Bako National Park

Bako National Park is the oldest national park in Sarawak, Malaysia, located about 30 minutes journey by boat from Kampong Bako, Sarawak. It takes about 40 - 50 minutes drive from the Kuching town. Bako Park and the village both are mangrove-rich (i.e. bakau, i think that’s where the name Bako comes from).

Bako National Park is rich with its rainforest abundant of wild life, jungle streams, waterfalls and trekking trails. If you’re planning for a trip to Bako, the best is to stay here for 1 or 2 days so ensure you make early arrangement for the lodging and accommodation. Otherwise you’ll be out for disappointment as the lodgings there can easily be fully booked. And this was what happen to me and the other 2 friends who left it too late before making the necessary arrangement. As a result, we did not manage to book any accommodation.

Read more

Promosi Malaysia Airlines (MAS) mengecewakan.

Susulan dari Promosi 50 Jam Malaysia Airlines yang diwarwarkan dalam berita, saya cuba untuk memasuki laman web mereka untuk mencari tiket. Mengecewakan. Itu yang dapat saya simpulkan terhadap laman web Malaysia Airlines (MAS). Bukan kecewa sebab laman web mereka hodoh (dah cantik tu, boleh bagi markah penuh), tapi dari segi penggunaaan dan sokongan teknikal dan back-end.

Pada hari pertama promosi (semalam), saya cuba berkali kali untuk memasuki laman web tersebut tetapi usaha saya sia sia saja. Semua usaha untuk masuk ke dalam website tersebut pada pukul 9 pagi, 11 pagi, 3 pagi, 5 petang dan 10.30 malam berakhir dengan kekecewaan. Mulanya laman web MAS memberikan masalah database. Kemudian, masalah overflow & trafik. Saya cuba lagi pagi ini pada pukul 8.30am dan 9.15am, hasilnya sama.

Mula mula saya ingatkan masalah browser (Firefox), tapi bila tukar Internet Explorer pun sama je.

Sedih. Kecewa.

Air Asia pernah beberapa kali mengalami masalah seperti ini dahulu, kali terakhir saya dapati adalah sewaktu tawaran 1 juta tiket Air Asia percuma yang dibuat awal tahun dahulu. Tetapi masalah tersebut diatasi setelah beberapa ketika. Masalah MAS ni saya rasa jauh lagi teruk dan bakal memberi kemaluan besar kepada Idris Jala & team. Ini memandangkan banyak usaha dilakukan untuk mempromosikan tawaran ini, termasuk mengiklan secara besar besaran di The Star dan MSN Hotmail.

Perancangan awal yang cukup bagus tapi berakhir dengan kegagalan teruk dalam merancang sokongan teknikal. Adakah MAS gagal menjangkakan ramai orang yang bakal menyerbu laman web mereka?
When you fail to plan….

……”Going Beyond Expectations?”

Enuff is enuff…

Maybe MAS kena duduk berbincang dengan outsourcing company yang provide the IT infrastructure, and start firing a few people…dan buat masa ni tumpukan pada masa MATTA fair yang dibuat di booth2 di PWTC cukuplah..

Promosi 50 Jam: MAS tawar tiket murah

Bersempena sambutan ke 50-tahun kemerdekaan Malaysia, Malaysia Airline (MAS) akan melancarkan Promosi 50 Jam bermula esok, 20 Jun dengan menawarkan 200,000 tiket penerbangan pada harga diantara RM1 hingga RM10 meliputi penerbangan dalam semenanjung Malaysia dan juga Sabah, Sarawak dan negara Asean terpilih.

Tawaran akan bermula pada esok hari, 20 Jun 2007 dan berakhir hari Jumaat pukul 11 pagi. Penerbangan ke destinasi Asean yang bermula RM10 akan meliputi perjalanan antara Kuala Lumpur ke Jakarta (Indonesia), Phnom Pehn (Kemboja), Cebu (Filipina), Bangkok dan Phuket (Thailand).

Harga tiket yang ditawarkan adalah untuk perjalanan sehala antara 3 hingga 30 september. Harga tidak termasuk cukai lapangan terbang, caj tambahan dan bahan api.

Tempahan boleh dibuat di laman web Malaysia Airlines (MAS). Jom pi cuti! (Lama teringin nak ke Jakarta).

Next Page →