Tiket Percuma AirAsia
AirAsia hari ini mengumumkan pembatalan surcaj bahan api, dan dalam masa yang sama kini menawarkan setengah juta (500,000) tiket percuma kepada pelanggan yang berminat. Pembatalan bahan api tersebut ditawarkan untuk kedua dua penerbangan Air Asia dan juga Air Asia X, yang terbang jarak jauh.
Ini bermakna, pelanggan kini hanya perlu membayar harga tiket (atau percuma), cukai lapangan terbang dan yuran pemprosesan sewaktu membeli tiket dengan syarikat penerbangan tambang murah itu.
Untuk tawaran pada kali ini, tiket percuma akan diberikan kepada penumpang yang bercadang untuk pergi melancong atau melawati tempat tempat menarik bermula pada 22 Jun 2009 sehingga 24 Oktober pada tahun hadapan.
Walaubagaimanapun, pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes tidak boleh membuat kepastian tetap bahawa pemansuhan harga surcaj bahan api akan tetap atau mungkin dikenakan kembali jika sekiranya harga minyak melambung naik lagi. Ia akan bergantung kepada keadaan semasa.
Tarikh Raya Puasa 2008
Persoalan bilakah jatuhnya Hari Raya atau 1 Syawal untuk tahun 2008 bakal terjawaab pada hari Isnin ini, 29 September 2008, yang juga bersamaan dengan 29 Ramadan 1429 Hijrah, iaitu tarikh melihat anak bulan.
Walaupun ramai yang menjangkakan Hari Raya Puasa akan jatuh pada hari Rabu, 1 Oktober 2008, namun keputusan rasmi perlu ditentukan menerusi penglihatan anak bulan. Keputusan yang dipersetujui akan diumumkan dan diisytihar oleh wakil Penyimpan Mohon Besar Raja Raja Malaysia menerusi stesen televisyen utama dan juga siaran radio tempatan.
Penang Bakal Dapat WiFi Percuma
Penduduk Pulau Pinang bakal dapat menikmati khidmat internet wireless WiFi secara percuma, setelah kerajaan negeri melancarkan projek Penang Free WiFi, semalam. Pelancaran projek tersebut dilakukan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Komtar.
Ia bakal menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama di negara ini yang mempunyai khidmat WiFi percuma secara menyeluruh.
Menerusi Penang Free WiFi, mereka yang tinggal di Pulau Pinang, samaada di tanah besar atau di kepulauan bakal menerima sambungan internet tanpa wayar secara berperingkat, sehingga tamatnya perlaksanaan projek tersebut yang dijangka memakan masa dari 18 hingga 24 bulan (setahun setengah hingga dua tahun). Sebuah syarikat tempatan, REDtone International, yang merupakan syarikat terkemuka negara dalam bidang teknologi dan komunikasi, telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek tersebut.
Sebanyak lebih 700 pusat penyebaran (access point) bakal ditempatkan di tempat tempat strategik bagi memberi kemudahan kepada orang ramai, bermula dengan kawasan Queensbay, diikuti dengan kawasan kawasan lain seperti Georgetown, Tanjung Bungah, Universiti Sains Malaysia (USM), Jalan Macalister, Jalan Burmah, Gurney Plaza, Butterworth dan sebagainya.


