Album Mawi lembap
Album terbaru Mawi, Satu Dalam Seribu gagal mengekalkan prestasi album albumnya yang terdahulu dengan jualan sekadar 50 ribu unit selepas 3 minggu di pasaran. Album album Mawi yang sebelum ini iaitu Best of Mawi World, Yang Tercinta dan Doa Berzanji Qasidah Berlagu semuanya mencecah 100 ribu unit dan terjual dalam masa yang singkat.
Album Best of Mawi sebelum ini mencatat rekod paling tinggi iaitu 165 ribu unit jualan.
Media masa membuat spekulasi bahawa Mawi, juara Akademi Fantasia 3 (AF3), bakal mengalami kejatuhan populariti dan aura Mawi World semakin hari semakin merudum dengan kebangkitan artis artis baru yang lain.
Walaubagaimanapun, ketua pegawai operasi Maestro, Freddie Fernandez menjelaskan pada madia bahawa ini disebabkan kurangnya promosi lagu terbaru Mawi di corong corong radio.
Mawi pula dikatakan ‘tidak gentar’ dengan apa yang berlaku kerana undangan nyanyian yang masih belum putus. Mawi juga merupakan duta kepada pelbagai produk yang menyumbang kepada pendapatan lumayan seperti Power Root, Silky Girl dan yang terbaru, Carrefour. Malah, pelancaran album Mawi yang terbaru dilakukan di Carrefour Wangsa Maju.
Gambar Mawi ehsan The Malay Mail.
Technorati Tags: mawi
Comments
Leave a Reply



