5 Tip Kuruskan Badan

1. Kawal pemakanan

Bunyinya memang selalu dan mudah didengar tetapi amat payah dari segi praktikal. Ini kerana ramai yang beranggapan, mengawal makan bermaksud menahan lapar sehingga boleh membawa kemudaratan kepada badan. Sebenarnya, pengawalan pemakanan yang betul adalah dengan mengamalkan pengambilan zat dan nurien yang seimbang yang diperlukan oleh badan. Jangan sekali kali ‘diet’ dengan berlapar, kerana kelak badan akan merana.

2. Kurangkan pengambilan karbohidrat

Makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi dan roti penting jika seorang itu aktif kerana karbohidrat diperlukan untuk menjana dan membekalkan tenaga untuk aktiviti seharian. Namun, jika masa anda lebih banyak dihabiskan dengan kerja kerja pejabat, karbohidrat yang berlebihan tidak akan menjadi tenaga dan sebaliknya akan bertukar menjadi lemak, dan akan disimpan sebagai ‘spare tyre’ di perut, peha, lengan dan bawah dagu.

Jika sebelum ini anda mengambil sepinggan penuh nasi, cuba kurangkan kepada separuh pinggan, manakala yang lain diisi dengan lauk bersaskan protein seperti daging dan ikan, beserta sayur buah buahan.

3. Mula ‘berdamping’ dengan lemak yang baik

Tidak semua lemak itu jahat serta menggemukkan, malah lemak penting sebagai salah satu unsur keseimbangan dalam zat makanan. Antara lemak yang memudaratkan adalah seperti lemak dalam makanan berdaging seperti ayam dan daging, minyak kelapa sawit, marjerin, keju dan makanan segera yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung jika diambil secara keterlaluan.

Manakala sumber makanan berlemak yang memberi kebaikan adalah seperti minyak zaitun, minyak ikan, mentega kacang, buah avocado dan makanan yang mengandungi omega 3 seperti telur.

4. Bersenam/bersukan

Luangkan kira kira 15 minit untuk bersenam, beriadah atau bersukan tiga kali seminggu. Antara jenis senaman yang amat disarankan adalah senaman latihan otot seperti angkat berat, tekan tubi serta senaman lain yang menggunakan pemberat. Aktiviti ini akan merangsang penjanaan otot yang akan meningkatkan kadar metabolisme yang seterusnya akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan.

Jika anda seorang wanita, usah gusar dengan risiko otot yang terlalu besar akibat aktiviti angkat berat. Ini kerana, saiz otot bergantung kepada kebolehan badan untuk menghasilkan testoren dan kaum wanita hanya mempunyai kemampuan kira kira 1/8 daripada lelaki.

5. Ambil protein yang secukupnya

Apabila anda bersenam, anda sebenarnya ‘merosakkan’ dan menjahanamkan sel sel otot. Sel sel ini kemudiannya akan memberi respon dengan membaiki dan menambahbaik otot otot tersebut. Proses ini memerlukan banyak protein. Antara sumber protein yang baik adalah dada ayam, ikan tuna, telur putih dan ikan sardin.

Entry Lain Yang Menarik:

  1. Adakah Berlari Berkesan Untuk Kuruskan Badan?
  2. Tip Kurus: Senaman Kardiovaskular atau Senaman Otot?
  3. 4 Tip Rekaan Dapur

Comments

8 Responses to “5 Tip Kuruskan Badan”

  1. riza on October 27th, 2009 9:54 am

    nak kurus susah lepas bersalin. tolong…..

    Reply

  2. pu3 on December 11th, 2009 5:07 am

    pakai la bengkung…….. lepas besalin lg senang nk kurus……

    Reply

  3. toto on February 11th, 2010 2:38 am

    pakai salindah

    Reply

  4. athin on April 19th, 2010 1:44 am

    pkai lew suaq jin. kn snang

    Reply

  5. idayu on May 9th, 2010 7:53 am

    cam mane??berat dah turun tapi nek balik…nafsu makan kene kurangkan ni…buat bende-bende lain kasi lupe nak makan……hehehe

    Reply

    Cara Kuruskan Badan Reply:

    nak kurankan nafsu mkn kena ambil mknan dengan kerap tp kurangkan jumlah mknan setiap serving. mkn 5-7 kali sehari tp kadar yg sedikit (cthnya buah-buahan)

    Reply

  6. Tips Kuruskan Badan on June 17th, 2010 8:49 am

    kalau boleh gantikan nasi dengan oat atau roti high fiber. gantikan hidangan 3kali sehari dengan hidangan kecil 5-6kali sehari. lebihkan buah buahan. ni cara nak kawal nafsu makan, bile lapar, kunyah buah mcm anggur & limau. plg senang mkn kunyah chewing gum

    Reply

  7. kimi on July 2nd, 2010 7:03 am

    pas besalin mana bleh pakai suaq jin:………………

    Reply

Leave a Reply