Kadar Zakat Fitrah Untuk 2008
Kadar zakat fitrah tahun 2008 untuk negeri negeri di Malaysia pada tahun ini meningkat antara RM1 hingga RM2.70, kecuali negeri Selangor yang mengekalkan pada RM5.20. Sarawak menerima kenaikan terbesar dengan RM2.70 tambahan, dari RM4.80 ke RM7.50.
Senarai kadar zakat untuk negeri:
- Wilayah Persekutuan, Labuan dan Putrajaya – RM5.20
- Perlis – RM5.00/RM7.00
- Kedah – RM7.00
- Pulau Pinang – RM7.30
- Perak – RM7.00
- Selangor – RM5.20
- Negeri Sembilan – 6.50
- Melaka – RM6.30
- Johor – RM6.50
- Pahang – RM7.30
- Terengganu – RM6.00/RM7.00/RM8.00
- Kelantan – RM7.60
- Sabah – RM7.70
- Sarawak – RM7.20
Pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan menerusi amil amil yang telah dilantik oleh kerajaan negeri.
Pesta Kraf Langkawi 2008
Pesta Kraf Langkawi 2008 akan berlangsung bermula 19 Disember hingga 20 Disember tahun ini di Kompleks Kraf Langkawi, Kedah, Malaysia. Pesta ini diadakan dalam usaha untuk memberi ruang kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk produk kraftangan mereka kepada pelancong, terutamanya pelancong dari luar negara.
Antara hasilan kraftangan yang bakal dipamerkan dan dijual di pesta tersebut adalah tikar mengkuang, lukisan, ukiran kayu, produk berasaskan batik, barang kemas, hiasan dalaman dan banyak lagi. Berdasarkan kepada sambutan yang begitu menggalakkan pada tahun tahun sebelumnya, lebih 100,000 pengunjung dijangkakan bakal menggegar pesta kraf pada temasya tahun ini.
Kompleks Kraf Langkawi yang menampilkan lebih 200 jenis barangan kraftangan untuk pengunjung langkawi juga merupakan platform yang ideal berdasarkan kepada kemampuannya untuk menarik minat pelancong tempatan dan luar negara. Selain daripada itu, status Langkawi sebagai antara destinasi paling popular di negara ini juga membantu memprosikan produk keluaran usahawan tempatan.
Pesta Kraf Langkawi yang dianjurkan sejak tahun 2006 itu bakal menjanjikan pameran yang lebih meriah dan hebat berbanding tahun tahun sebelumnya.
Batik Muncul di Harrods, London
Malaysia bakal melakar sejarah apabila produk batik dari negara ini bakal dipamer dan dijual di pasaraya terkenal, Harrods di kota London, United Kingdom. Mulai awal tahun 2009, pengunjung pasaraya Harrods yang terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa dan kewarganegaraan boleh melihat produk batik Malaysia dengan lebih dekat.
Acara hebat juga bakal menanti apabila diberitakan ratu England, Queen Elizabeth II bakal merasmikan pembukaan pelbagai produk berasaskan batik tersebut. Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bakal mewakili negara dalam membawa batik ke Harrods buat pertama kalinya dalam sejarah. Antara barang barang yang bakal dijual adalah baju, kain, barangan kraftangan dan seramik yang berasaskan kepada corak batik.
Dengan keluasan lebih 18,000 meter persegi dan mampu memuatkan lebih daripada 300 bahagian jualan, Harrods merupakan pasaraya terbesar di United Kingdom. Berbeza dengan pasaraya kelas pertengahan yang lain, ia adalah sebuah pasaraya kelas atasan, dan hanya mereka yang berpakaian kemas sahaja yang boleh memasukinya. Barang barang yang dijual di Harrods juga adalah barangan original dan mempunyai mutu yang tersendiri.
Harrods dimiliki oleh Mohamed Al-Fayed dan keluarganya, yang merupakan antara keluarga terkaya di England. Anak Mohamed Al-Fayed, Dodi merupakan kekasih kepada Lady Diana sebelum kedua dua mereka terbunuh dalam sebuah kemalangan jalan raya penuh kontroversi di Paris, Perancis pada tahun 1998.
Sehingga kini, usaha telah dilakukan untuk mempromosikan produk batik di peringkat antarabangsa seperti di Italy, Australia dan bahagian bahagian lain di Britain. Baru baru ini juga, Kementerian Pelancongan, dengan kerjasama kerajaan British, telah menganjurkan pesta penjualan batik berhampiran dengan mercu pelancongan terkenal di England, iaitu Tower Bridge.


