Batik Muncul di Harrods, London
Malaysia bakal melakar sejarah apabila produk batik dari negara ini bakal dipamer dan dijual di pasaraya terkenal, Harrods di kota London, United Kingdom. Mulai awal tahun 2009, pengunjung pasaraya Harrods yang terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa dan kewarganegaraan boleh melihat produk batik Malaysia dengan lebih dekat.
Acara hebat juga bakal menanti apabila diberitakan ratu England, Queen Elizabeth II bakal merasmikan pembukaan pelbagai produk berasaskan batik tersebut. Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bakal mewakili negara dalam membawa batik ke Harrods buat pertama kalinya dalam sejarah. Antara barang barang yang bakal dijual adalah baju, kain, barangan kraftangan dan seramik yang berasaskan kepada corak batik.
Dengan keluasan lebih 18,000 meter persegi dan mampu memuatkan lebih daripada 300 bahagian jualan, Harrods merupakan pasaraya terbesar di United Kingdom. Berbeza dengan pasaraya kelas pertengahan yang lain, ia adalah sebuah pasaraya kelas atasan, dan hanya mereka yang berpakaian kemas sahaja yang boleh memasukinya. Barang barang yang dijual di Harrods juga adalah barangan original dan mempunyai mutu yang tersendiri.
Harrods dimiliki oleh Mohamed Al-Fayed dan keluarganya, yang merupakan antara keluarga terkaya di England. Anak Mohamed Al-Fayed, Dodi merupakan kekasih kepada Lady Diana sebelum kedua dua mereka terbunuh dalam sebuah kemalangan jalan raya penuh kontroversi di Paris, Perancis pada tahun 1998.
Sehingga kini, usaha telah dilakukan untuk mempromosikan produk batik di peringkat antarabangsa seperti di Italy, Australia dan bahagian bahagian lain di Britain. Baru baru ini juga, Kementerian Pelancongan, dengan kerjasama kerajaan British, telah menganjurkan pesta penjualan batik berhampiran dengan mercu pelancongan terkenal di England, iaitu Tower Bridge.
Entry Lain Yang Menarik:
Comments
Leave a Reply



