Buku resepi mesti beli

Sewaktu baru baru kahwin dulu, saya membeli sebuah buku resepi bertajuk The New Malaysian Cook Book yang ditulis bersama oleh Nor Zailina Nordin dan Fatihah Seow (tukang masak Cina Muslim) untuk diberi kepada isteri saya.

Bukan disebabkan dia tak pandai masak, tapi bila saya tengok banyak resepi resepi baru yang boleh dicubanya, maka saya pun mengambil keputusan untuk membelinya. Lagipun buku ini bukan hanya sesuai untuk wanita, isteri atau ibu, tetapi juga bermanfaat untuk kaum Adam seperti saya. Harga buku resepi ini pun agak berpatutan, iaitu RM35 sahaja. Kualiti gambar amat baik, dan penerangannya dalam bahasa Inggeris adalah jelas dan terperinci.


Dari buku inilah saya dan isteri belajar resepi resepi terbaru seperti Ayam Goreng Berlimau, Ayam Golek (stuffed chicken), Ayam Pandan, Sup Kambing, Daging Dendeng, Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Pari Asam Pedas, Nasi Ayam Hailam, Murtabak, Ayam Opor, Nasi Kerabu, Laksa Johor (gambar), Ayam Masak Cendawan, Laksa Asam dan macam macam lagi. Kalau nak listkan dekat sini memang tak habis. Selain daripada nasi dan lauk pauk, resepi resepi lain seperti kuih, sayur dan dessert juga disediakan. Lebih 130 jenis resepi pelbagai tema disediakan di sini.

Saya tidak menyangka, buku yang saya beli secara suka suka atau tak sengaja akan menjadi rujukan yang amat berguna bagi kami. Buku tulisan Nor Zailina dan Fatihah Seow ini menjadi kitab resepi yang sering dirujuk lebih dari sumber resepi lain. Malah, buku ini lebih popular di rumah kami berbanding majalan Wanita, Anjung Seri, Nona, Impiana dan sebagainya. Kami juga ada membeli beberapa buku resepi lain seperti Italian Practical Cooking serta siri buku keluaran Aneka tetapi tidak diguna sekerap The New Malaysian Cook Book ini.

Kedua dua penulis, Nor Zailina Nordin dan Fatihah Seow merupakan tukang masak yang dikenali serta berpengalaman luas dalam bidang masakan. Yang menariknya, Nor Zailina bukan sahaja seorang penulis buku resepi, beliau juga seorang penulis novel yang dikenali. Beliau pernah memenangi pertandingan masakan seperti Healthy Cooking Contest (The Heart Foundation of Malaysia) dan pertandingan memasak anjuran Adabi-Keluarga dan juga memenangi beberapa pertandingan cerpen tempatan. Kini, selain menjadi penulis resepi dan personaliti jemputan rancangan masakan, dia juga menghasilkan beberapa buah novel seperti Arca Impian, Semarak Rindu, Neraca Sukma dan Carissima.

Bagi Fatihah Seow Boon Hor pula, beliau berpengalaman memasak untuk keluarga diraja termasuk Sultan Pahang dan juga Sultan Selangor dengan dibantu pendedahannya selama 48 tahun di merata rata tempat seperti Hong Kong, New York, Chicago dan Iowa. Kini beliau memberi khidmat latihan dan bimbingan kepada mereka yang berjinak jinak dalam bidang masakan serta berminat untuk membuka premis perniagaan makanan.

Jadi, jika anda benar benar ingin menajamkan lagi kemahiran memasak, jangan tunggu lagi, belilah buku resepi ini sekarang, ok!

p/s: Saya tak dapat komisen pun promotekan buku ni.. ha ha..

Technorati Tags:

Entry Lain Yang Menarik:

  1. 4 Tip Rekaan Dapur

Comments

4 Responses to “Buku resepi mesti beli”

  1. Magdelene ak Joseph Bedindang on June 18th, 2007 1:47 am

    sila hantarkan resipi

    Reply

  2. zul on June 18th, 2007 3:37 am

    nantilah kalau free

    Reply

  3. noorlizawati binti kasbi on June 18th, 2007 9:03 am

    sila hantarkan buku resepi masakkan.

    Reply

  4. Zul on June 20th, 2007 9:32 am

    Yang tu tak dapatlah cik adik…

    Reply

Leave a Reply