Cikgu, Jangan Pukul Budak Sekolah Sekarang….

Waktu kecil kecil dulu, bila ke sekolah, mak & ayah akan cakap sama cikgu,

“Cikgu, cikgu buatlah apa yang cikgu nak dekat anak kami. Nak cubit ke, nak pukul ke, nak rotan ke. Biar dia belajar hormat orang tua. Dan asalkan dia boleh belajar, jadi pandai supaya bila besar nanti boleh tolong orang tua.”

Sekarang, bila sudah masuk era kemodenan dan urbanisasi,

Cikgu tak boleh cubit.

Cikgu dah tak boleh pukul

Cikgu tak boleh denda.

Cikgu tak boleh rendam dalam air. Keterlaluan. Bahaya. Nanti gatal gatal.

Walaupun pelajar degil ditahap gaban sekalipun. Biarkan. Tak usah didenda.

Teruskan buang pad dalam mangkuk tandas. Tak apa, kalau didenda, pergi jumpa orang surat khabar. Orang TV pun ramai. Semua dahagakan berita sensasi. Semua tak sabar nak masyhurkan cikgu. Pengawas pun ada. Biarlah diorang korek pad tu dengan tangan diorang sendiri. Aku kan tak malu. Aku tiada kemaluan.

Sikit sikit, cikgu akan masuk surat khabar. Cikgu akan masuk berita TV1. Cikgu masuk TV3. Mak ayah akan komplen. Mak ayah hasut kementerian ambil tindakan tatatertib dekat cikgu. Mak ayah jumpa lawyer. Mak ayah nak saman cikgu. Nenek pun komplen. Nenek amat sayangkan cucu. Cucunya tak boleh dipukul. Cucunya tak boleh dirotan.

“Cikgu tak ada perasaan”.

“Cikgu kejam.”

“Cikgu suka buli.”

“Cikgu kurang ajar.”

Bila dah jadi camtu, kerajaan pun komplen.

“Tak ada orang nak jadi cikgu.”

“Tenaga perguruan kurang.”

Dulu profesion guru dimuliakan. Guru dihormati. Disegani. Kini….. melukut di tepi gantang. Tugas guru sekarang, masuk kelas, mengajar, balik, makan nasi, datang mengajar balik, balik rumah, tidor.

Cikgu, walau apapun persepsi, kaulah pembimbing kami. Tangan tangan pencubit itulah yang mendisiplinkan kami. Tangan tangan yang merotan itulah yang mendewasakan kami. Kami di sini pada hari ini kerana mu. Kami sayang kamu. Dayang pun sayang kamu. Terima kasih guruku.

Comments

21 Responses to “Cikgu, Jangan Pukul Budak Sekolah Sekarang….”

  1. Farah on July 23rd, 2007 4:50 pm

    Perghhh…kadang tak leh nak salah kan cikgu gak..Bebudak skrg pun sorry 2 say..kurang ajar ckit.. Bebudak skrg terlalu di manje kan..That’s the senario..I came across 1 example..Masa i shopping bebaru ni..ade budak berkelakuan tak senonoh depan i..Patutnya pada usia mcm 2..Mak bapak patut perhatikan mereka..tapi 2 la…bergaul terlalu bebas..Sedih tgk pelajar sekolah now..

    Nasib la i tak penah ade cita2 nak jadi cikgu..Agagagagaga…

    Reply

  2. mahani on July 24th, 2007 8:12 am

    Betul tu. Kena marah sikit bg tahu mak bapak. Kena jentik pun ckp dgn mak bapak. Masa saya sekolah dulu, kalau cikgu pukul ke ape, takut nak bg tahu mak dgn ayah, sebab nanti kena marah balik dgn dia org. Engkau yang degil, tu sebab cikgu pukul…Dia pukul sebab nak ngajor. Punye lah mak dgn ayah kite dulu sokong cikgu. Tapi mak bapak skrg, jgn usik sikit anak dia org. Memang kenalah si cikgu. Kesian jugak cikgu2 ni. Tapi nak tahu mcm mane budak2 skrg kat sekolah?? They are too pampered by the parents. Walhal bukannye parents tu ambik tahu pun tentang pelajaran dia org. Bila kena rotan sikit dah. hebohkan satu Malaysia. Tak tanye ke anak2 dia dah buat ape sebab cikgu tu buat mcm tu? Selidik dulu wahai parents.

    I am not a teacher but I do appreciate teachers profession cause you are the seconder to the parents@ pada anak2 kita jugak. Dlm Islam mulianya profesyen guru tu sampai boleh menggantikan kewajipan ibubapa tahu…So, anak2, please do respect your teachers and parents… please do not create the gaps between these students and teachers. Teach them how to respect them as it will be the same as you are asking your children to respect you. What comes around….. you know the karma don’t you parents????

    Reply

  3. Komburongo on July 24th, 2007 9:59 am

    bagi aku mana-mana ibu bapa yang tak puas hati dengan cikgu….. pi bla lah ajar anak kamu sendiri d rumah… atau mana-mana yang kamu rasa sesuai. Pada cikgu cikgi… teruskan perjuangan anda… mana-mana pelajar ke, ibu bapa ke atau siapa-siapa yang tak bagi kerjasama kat sekolah / guru-guru kita masukkan dalam akhbar, tv1/tv2/tv3/astro…. kita sensasikan…
    pasti gempak kan.

    Reply

  4. rems on July 24th, 2007 2:09 pm

    betul tu.. aku setuju dengan korang yang sokong cikgu..sapa suruh tak ikut peraturan.. kan dah kena denda..ibu bapa ingat senangke nak jadi guru???…aku yang bakal guru ni pun fuhhh!!! tak tau nak kata apa dengan budak2 sekarang kurang ajar..semua kawan2 saya yang bakal guru pun setuju tindakan guru tersebut..mana ada guru yang denda pelajar sesukahati? ingat guru ni malaikat?Guru pun ader perasaan jugak..tengoklah orang dulu yang berjaya sekarang tu lah hasil denda yang guru berikan..ibu bapa kena siasat jangan main saman guru sesukahati..anak2 skg betullah manja sangat, xleh dijentik, dimarah mula nak mengadu..masa aku sekolah dulu aku x nakal 2 sebab guru tak penah marah aku…
    sorilah kalau ader pihak yang terasa.. tp sedarlah kita semua kepandaian..pangkat yang kita ader sekrg ini adalah hasil usaha guru yang mendidik kita..aper gunanya ibu bapa yang kaya dengan harta tetapi tidak tahu mendidik anak sendiri..menuding jari kepada guru sahaja..tidak adil…plez..plez..plez.. saya seru..janganlah kita asyik menyalahkan guru sahaja dalam setiap hal. Tugas dan peranan guru ni berat.. sokonglah guru..

    Reply

  5. Nor on July 25th, 2007 9:29 am

    Assalamualaikum,

    Suami saya cikgu. Dulu sebelum dia jadi cikgu, 3 tahun dia keje kat opis berair-cond, kerusi empuk, gaji pun boleh tahan. Tapi sebab ingin nak berbakti, joint program KPLI masuk maktab setahun tak bergaji. Walaupun dapat elaun tapi tak cukup. Kos hidup kat maktab, beli paper, ink printer, etc untuk assignment and masa praktikum mengajar langsung habis. As wife, saya tetap sokong dia walaupun terpaksa berjimat cermat untuk support dia belajar (maklum la keje kerani jek).

    Lepas graduate from maktab, dia dapat posting disekolah rendah “anak org kaya” kat shah alam. Gelaran tu sebab rumah kat area nih kebanyakannya banglo besar. Kebanyakan parent bergaji besar dan berpangkat. Hinggakan kat sekolah tu takde siapa pun yang layak dapat pinjaman buku teks sebab income mak bapak > RM 2000 sebulan.

    Satu hari 2 orang pelajar kelas dia bergaduh. Bukan setakat bertumbuk, siap baling kerusi lagi. Suami dah nasihatkan suruh berenti tapi tak dengar cakap. Habis kelas jadi huru hara. last2 suami hilang sabar lansung luku kepala sorang2 (dengan tangan dia je). Dah kene luku baru nak berenti.

    Esoknya salah seorang mak bapak datang sekolah bawak polis jumpa suami saya dan guru besar. Report kat polis kata suami saya dah cederakan anak mereka dan nak saman. Tapi lepas perbincangan dan keterangan saksi2, akhirnya dapat diselesaikan. Rupanya budak “bertuah” tu menokok tambah cerita kat mak bapak dia sebab takut kene marah pasal baju habis koyak rabak masa bergaduh.

    Memang tindakan suami saya “meluku” kepala budak tu agak melampau. Dia pun menyesal jugak sebab terlanjur perbuatan. Tapi kalau mak bapak pun boleh pening kepala jaga 2-3 orang anak malah ada yang terpaksa pukul anak pun sebab nak bagi insaf supaya tak nakal sangat, inikan pulak seorang cikgu yang nak jaga 40 orang murid sekelas X 4 kelas X 2 jenis matapelajaran X 2 tahap darjah. Banyakkan???

    Pepatah lama: “Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan” :)

    Reply

  6. pakdi on July 25th, 2007 10:05 am

    ibu bapa sekarang patut belajar spt ibu bapa dahulu. ibu bapa dulu hormatkan guru.

    anak-anak, mereka sifatnya mmg sebegitu. tapi kalau ibu bapa hormatkan guru, mereka takkan terus serang guru tanpa usul periksa.

    negara akan haru biru kalau ibu bapa skrg memandang guru sebelah mata…

    Reply

  7. lin on July 26th, 2007 7:17 am

    aku pun penah kena pukul n denda masa sekolah dulu. tapi sebab salah sendiri la.. kot tak..tak denye cikdu ske2 ati nak wat cam tu… balik bitau parents pun..derang sekadar dengar luahan perasaan je..tak de la sampai nak serang balik cikgu ke ape.. ” ada sebab kenapa cikgu wat camtu… ce pk apa salah kiter..” tu ayat mak aku.. aku ingat sampai sekarang….

    Reply

  8. aku on July 26th, 2007 7:55 am

    bebudak sekrang mmg manje tahap cipan…x mcm bdak sekolah dulu2x…klau kene dende takut nk bgtau mak bapak takut kene marah utk kali kedue..skrang mak bapak terlalu menangkan bebudak ni…mmg lah mereka naik lemak…patutlah bebudak sekarang byk yg kurang ajar n xhormatkan org tue…fikir2x kan lah..

    Reply

  9. Noriah M Noordin on July 29th, 2007 3:41 pm

    Rasanya belum pernah ada student yg mati kena pukul ngan cikgu ni…cikgu tugas dia adalah utk mengajar biar ank jd pandai n utk membetulkan apa yg salah.saya rasa x salah kiranya guru pukul utk tujuan mengajar sebagai peringatan.cuma jgn keterlaluan contohnya jgn lah sampai mencacatkan..ibu bapa pula jgn terlalu manjakan anak2.dimanja2 kan makin lemak jdnya…ingat zaman dulu,cr kita belajar n cara ibu bapa kt didik kt.contohilah.

    Reply

  10. nur on July 30th, 2007 4:51 am

    aku dulu kes x bwk buku matematik p sek,aku kena berdiri kat depan.depan student tao.malu truk.cikgu aku ni plak tegas siot.dia soal siasat aku.nape x bawak buku?nak belajar ke xnak?lebih kurang cam2 la aku kena.pastu sebagai denda aku kena luku kuat sgt.satu kelas dengar.sakit xtau nak cakap dah.lepas jer peristiwa tu aku sentiasa bringat.yang paling best subjek matematik aku sentiasa aku dpt A lepas jer pristiwa tu.krana luku cikgu tu lah aku berjaya.tima kasih cikgu chong kerana menjadikan aku manusia yang berguna.

    Reply

  11. taiko_taiki on August 6th, 2007 10:34 am

    assalamualaikum,saya dah 15 tahun dah lps srpdulu zaman saya sekolah saya amat menghormati tenaga yg begelar pendidik,saya hormati sampai sekarang,memang saya akui guru saya dulu garang2,tapi saya amat menyanjungi cikgu ,saya penah di rotan d pinggung sehingga lekat parut sapai sekarang kerana merokok di sekolah tapi saya tetap bejaya dalam hidup, remaja zaman sekarang tak sama nga saya manja dan gila pada pada benda yang tak berfaedah.

    Reply

  12. esma on August 9th, 2007 2:49 pm

    hmmmmmmmmmmm
    begitulah nasib cikgu2 skrg…… denda pelajar siket je dah kena masuk nama dalam surat kabar…
    ni nak bagi tau….
    saya pernah denda pelajar lari keliling foyer sekolah yang sekangkang kera…… tapi mak bapak telefon sekolah bertalu-talu…. siap nak ugut masuk dalam paper la…… tv….. dan mcm2 lagi…
    tapi ni nak bagi tau kat mak bapak budak2 yang anda semua lahirkan….

    anak2 anda sebenarnya memang pemalas…..
    adakah patut tempoh dua minggu tidak mampu untuk menyiapkan tugasan kerja sekolah….
    buku nota tak buat…
    latihan apatah lagi…
    entah wujudke tidak buku2 tu……
    ada budak plak buku berlipat2 mcm kertas surat kabar lama dibuat bukunya…..

    ni nak tanya patutkah mereka ni dibiarkan….
    wajarkah denda lari keliling foyer sekolah?

    wahai ibu bapa jaga anak2 anda
    kami guru2 tugas mengajar anak2 anda
    mendidik tukan tugas ibu bapa dari rumah….
    jangan salahkan cikgu bila anak2 anda nanti tidak menjadi manusia…………..

    salahkan diri anda sendiri….
    sebab
    cikgu tak dapat nak buat apa2 disebabkan sifat dan sikap ibu bapa skrg (kebanyakkannya) pantang anak2 mereka di sentuh….

    sendiri makan pengat
    sendiri mau ingat………….

    Reply

  13. Zul on August 9th, 2007 3:15 pm

    Hmm.. pedas betul bunyinya. Harap ibu bapa boleh ambil iktibar…

    Reply

  14. Guru Saman Ibu Bapa, Jenayah Pelajar Semakin Meruncing ¦ Rauzul & their Pesona Batik’s Blogroll on September 4th, 2007 5:11 am

    [...] beberapa insiden di sekolah yang telah memburukkan nama guru dan cikgu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengambil langkah untuk memfailkan saman terhadap [...]

  15. Guru Saman Guru Demi Kebenaran « MEMBANGUN KECEMERLANGAN INSAN on January 17th, 2008 12:35 pm

    [...] Saman Guru Demi Kebenaran Selepas beberapa insiden di sekolah yang telah memburukkan nama guru dan cikgu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengambil langkah untuk memfailkan saman terhadap [...]

  16. lean on February 27th, 2008 2:45 pm

    Bagi saya satu perkara ibubapa harus tahu,iaitu peranan guru:
    1. guru bukan ‘baby sitter’.Ibu bapa hantar anak ke sekolah kerana harapkan guru-guru jadi ‘baby sitter’.Bila berlaku masalah terus cari media nak hebahkan sesuka hati. Ingat peranan guru tak sama dengan ‘baby sitter’.
    2. guru bukan hanya mengajar tetapi sebagai pembentuk sahsiah insan untuk lahirkan modal insan.Kalau cikgu dah acap kali tegur anak-anak tak dengar, degil dan tak ambil peduli habis apa yang harus guru-guru buat. Sekarang saya nak tanya ibubapa, kalau anak-anak buat hal di rumah macamana cara ibubapa kawal mereka? Nak cubit,pukul,bawa jumpa kaunseling?Kalau dah tuala wanita dah tak reti mana tempat patut buang, apa akan berlaku kepada modal insan ini pada masa akan datang?Ibu bapa tak perlu cepat melatah, siasat dulu jangan cari media gunakan saluran yang betul.jumpa pengetua.Media bukan penyelesai masalah sebegini kalau nak glamour bolehlah.suarakan melalaui PIBG barulah betul tindakannya. Nak panggil media, media bukan boleh buat apa. Akhir kata,saya ingin menyeru kepada para ibubapa, ingatlah kita juga merupakan pelajar suatu ketika dulu dan apa yang kita dapat hari ini merupakan hasil didikan guru-guru kita dimasa lalu. Manjakan anak-anak perlu berpada-pada, jangan sampai anak-anak tak reti berdikari.Sekali sekala cuba selami situasi guru.Bagaimana jika kita berada ditempat mereka? Apa tindakan kita? Bayangkan perkara ini berlaku di dalam rumah, sebagai ibubapa adakah kita nak terus biarkan anak gadis kita sesuka hati buang tuala wanita dalam tandas rumah? Pengawas itu manusia, guru itu manusia juga sama macam kita.Dalam hal ini kesepakatan perlu ada, kesedaran diri (sahsiah)wajar dipupuk. Jika ada kesedaran akan kepentingan disiplin diri maka rasa tanggungjawab itu dengan sendirinya tumbuh subur dalam jiwa anak-anak. Maka lahirlah modal insan yang berkualiti. Tetapi bagaimana cara nak pupuk? Ibubapa tepuklah dada tanya selera. Jika ada saranan kemukakanlah kepada pihak sekolah bukan saja-saja nak cari glamour jumpa reporter.Saya juga ibubapa, saya faham susah payah didik anak, jika kita tak tegas dengan anak-anak mereka akan hidup tanpa peraturan. Didikan bermua dari rumah.Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jika kita tak boleh bentuk anak-anak biarkanlah guru jalankan tugas mereka membentuk modal insan.Ibubapa tunggu dan lihat hasilnya.

    Reply

  17. lean on February 27th, 2008 2:47 pm

    Pembetulan ralat perkataan
    Bagi saya satu perkara ibubapa harus tahu,iaitu peranan guru:
    1. guru bukan ‘baby sitter’.Ibu bapa hantar anak ke sekolah kerana harapkan guru-guru jadi ‘baby sitter’.Bila berlaku masalah terus cari media nak hebahkan sesuka hati. Ingat peranan guru tu sama dengan ‘baby sitter’.

    Reply

  18. azura on April 15th, 2008 5:38 am

    hmmm…
    saya baru jer keluar kelas ni….geram sungguh…
    ada sorang pelajar saya ni…mmg setiap kali saya masuk….dia akan menynyi…dan mengganggu kelas….

    hari ni…saya hilang sabar… saya halau dia keluar…dia tak mau keluar…

    saya pukul belakangnya… dan tetap halau dia keluar..

    dia bangun…sambil mengangkat penumbuk ke arah saya…
    dan mngugut… nak pecah dan rosakkan rumah saya…

    sambil bergerak keluar … dia menendang kerusi di blkg kelas….

    …. apa yg perlu saya buat skrg…?
    repot polis… atas ugutan nya…?

    Reply

    Frozen Throne Reply:

    Aslm Cikgu…

    Enm.. Sy nie ckgu lah jgk, n harap2 apa yang sy sarankan nie dapat memberik sikit input pada ckgu ttg kaedah menangani “insan istimewa” tu..

    1. Cikgu bagi borang pertandingan menyanyi peringkat sekolah kat dia. Tiap2 hari. n Ckgu berikan borang tu tiap2 hari kat dia, n umumkan kat kelas yg dia adlaah pilihan utama ckgu utk “memenangi” pertandingan tu.

    2. Makluman kepada ketua jabatan ttg hal nie. Insyaallah dia boleh membantu.

    3. Suruh semua budak berikan tepukan gemuruh tiap kali dia benrnyanyi.

    Bersabarlah cikgu, cikgu bukan berseorangan dalam menghadapi situasi nie.

    Sekian, Berkhidmat Untuk Negara.

    Reply

  19. Yuslina Jumaat on February 1st, 2010 3:34 pm

    Tadi ada parents datang ke sekolah dengan nada marah-marah dan menengking kepada kerani nak jumpa seorang teman guru di sekolah saya.

    Kata parents tersebut, sekolah hapa nih! Buku teks anaknya koyak pun nak menengking guru?! Dia komplen guru2 tak ambil kisah buku teks sekolah tak ada kualiti dan gesa minta ganti baru.

    Saya mengucap panjang bila dengar dan lihat dia marah cikgu buku teks. Ikut hati saya , saya nak lempang balik bapak murid tu. Tak bolehkah bersatun bila berkomunikasi tuh?!

    Kita guru pun ada perasaan. Kalau koyak boleh beli sendiri kalau nak cepat atau cakap baik2 minta tukar buku baru. Kecil sangatkah maruah kami sebagai guru ni? Kurang ajar punya bapak!!!

    Ingat anak dia tu terus jadi pandai kalau ada 10 buku baru pun?! Cikgu yang dia maki dan tengking inilah yang dengan lembut sabar mengajar tulis baca kepada anaknya tuh.

    Sedih aku. Sedih lagi kawan aku tuh. Aku pun pergi check ke buku kedatanga kelasnya utk tengok latar belakang ibubapa tadi. Eh??? Si ibu juru audit di Jalan Duta, di bapak pulak pegawai eksekutif sebuah bank di kotaraya. Dia dah biasa mengarah orang dan menengking pekerja agaknya so bila marah dan maki cikgu pun rasa setaraf bos juga la kononnya.

    Sekali lagi, malam ni aku tidur dengan berfikir dalam selepas menggeleng kepala beberapa kali mengenangkan pepatah melayu yang semakin dilupakan “Mulia bangsa kerana ilmu, mulia umat kerana santun katanya”.

    Reply

  20. samsul on February 12th, 2010 7:24 am

    saya inipun cekgu gak…stktni skulah kami ok jer…tapi jom join facebook saya utk ckgu2..kiter bentang soklan yang perlu perhatian…insyaallah,muafakat membawa berkat..
    tugas seorang guru sekarang adalah mengajar…setakat mengajar subjek…bila guru mula terlibat mindidik sahsiah pelajar, itu adalah ihsan daripada guru itu…sekirnaya ihsan kite tak diperlukan,cukupla…carila insan2 budak skulah yg lbh memerlukan..k? akum

    Reply

Leave a Reply