Bill Gates Paling Kaya di Dunia
Majalah Forbes telah menamakan Bill Gates sebagai manusia paling kaya di dunia untuk tahun 2009. Ini bermakna, Gates kembali merampas takhta yang telah diambil alih oleh rakan lamanya, Warren Buffet, seorang pakar pengurusan kewangan yang juga peneraju syarikat pelaburan terkenal, Berkshire Hathaway.
Sebelum Buffet merampas takhta pada tahun lepas, Bill Gates, yang mengasaskan syarikat gergasi Microsoft telah bergelar sebagai orang paling kaya selama lebih 10 tahun berturut turut. Jumlah kekayaan Bill Gates merosot dengan teruk pada tahun lalu terutamanya disebabkan kegagalan Microsoft mengambil alih Yahoo Inc menyebabkannya dipintas oleh Buffet dan seorang lagi jutawan, Carlos Slim Helu dari Mexico.
Jadual Waktu Solat
Kini sudah tidak payah lagi untuk melihat atau membuat semakan jadual waktu solat setiap hari. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM menyediakan portal khas, e-solat, yang boleh memberikan jadual waktu sembahyang yang tepat.
Pilihan waktu boleh dibuat berdasarkan negeri, daerah dan lokaliti dan ini memudahkan mereka yang berada di tempat lain pada sesuatu masa. Selain daripada itu, jadual e-solat juga boleh dijadikan rujukan jadual waktu bulan puasa di mana waktu waktu penting seperti imsak, sahur dan berbuka puasa dipaparkan. Bahkan juga, jadual waktu sola untuk yang berada di luar daripada negara Malaysia juga disediakan.
Klik di sini untukmelihat jadual waktu solat dari e-solat.
Blog Paling Mahal Di Dunia
Blog Bankaholic.com, yang diasaskan oleh seorang pemuda bernama Johns Wu, mencatat sejarah sebagai blog paling mahal di dunia setelah dibeli oleh sebuah firma maklumat kewangan, BankRate sebanyak US$15 juta (lebih RM40 juta).
Bankaholic adalah sebuah blog yang membincangkan soal kredit, perancangan kewangan, pinjaman, simpanan wang dan lain lain aspek kewangan. Ia dimulakan oleh Johns hanya kira kira 2 tahun yang lalu sebagai sebuah laman blog yang digunakan untuk meningkatkan kefahaman beliau tentang keadaan kewangan semasa.
Menerusi blognya itu, Johns meraih pendapatan lumayan menerusi pengiklanan menerusi Google Adsense serta penjualan kad kredit menerusi program affiliate. Buat masa ini $12.5 juta telah dibayar kepada Johns, yang akan masih meneruskan sumbangan artikel di dalam blognya untuk jangka masa kira kira setahun sebelum melengkapkan pengambil alihan sepenuhnya oleh BankRate.


