Chicken Wings Segera Kak Ita

Apabila kita teringat masakan chicken wings yang sedap tentu kita terbayangkan kerja dan persediaan yang rumit untuk menyediakannya bukan. Nak basuh ayam, pastu marinade. Marinade pulak kena campur macam2, bawang merah, halia, kicap, oyster sauce, serai, jintan manis, jintan putih, jintan tu jintan ni, pastu nak kena blend lagi. Bila dah marinade tu kena biar semalaman pulak…
Lepas tu kita akan terfikir yang kalau nak bakar mesti guna grill, oven atau bakar atas barbeque stove… lagi bertahun nak tunggu bara menjadik (tu pun kalau terer buat bara)… Bila dah bakar tu nak kena katok serai pulak… sapu minyak dan madu atau minyak bijan nak kasi berkilat… sambil tu kena hayun kipas pulak kasi mantain bara…. Aduh, pedih… pedih…
Kini tidak lagi.
Setelah diperkenalkan dengan seorang jiran, Kak Ita yang kebetulan kebolehan utamanya adalah memasak serta mempunyai hobi yang berpadanan sekali iaitu makan, sebenarnya ada cara yang mudah untuk memasak dan menikmati masakan chicken wings yang lazat tapi mudah dan cepat. Caranya, guna oyster sauce (sos tiram) sahaja, dan goreng macam biasa dalam kuali. Kami telah menamakan masakan revolusi ini sempena nama Kak Ita, iaitu Chicken Wings Segera Kak Ita.

Memang resepi ini sesuai sekali untuk orang2 perseorangan ataupun keluarga yang hobinya ialah menketedarah chicken wings tapi mempunyai tahap kesabaran yang rendah untuk menunggu chicken wings habis dimasak.
Berikut ialah resepinya. Resepi ini sesuai dimakan oleh 2 orang (kemampuan mencekik tahap sederhana) atau 1 orang (kemampuan tahap gaban):
1. Sediakan kepak ayam (5-6 ketul) dan basuh.

2. Tuang kira kira 5 camca sos tiram, masuk dan gaulkan kepak ayam bersama sos tiram. Biar & tutup selama 5-10 minit.


3. Panaskan kuali dan masuk 2-3 sudu sahaja minyak masak.

4. Masuk kepak2 ayam yang diperam dan biarkan pada api yang sederhana.

5. Untuk lebihan sos tiram yang diperam, campur sedikit air, kacau dan tuang semuanya dalam kuali.


6. Tutup kuali dan biar kira kira 4-5 minit. Balikkan ayam selepas itu, tutup kuali dan biar lagi 4-5 minit.

7. Angkat dan hidang.

Untuk menambah kelazatan, tuang sedikit madu sewaktu ayam masih panas supaya madu boleh mengalir dan meresap.

Ia juga lazat dimakan bersama kuah air asam… yummie…. Kini anda boleh mula mencekik…


Cubalah!
Technorati Tags: resepi, resepi ayam
Comments
6 Responses to “Chicken Wings Segera Kak Ita”
Leave a Reply




Menarik & mudah resepi ni. Mesti cuba.
Reply
sedap la!!!!!!!!!!!! tapi i’m on diet right now. i akan cuba buat guna drumstick.. kekeke !!!! dah terbayang dah. ikutkan kat opis ni gak nak masak.. i dah siap boleh bau dah die nye keharuman.
Reply
amelia Reply:
September 17th, 2008 at 6:40 am
dik, diet tak semestinya takleh makan.. accompany this dish with salad, sedap woo!
Reply
hmm ni kemaruk tahap melampau ni
Reply
Sedapnya…….leh cuba ni…..sonang jer nampaknyer
Reply
akak memang nak cari resipi chicken wing yang sedap cam penah makan kat pandan indah, sekali tertipu lakk.. hehe!
cuba try bubuh oyster sauce dalam telur ganti garam untuk wat telur dadar, sedap hingga menjilat pinggan!
Reply