakai pergi kerja,baju saye nie jadi tumpuan….habih dibeleknye baju saye nie dik kengkawan…inthatsaye nie jadi bahan uji kaji…tapi saye pun rase sebut pasal majalah saye suke majalah harper bazaar dan men folio …tapi saye nie jenis suke melukis/menskecth ala-ala fashion jadi bile ade kelapangan setiap hari kalo ade kelapangan saye akan belek majalah kalah belek al-quran…jadi suke tgk each of the magazine pages dan saye lukis gmbr model yg ader dan lukis gaya2 pose diorang…jadi takderr macam abg kate satu mukesurat melekat dgn muke surat sebelehnya….so itujelah ,kesimpulannya di sini pulak…jgn lah kiter2 nie terlalu ikutkan fashion sbb hasil tgn org nie lain macam skit…..hari2 ader perubahan…mcm PC,h.phone all t/communication/automobile/transport semue berubah dgn kadar cepat…dan kalo menjadi victim habislah….tak tersimpan woh duit..silap hari bulan duit kat butik saje…..

    Reply

Leave a Reply