Resepi: Spaghetti Meatball
Resepi spaghetti meatball (bebola daging) – untuk makan 4 orang

Bahan bahan:
1bungkus spaghetti mentah, 20 (atau terpulang kepada kemahuan) bebola daging (meatball), celery, asparagus, salad, sosej, lobak merah (carrot), 3 ulas bawang putih, serbuk parsley, sebotol kuah spaghetti tomato.
Cara cara:
Penyediaan spaghetti:
- Masak dan toskan sebungkus spaghetti mentah sehingga kering.
- Gaulkan spaghetti yang telah kering tadi dengan marjerin atau minyak masak untuk menghalang spaghetti daripada kering dan melekat
- Sediakan salad segar untuk sayuran tambahan berasingan
Penyediaan kuah spaghetti:
- Potong 3 ulas bawang putih dan tumis dalam kuali sehingga naik bau
- Masukkan kuah spaghetti bersama bawang putih yang ditumis. Gaul hingga panas. Tambahkan sedikit serbuk parsley
- Tuangkan meatball (boleh masukkan sebiji sebiji atau potong separuh jika terlalu besar) ke dalam kuali. Tambah air jika perlu. Masak dalam kira kira 5 minit untuk melembutkan meatball tadi
- Masukkan bahan bahan lain seperti sosej dan sayur sayur yang telah dipotong. Tunggu hingga 5 minit lagi
- Tuang kuah spaghetti ke dalam bekas.
Kuah meatball dan spaghetti boleh disediakan berasingan atau terus dicampur, bergantung kepada selera atau kemahuan.
Resepi: Chocolate Cheese Cupcakes
- 8 ounce/ 226gm krim keju lembut (cream cheese)
- 1 biji telur, dipukul sedikit (lightly beaten)
- 1/3 cawan gula
- Secubit garam
- 4 ounce/ 100gm cip coklat
- 3/4 cawan gula
- 3 cawan tepung
- 1/2 cawan serbuk koko
- 2 sudu teh soda penaik (baking soda)
- 1 sudu teh garam
- 2 cawan air
- 3/4 cawan minyak masak
- 2 camca cuka
- 2 sudu teh vanila
Cara cara:
- Gaulkan 4 ramuan pertama di dalam mangkuk sehingga sebati dan kemudian masukkan cip coklat (adunan keju)
- Masuk ramuan-ramuan lain di dalam mangkuk berasingan dan gaul hingga campuran rata (adunan kedua)
- Masukkan adunan kedua sebanyak 1/3 atau 1/2 penuh kedalam cawan kertas (paper cup) yang disusun dalam aluminum pembakar muffin (muffin tin)
- Masukkan satu sudu teh adunan keju ke dalam paper cup tadi.
- Bakar pada suhu 350°F/178°C selama 20 hingga 25 minit
Resepi: Nasi Ayam Hainan
Bahan bahan (resepi utk 4 orang) resepi Nasi Ayam Hailam:
1- Seekor ayam (basuh dan keringkan). 2- Secebis halia (diketuk). 3- 2 sudu teh garam. 4- Minyak bijan. 5- Seulas bawang putih (dihiris halus). 6- 2 ulas bawang merah (dihiris halus). 7- Setengah kilo beras wangi. 8- Daun pandan. 9- 2 sudu besar minyak.
Resepi kuah hitam:
Satu sudu teh gula, satu sudu teh serbuk seasoning, satu sudu teh minyak bijan, 2 camca sos soya (light), 200ml stok ayam. Campur dan kisar bahan sehingga sama rata.
Resepi kuah cili:
100g halia, 50g bawang putih, 50g bawang merah, 200g cili merah, 5 biji limau kasturi (diperah jus), gula &garam secukup rasa serta beberapa hirisan tomato. Campur dan kisar bahan sehingga sama rata.
Cara cara:
- Panaskan air (sebanyak yang boleh dimuat seekor ayam) dalam periuk sederhana besar. Masukkan cebisan halia yang diketuk dan garam secukup rasa. Biarkan air perlahan lahan mendidih.
- Perlahankan api dan masukkan ayam. Biarkan ayam dipanaskan dalam api yang sederhana perlahan selama 45 minit.
- Keluarkan ayam dan rendam ayam di dalam air sederhana sejuk selama kira kira 20 hingga 30 minit. Buang air sejuk selepas ayam disejukkan, sementara air didih ayam tadi disimpan.
- Sapu ayam tersebut dengan minyak bijan. Letak ke tepi ayam.
- Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga berbau harum. Tambahkan beras dan gaul sehingga rata.
- Pindahkan nasi yang ditumis bersama bahan bahan tadi ke dalam periuk nasi. Masukkan air didihan ayam yang digunakan sebelum ini. Masuk daun pandan. Biar sehingga nasi ayam masak.
- Potong ayam kepada beberapa bahagian, mengikut citarasa dan kesesuaian.
Imej: sparklette.net





