Festival Fesyen Islam (FFI) 2008
Festival Fesyen Islam (FFI) kembali buat tahun yang ke-6 dan bakal berlangsung di kota Kuala Lumpur dari 22 hingga 30 November 2008. FFI akan bakal menampilkan pelbagai acara menarik yang bakal disajikan kepada pengunjung serta peminat fesyen dan busana muslim. Antara label dan jenama terkenal yang bakal menampilkan rekaan fesyen adalah Jendela Batik, ETRO, Aktif Bistari, Khadani dan lain lain.
Selain daripada pereka fesyen tempatan, pereka pereka dari luar negara juga turut dijemput untuk memeriahkan lagi acara dan menambah warna serta hasil rekacipta. Penceramah penceramah jemputan juga tidak lupa untuk dijemput untuk memberikan pembentangan serta ceramah seperti Datuk Dr Fatimah Az Zahra, Prof Madya Mohd Najib dan Noor Kumalasari. Noor Kumalasari, bekas pelakon terkenal, bakal meluangkan masa untuk berkongsi bagaimana beliau berubah daripada menjadi seorang pelakon kepada seorang yang menutup aurat.
Selain itu, pihak penganjur juga akan bekerjasama dengan beberapa badan kebajikan seperti Yayasan Institut Jantung Negara, Yayasan Tuanku Najihah, Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah dan banyak lagi dalam usaha untuk menghasilkan sumbangan.
Festival Fesyen Islam (FFI) akan diakhiri dengan pelancaran Pesta Busana Muslim beberapa hari terakhir festival dan akan bertempat di KL Plaza, Kuala Lumpur.
Minggu Fesyen Antarabangsa 2008
Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kepada Minggu Fesyen Antarabangsa (International Fashion Week) yang akan berlangsung dari 26 hingga 29 Disember 2008. Ia akan diadakan bertempat di The Gardens Hotel and Residences dengan bakal menampilkan acara acara yang menarik.
Minggu fesyen tersebut juga akan menampilkan pereka pereka fesyen terkenal dari dalam dan luar negeri. Lebih daripada 20 buah negara dari serata dunia telah mengesahkan penyertaan mereka dan akan membawa wakil pereka dan juga media masing masing.
Antara pereka tempatan yang bakal memeriahkan minggu tersebut termasuklah Eric Choong, Carven Ong, Jonathan Cheng dan Andy Sulaiman. Amber Chia, model tempatan yang mencipta nama di luar negara pula dijadikan sebagai duta untuk mempromosikan acara gemilang tersebut. Di samping itu juga, Persatuan Pereka Bumiputra juga telah dijemput untuk mengetengahkan barisan fesyen terbaru yang dihasilkan oleh tangan anak anak tempatan ke media antarabangsa.
Antara tujuan utama Minggu Fesyen Antarabangsa ini diadakan adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang gaya dan trend fesyen sedunia pada masa ini yang seringkali berubah dan bertukar tukar dari semasa ke semasa.
Maklumat acara:
Acara: Minggu Fesyen Antarabangsa (International Fashion Week)
Tarikh: 26-29 Disember 2008
Tempat: The Gardens Hotel and Residences, Kuala Lumpur
Raya 2008 – Tudung Angkasawan Muncul
Semakin hampir dengan raya, semakin rancak peniaga mempromosikan barangan mereka yang terdiri daripada pelbagai bagai jenis produk termasuk makanan, pakaian, barangan dapur, kuih raya dan sebagainya.
Dalam perniagaan pakaian, tudung tidak akan lari daripada sebahagian elemen yang mendapat sambutan hangat, lebih lebih lagi apabila perayaan yang bakal disambut melibatkan umat Islam seantero dunia.


