Benak Idol 2007
Jika sebelum ini anda sudah membaca tentang posting Pesta Benak di Sri Aman, kemungkinan besar anda tidak akan tersenyum sinis apabila mendengar tentang Benak Idol pula. Ya. Benak Idol yang mengambil nama sempena Malaysian Idol. Memang wujud. Malah Benak Idol yang diadakan sempena Sambutan Pesta Benak 2007 di Sri Aman mendapat liputan oleh media massa utama utama seperti akhbar The Star dan Utusan Sarawak.
The Star Online:

Utusan Sarawak:

Janganlah terkejut apabila Juara Malaysian Idol suatu hari nanti datang dari peserta Benak Idol, dan mendapat liputan meriah di dada akhbar. Memang tak mustahil.
“Benak Idol juara Malaysian Idol ke-18″.
Berbeza dengan format Malaysian Idol yang lebih menjurus kepada lagu berbahasa Melayu dan Inggeris, Benak Idol menampilkan 3 kategori nyanyian berbeza iaitu lagi Melayu, Lagu Iban dan Lagu Cina. Jadi boleh disimpulkan di sini bahawa juara Malaysian Idol tidak semestinya boleh menjuarai Benak Idol, tetapi sebaliknya Benak Idol mempunyai peluang untuk menjadi Malaysian Idol.
Bagi kami pula, memang rugi kerana terlepas dengan Pesta Benak ini. Kalau diikutkan plan asal, memang nak pergi, tapi disebabkan lambat booking tempat bermalam, semua tempat penginapan sudah penuh. Begitulah Sri Aman. Tatkala hari biasa, bandarnya sunyi dan aman, tetapi bila tiba musim Pesta Benak, seramai lebih 20 ribu pengunjung akan membanjiri bandar tersebut. Sri Aman menjadi meriah dek kehadiran Pesta Benak. Waktu hari Pesta Benak berlangsung, diberitakan air di Sri Aman kehabisan sehingga terpaksa dicatu. Sehingga ada kawan yang bermalam di Sri Aman mengambil keputusan untuk pulang ke Kuching. Kalau kami pergi pun, mungkin terpaksa balik Kuching juga akhirnya. Alasan!
Comments
Leave a Reply



