Batik – pengenalan

Batik adalah hasil seni dan kraf yang terkenal terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Perkataan ‘batik’ itu sendiri berasal dari perkataan jawa yang menggabungkan dua perkataan iaitu ‘amba’ yang bermaksud menulis dan ‘titik’.

batik sutera

Di Malaysia, kepentingan batik menjadi ketara sejak beberapa tahun yang lepas setelah batik sutera dijadikan pakaian rasmi tertentu terutama kepada mereka yang berkhidmat dengan badan kerajaan.

Batik dihasilkan melalui 2 cara yang utama. Cara yang pertama ialah menerusi blok tangan, di mana corak tertentu dilekatkan pada blok dan corak batik dicetak ke atas kain. Penghasilan begini juga digelar ‘printed batik’ atau batik cetak. Sebagai contoh, banyak batik Indonesia adalah dihasilkan menerusi blok.

penghasilan batik menerusi blok

Penghasilan batik menerusi blok.

mencanting batik

Penghasilan batik menerusi proses mencanting.

Cara kedua ialah menerusi melukis corak batik di atas kain, atau dengan kata lain digelar ‘canting’. Batik Terengganu dari Malaysia terkenal dengan batik canting. Corak yang dihasilkan menerusi proses canting adalah unik untuk setiap kain dan prosesnya agak memakan masa. Oleh itu, batik yang dihasilkan menerusi proses mencanting adalah lebih mahal.

batik kebaya

Dahulu batik dianggap sebagai seni pakaian tradisional tetapi setelah pelbagai usaha dilakukan kini batik juga telah melalui revolusi kontemporari di mana batik dijadikan sebagai elemen penting dalam rekabentuk dan rekahias pakaian fesyen terkini.

Entry Lain Yang Menarik:

  1. Tip Kurus: Senaman Kardiovaskular atau Senaman Otot?
  2. Adakah Berlari Berkesan Untuk Kuruskan Badan?

Comments

14 Responses to “Batik – pengenalan”

  1. QuaChee on May 10th, 2007 4:50 pm

    Ya, Batik Malaysia kini agak menarik – very bold & colourful! :) Apatah lagi bila ditambah dengan fesyen moden.

    Sememangnya ada potensi besar untuk Batik Malaysia, tetapi usaha yang gigih masih diperlukan untuk benar -benar membawanya ke seluruh dunia! :)

    Reply

  2. Farhan on September 17th, 2007 8:54 am

    Batik terengganu memang cantik. ini kerana ia diperbuat dengan tangan(hand made). Saya ada masuk laman web http://www.malaysianluxurious.com dimana terdapat banyak batik,sutera dan songket dari terengganu yang amat cantik. Even batik sarong and kain pelikat dlm website tersebut looks gorgeous.

    Reply

  3. amirul nizam on February 19th, 2008 4:23 am

    assalamualaikum.. saya hendak menganjurkan pertandingan mencanting batik di kolej saya.. jadi, boleh tak kalau saya nak dapatkan informasi bagaimana saya hendak mendapatkan alat-alat untuk mencanting batik. sila hubungi saya di nombor 012-9140171.. Terima kasih..

    Reply

  4. rozie on March 5th, 2008 7:45 am

    assalamualaikum, batik memang cantik saya amat berminat dengan seninya. Boleh tak beritahu di mana saya boleh mendapatkan peralatan membatik. saya ingin mencuba sendiri terima kasih. boleh juga call saya di 012-2258720

    Reply

  5. shakie on April 12th, 2008 6:15 am

    salam…bagus tenrtang artikel ini tapi boleh tak luaskan lagi tentang batik ini…saya sebagai student berharap agar mendapat lebih banyak info tentang batik ini…tq…

    Reply

  6. Lina on May 2nd, 2008 8:14 pm

    cik Rozie, di kedai MPH Alamanda Putrajaya ada satu produk batik yang siap dicanting, tunggu untuk diwarnakan dan direbus sahaja..warna juga disediakan. for beginners may be suited for u. cheers

    Reply

  7. may on January 28th, 2009 4:49 am

    nak tahu siapa tokoh seni batik yang terkenal di malaysia. bagi membuat kajian untuk STPM Pada tahun ini..

    Reply

  8. Hamdan MPK on March 25th, 2009 11:35 am

    hallo there…. esok saya ada pertandingan melukis batik disebuah pusat membeli belah terbesar kat sabah, so i still not make any preparation arghhhh tak pernah cuba lagi nieeee!!!! kalo lukis poster saya tau lerrrr ada pa2 pndapat tak nak lukis ni payah sanggt ke, coz saya mewakili unvrct nieeeeee…….. 0138888632

    Reply

    zahidah Reply:

    batik ni dapat manolong saye dalam buku ’scrap’ saya….maklumlah budak sekolah…segale buku ’scrap’ kene buat…o.k bye…and pade sape yang bace ni thanks so much…saye menghargainya…assalamualaikum

    Reply

  9. jijie on August 27th, 2009 3:08 am

    klu nak tau byk ttg batik, datang la ke institut kraf negara di templer park, rawang. saya student diploma seni kraf batik. di sini, anda dapat belajar byk lg ttg batik. bkn shj batik, malah hasil kraf lain spt logam, kayu, tenunan, rotan dan seramik juga terdapat di sini.

    Reply

    rin Reply:

    Salam,
    Jijie boleh tak kak nak tahu tentang batik M’sia dan batik I’sia, tokoh-tokoh, tema, motif, alat, makna imej dan prosesnya

    Reply

  10. wawa on March 30th, 2010 12:56 am

    ewm… nk try gak wt batik niw… p x geti.. huhu…nhow thnx coz bg inpo psl batik niw coz mase ni nga tedesak carik inpo… lalala…=)

    Reply

  11. heybaa on April 12th, 2010 4:40 am

    ak student stpm,wt assigment psl btik png pale ak nk wt btik neh….

    Reply

  12. leyha on April 18th, 2010 1:58 pm

    blty x tlong kaci tkoh2 batik kat malaysia niy..

    Reply

Leave a Reply