Pasar Serikin
Bagi yang bercadang ke Kuching, Sarawak, jangan lupa dengan nama Pasar Serikin. Serikin terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan dan jarak perjalanan dari bandar Kuching memakan masa dari 1 jam -1 jam setengah. Kata orang, rugi kalau tak ke Pasar Serikin, kerana barang barang dari Sarawak dan Indonesia boleh didapati dengan murah di sini. Contohnya, kain pua kumbu Sarawak, batik sarong, tikar sarawak, barangan kristal dan mutiara, kain sembahyang, beg dan barangan kulit dan banyak lagi.

Pesta Benak, Sri Aman
Perkataan BENAK selalunya merujuk kepada seseorang yang bengap atau sangap. Tetapi, di Sarawak, benak membawa maksud yang lebih bermakna terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan Sri Aman dan sekitarnya. Di sini, ‘benak’ merujuk kepada fenomena ‘ombak sungai’ (tidal bore) di mana air pasang dari laut ‘pecah’ apabila bertembung dengan pulau dan membentuk ombak yang menghala ke arah sungai dan berlaku 2 kali sehari. Malah, kerana popular, Pesta Benak telah dikomersialkan dan diraikan pada tiap tiap tahun di sekitar Sungai Batang Lupar, Sri Aman.
Jadi Pesta Benak bukanlah perayaan untuk meraikan orang orang yang bengap atau sangap.
Hanya ada beberapa tempat sahaja di dunia ini dimana terjadinya benak dan Bandar Sri Aman adalah salah satu daripadanya. Bandar (atau lebih kepada pekan) Sri Aman terletak kira kira 2-3 jam perjalanan dari bandar Kuching, Sarawak dan terletak di laluan ke Sibu, Bintulu dan Miri. Ianya sebuah pekan yang agak kecil dan sunyi, tetapi menjadi meriah apabila berlangsungnya Pesta Benak. Tiada pasaraya besar kecuali Supermarket Everise yang terkenal di Sarawak. Ada KFC tapi tiada McDonald. Ia lebih kecil dari bandar Kemaman, Terengganu atau Sungai Petani, Kedah. Pekan Bintulu pun lebih maju dari Sri Aman. Kebanyakan kedai termasuk stesen minyak tutup pada pukul 7.30 malam.
Muzium Kucing (Cat Museum) di Kuching.
Di Kuching ada dua Muzium: Muzium Kucing (Cat Museum) dan juga Muzium Kuching (Kuching Museum). Hmm… Ada rasa cam nak pening tak. Ok, jom kita layan Muzium Kucing (Cat Museum) dulu. Adakah Muzium Kucing ini popular? Semestinya. Ia popular sehingga ke luar negara termasuk negara Jepun dan Eropah. Tetapi adakah berbaloi untuk datang ke Muzium Kucing ini? Kalau mengikut kami yang sudah ke sana, jawapannya ya dan tidak.

Kenapa? Tak percaya?


