Al Kulliyyah terap teknologi 3G
Alhamdulillah, rancangan Al Kulliyyah kini semakin maju dengan pengenalan penggunaan teknologi 3G dalam rancangan berwajah baru ini. Setelah 11 tahun menjadi wadah dalam meningkatkan kefahaman dalam Islam dan syiar dakwah, wajah baru Al Kulliyyah menerapkan konsep ‘pantas dan interaktif’ menerusi penggunaan 3G.
Rancangan Al Kulliyyah yang ditonton sehingga 1 juta orang pada setiap Jumaat jam 5 petang di TV3 mengupas pelbagai permasalahan termasuk hukum ilmu fekah, sirah, muamalat, falak, syariah dan sebagainya. Diterbitkan oleh Ahmad Noor Sulaiman yang juga sebelum ini menerbitkan rancangan Tamadun Islam, Al Kulliyyah baru mengambil pendekatan daripada pengajaran agama di surau surau dan di masjid dengan penceramah jemputan duduk bersila dengan rekaan set berteraskan ruang solat Masjid Qurtubah di Sepanyol.
Menurut, Ahmad Noor, berkata selain mutu perbualan lebih baik berbanding penggunaan talian telefon biasa, sistem 3G juga membolehkan melihat wajah pemanggil selain mendidik mereka untuk lebih bertanggungjawab sewaktu membuat panggilan.
Menerusi 3G juga, krew penerbitan juga tidak perlu menyiapkan kamera di lokasi apabila ingin mendapatkan pandangan serta mengadakan perbualan secara langsung dengan ulama, pakar atau pihak tertentu yang berada di luar studio pada ketika siaran langsung program itu.
Tahniah buat Ahmad Noor dan krew Al Kulliyyah.
Technorati Tags: al kuliyyah, al kulliyyah
Entry Lain Yang Menarik:
Comments
One Response to “Al Kulliyyah terap teknologi 3G”
Leave a Reply




dulu saya minat jugak al-kuliyyah ni..petang-petang jumaat, elok sgt la ada rancangan untuk menambah ilmu mcm tu. tapi malangnya rancangan ni makin lama makin tak menyengat.tak de maknanya panggil org awam yang tak berkaitan duduk bersama pengacara dan pengacara tanya soalan plak kat dia..menyampah..org nak ilmu. nak tazkirah….tapi…tah la…panel pun mcm kurang ilmu..boring la
Reply