Beli Smart Tag langkah bijak?

Bersempena sambutan kemerdekaan ke 50 tahun, harga transponder Smart Tag akan diturunkan sebanyak 50%. Ini bermakna, anda hanya perlu membayar RM50 berbanding RM100 sebelumnya untuk menggunakan khidmat Smart Tag. Sememangnya penggunaan Smart Tag akan melancarkan kesesakan lalulintas yang seringkali berlaku di negara ini. Harga kad Touch & Go juga akan diturunkan dari RM10 ke RM5. Sebanyak 30,000 alat Smart Tag dan 15,000 kad Touch & Go bakal dijual dalam kempen jualan ini.

Untuk bulan Jun, pengguna boleh mendapatkan alat2 Smart Tag dan T&G di plaza tol Rawang, Sungai Buloh, Kota Damansara, Jalan Duta dan Sungai Besi. Bermula bulan depan, alat2 tersebut boleh dibeli di plaza tol Jambatan Pulau Pinang, Elite Expressway dan Jambatan Link Ke-2 di Johor.

Beberapa bulan lalu, Samy Vellu membuat kenyataan bahawa sistem tol pada masa ini yang merangkumi bayaran secara manual, Touch & Go dan Smart Tag bakal diganti dengan sistem gantri yang menggunakan mekanik sama seperti Smart Tag, tetapi tidak menjelaskan bahawa alat Smart Tag yang ada pada masa kini boleh digunapakai dalam sistem gantri tersebut.

Melalui sistem gantri yang disasar bermula pertengahan tahun hadapan (2008), kenderaan yang lalu di plaza tol akan melalui sistem elektronik yang dibina berupa sebuah tiang gol dan caj tol akan ditolak secara automatik melalui pemancar alat gantri yang ditampal pada cermin kereta. Harap harap Datuk Samy boleh jelaskan perkara ini kepada rakyat, kalau tidak kad Smart Tag yang dibeli jika tidak boleh digunakan lagi terpaksalah ditampal dipintu peti sejuk sebagai hiasan.

Comments

Leave a Reply