5 Panduan Menjaga & Memelihara Hamster
1. Hamster yang baru dibeli
Seperti kebanyakan binatang ternakan lain seperti kucing dan sebagainya, hamster adalah binatang yang prihatin terhadap persekitarannya. Ini bermakna, ia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pemilik dan keadaan tempat baru. Walaupun jika dilepaskan ia kelihatan seperti mahu melarikan diri, hamster adalah binatang yang dikategorikan dalam senarai binatang ternakan jinak. Pada peringkat awalnya juga, sukar untuk menyuapkan makanan kepada hamster tetapi lama kelamaan keadaan akan berubah.
Sewaktu hamster di dalam sangkar, jangan memandai mandai untuk hulurkan jari anda jika hamster tersebut masih belum biasa dengan anda kerana kemungkinan hamster tersebut menyangkakan bahaya dan bertindak kasar dengan mencakar atau menggigit (sesetengah gigitan hamster boleh membawa luka). Jika mahu memegang hamster, belajar cara memegang dengan betul iaitu satu tangan anda menjadi tempat ia berpijak dan satu lagi tangan anda mengusap di belakangnya.
2. Tempat tinggal
Selalunya, hamster yang pertama kali dibeli akan datang sekali dengan sangkar tempat tinggal. Pertimbangkan saiz tempat tinggal bergantung kepada berapa banyak bilangan hamster yang ingin dibela.
Harganya pula berlainan mengikut saiz serta perkakasan lain yang datang sekali dengan tempat tinggal. Tempat tinggal ini juga harus disediakan ruang pengudaraan yang secukupnya, tempat tidur (bedding) yang dibuat daripada habuk kayu serta tempat menyimpan makanan dan minuman. Jangan lupa untuk menyediakan bahan bahan permainan seperti roda berpusing, sudu plastik dan sebagainya kerana telatah hamster yang suka untuk bermain.
One Nation Emcees Juara Gang Starz 2

One Natioan Emcees (Kredit: TV3)
One Nation Emcees (MCs) menepati ramalan apabila dinobatkan juara keseluruhan dalam final Gang Starz musim kedua yang berlangsung malam tadi. Mereka menewaskan empat lagi pencabar lain iaitu D’Reborn (Indonesia), Akasia (Malaysia), 3.5 (Filipina) dan Paragon Child (Filipina).
Walaupun seringkali menghadapi masalah kualiti suara, One Nation Emcees jelas merupakan kumpulan kegemaran ramai sejak awal permulaan pertandingan lagi kerana memiliki kelebihan pakej penghibur di samping kreatif dengan idea idea baru dalam setiap persembahan mingguan.
Dengan kemenangan itu, mereka pulang dengan hadiah wang tunai sebanyak US$100,000 atau lebih RM300,000. Mereka juga mendapat hadiah kedua bernilai RM10,000 kerana mendapat undian terbanyak sejak pertandingan di minggu pertaman.
One Nation Emcees dianggotai oleh Mimi, Zydee, Kozae dan Jojoe.
Pesta Batik Antarabangsa, Kuala Lumpur, 30 November – 2 Disember 2007
Pesta Batik Antarabangsa akan berlangsung dari 30 November hingga 2 Disember 2007 (Jumaat – Ahad) di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Acara utama yang bakal berlangsung adalah seperti pameran batik, pertunjukan dari peserta Piala Tan Sri Endon, galeri melukis batik serta demonstrasi membuat corak batik.
Pelbagai acara bakal disediakan untuk pengunjung dan keluarga seperti pertandingan melukis batik sekeluarga, pertandingan fesyen batik kanak kanak, pertandingan mencari harta karun dan sebagainya. Pengunjung juga boleh mengambil kesempatan menyertai acara menderma, Batik FunWalk, bagi mengumpul dana untuk tabung Penyayang Pesakit Kanser dan Cancerlink Foundation.
Maklumat penuh:
Acara: Pesta Batik Antarabangsa, Kuala Lumpur
Tempat: Kuala Lumpur Convention Center, KLCC (Bersebelahan KLCC Suria), Kuala Lumpur
Tarikh: 30 November 07-2 Disember 07 (Jumaat – Ahad)


