Jimmy Choo si tukang kasut

Datuk Jimmy Choo memang bercita cita besar sewaktu menolong ayahnya yang juga seorang tukang kasut, tetapi dia tidak menjangkakan kejayaan yang bakal diperolehinya mencapai tahap yang dikecapinya pada masa ini. Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa diharungi oleh Datuk Jimmy sebelum mencipta kejayaan gemilang dalam bidang yang diceburinya.

Dilahirkan di Pulau Pinang, Jimmy Choo mendapat pendedahan dengan teknik pembuatan kasut daripada ayahnya seorang tukang kasut sepenuh masa. Jimmy mencipta kasutnya yang pertama ketika beliau berumur 11 tahun. Demi cita citanya yang tinggi, beliau menyuarakan hasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London.

Read more

Pereka fesyen sebagai kerjaya

Minat kerjaya sebagai pereka fesyen? Mahu menjadi terkenal seperti Radzuan Radziwill, Salikin Sidek, Micheal Ong dan Jovian Magnadie? Bidang fesyen menawarkan kerjaya yang menarik kepada sesiapa sahaja yang meminatinya, dengan syarat seseorang itu hendaklah sanggup menghadapi segala cabaran yang menunggu. Bidang fesyen juga bukan sahaja untuk kaum wanita sahaja, tetapi juga untuk lelaki. Malah, pereka fesyen yang terkenal di Malaysia dan di dunia kebanyakannya adalah lelaki.

Read more

Casa Impian sentuhan Eric Leong

Eric Leong adalah nama yang tidak asing lagi dengan dunia hiasan dalaman dan merupakan hos dan penyeri rancangan kegemaran ramai, Casa Impian. Pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang hiasan dalaman membolehkan Eric Leong menjadi seorang pakar dan konsultan dalam bidang yang digemarinya itu. Langkah mengacarakan Casa Impian adalah langkah berani Eric kerana Casa Impian adalah rancangan pertama seumpamanya yang menyentuk aspek hiasan dalaman.

Dalam masa sekejap sahaja selepas dilancarkan, Casa Impian mula meniti di bibir peminat hiasan dalaman dan pengubahsuaian ruang. Dalam rancangan tersebut juga Eric memberikan sentuhan ajaibnya dalam membuat ubah suai serta ‘make over’ yang membolehkan sesebuah rumah atau ruang yang kelihatan bosan menjadi begitu mempesonakan. Ini membolehkan Eric Leong mendapat jolokan ‘Malaysia’s Most Favourite Interior Designer’.

Eric juga mempromosikan gaya hiasan dengan anggaran belanja (budget) yang sederhana melalui segmen ‘Decor bersama Eric’. Dalam segmen tersebut, Eric menunjukkan bagaimana untuk menguasai susunan dan hiasan bunga yang memberi kesan menarik kepada hiasan dalaman.

Read more

← Previous PageNext Page →