Kelantan Cuti Esok

Rakyat Kelantan akan menikmati hari cuti umum esok, setelah kerajaan negeri bertindak mengisytiharkan hari cuti bersempena dengan hari pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manik Urai.

Hari mengundi yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang jatuh pada hari bekerja iaitu hari Selasa dilihat bakal memberi kesusahan kepada barisan pengundi yang bekerja pada hari berkenaan. Beberapa pilihan raya kecil yang diadakan pada sebelum ini juga diputuskan pada hari bekerja dan dilihat telah menjejaskan komitment pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Pilihanraya kecil DUN Manik Urai diadakan berikutan kematian Ismail Yaakob pada 22 Mei 2009 yang memenangi kerusi tersebut pilihanraya umum 2008 atas tiket parti PAS. Dalam pilihanraya kali ini, PAS diwakili oleh Mohd Fauzi Abdullah, 50 dan akan menentang calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat.

Serunding Babi di Pasaran

Pengunjung muslim yang berhasrat untuk mengunjungi negara Indonesia dinasihatkan berhati hati berikutan penemuan beberapa jenis ‘abon’ atau serunding yang mengandungi babi. Penemuan tersebut sendiri telah disahkan oleh pihak pihak berwajib di Indonesia.

Lebih mengejutkan, kesemua jenama serunding tersebut menampal logo halal yang direka secara palsu dan digunakan tanpa pengesahan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Kepastian terhadap kewujudan perisa babi tersebut telah dilakukan menerusi ujian DNA, yang benar benar mengesahkan kebenaran dakwaan tersebut. Selain daripada itu, peralatan canggih, termasuk polikamera berangkai, turut digunakan untuk mengkaji struktur serunding tersebut.

Sementara itu, Halal Industry Corporation (HDC) Corporation Sdn Bhd memberi jaminan bahawa serunding yang berada di pasaran Malaysia tidak mengandungi babi dan adalah halal, manakala serunding yang diimport dari Indonesia melalui kawalan ketat untuk mengelakkan sebarang penipuan dan aktiviti aktiviti yang meragukan. Selepas pemeriksaan menyeluruh, HDC akan memperakukan dengan memberi logo halal.

Krishnan dan Kuok Terkaya di Malaysia

Dalam senarai terbaru jutawan paling kaya yang dihasilkan oleh majalah Forbes, Ananda Krishnan dan Robert Kuok adalah 2 rakyat Malaysia yang paling kaya di negara ini. Kedua dua mereka terikat pada tangga ke-62 di dunia dengan kekayaan yang dianggarkan kira kira US7 billion (lebih RM20 billion).

Pada tahun 2008, iaitu tahun yang sebelumnya, Robert Kuok telah dinobatkan sebagai manusia terkaya di negara ini dan Ananda Krishnan mengekori rapat di belakangnya. Pada tahun ini, kedua duanya seri. Sama kaya.

Robert Kuok terkenal dengan hasil kekayaan menerusi perniagaan gula. Setelah bisnes gulanya memberikan pulangan yang lumayan, Kuok mula melibatkan diri dalam pelbagai lagi bidang perniagaan termasuklah perhotelan, pembalakan, kuari, logistik dan pengangkutan. Kuok juga memiliki rangkaian hotel terkemuka Shangri-La.

Ananda Krishnan juga mempunyai nama kukuh dalam pelbagai bidang perniagaan termasuklah telekomunikasi, kejuruteraan, perfileman dan sebagainya.

6 lagi rakyat Malaysia yang disenaraikan oleh Forbes sebagai billionaire adalah Lee Shin Cheng (IOI Group), Teh Hong Piow (Public Bank), Quek Leng Chan (Hong Leong) dan Yeoh Tiong Lay (YTL Group). Manakala beberapa nama lain dilihat tersingkir dari senarai, terutamanya Syed Mokhtar al-Bukhary, Vincent Tan dan ahli keluarga Lim Goh Tong, yang meninggal dunia beberapa tahun lepas.

Next Page →