Anak Mustapha Kamal (Ayuna) Meninggal Dunia

Setelah 19 hari bertarung nyawa dalam keadaan koma di hospital, anak kepada pelakon Mustapha Kamal, Ayuna Mustapha Kamal, 15 tahun akhirnya meninggal dunia malam semalam. Ayuna dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan sebelum ini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setelah cedera parah akibat terjatuh dari tingkat 13 di kediaman ibunya, Yong Rahimah, di Taman Desa, pada 21 Oktober 2007. Ayuna, yang lebih dikenali dengan nama manja Ona, menjalani pembedahan selama 5 jam. Organ organ dalaman seperti jantung, limpa dan buah pinggang Ayuna mengalami kecederaan yang parah.

Ayuna, yang baru tamat menduduki peperiksaan PMR adalah anak hasil perkongsian Mustapha Kamal dengan bekas isterinya, Yong Rahimah Johari, seorang penerbit drama. Ayuni, 13 tahun, adalah seorang lagi cahaya mata mereka. Mustapha kini berkahwin dengan pelakon dan model, Sarah Manen Ibrahim (Susan Menon) dan kini dikurniakan 4 orang anak.

Jenazah Ayuna dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Mukim AmpangĀ  1, Ampang Jaya.

Takziah diucapkan kepada Mustapha Kamal dan famili.

Technorati Tags:

Comments

Leave a Reply