Adam Corrie Lee Kahwin 17 September

Koreografer terkenal, Corrie Lee, atau nama Islamnya Adam Corrie Lee Abdullah, bakal bergelar suami apabila mengumumkan tarikh perkahwinannya iaitu pada 17 September 2008. Corrie bakal berkahwin dengan pasangan pilihannya yang baru dikenali hanya beberapa minggu lepas, Liza dari kota Alor Star, Kedah.

Corrie dikenali ramai dalam rancangan realiti Akademi Fantasia di mana dia bergandingan dengan Linda Jasmine menjadi juru ajar tarian kepada pelajar pelajar di akademi tersebut. Selain daripada seorang jurulatih tarian terkenal, Corrie juga mempunyai bakal lakonan yang terserlah dengan beberapa penampilan dalam beberapa drama tempatan. Walaupun pada peringkat awal kerjaya Corrie lebih dahulu menceburkan diri dalam bidang lakokan, nampaknya bakat koregrafinya lebih menyerlah.

Sementara itu persandingan antara Corrie dan pasangannya bakal diadakan selepas Hari Raya Puasa, iaitu lebih kurang seminggu selepas umat Islam menyambut Hari Raya pertama. Mereka juga dijadualkan bakal ke Mekah untuk menunaikan umrah setelah selesai persandingan mereka.

← Previous Page