5 Panduan Menjaga & Memelihara Hamster

1. Hamster yang baru dibeli

Seperti kebanyakan binatang ternakan lain seperti kucing dan sebagainya, hamster adalah binatang yang prihatin terhadap persekitarannya. Ini bermakna, ia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pemilik dan keadaan tempat baru. Walaupun jika dilepaskan ia kelihatan seperti mahu melarikan diri, hamster adalah binatang yang dikategorikan dalam senarai binatang ternakan jinak. Pada peringkat awalnya juga, sukar untuk menyuapkan makanan kepada hamster tetapi lama kelamaan keadaan akan berubah.

Sewaktu hamster di dalam sangkar, jangan memandai mandai untuk hulurkan jari anda jika hamster tersebut masih belum biasa dengan anda kerana kemungkinan hamster tersebut menyangkakan bahaya dan bertindak kasar dengan mencakar atau menggigit (sesetengah gigitan hamster boleh membawa luka). Jika mahu memegang hamster, belajar cara memegang dengan betul iaitu satu tangan anda menjadi tempat ia berpijak dan satu lagi tangan anda mengusap di belakangnya.

2. Tempat tinggal

Selalunya, hamster yang pertama kali dibeli akan datang sekali dengan sangkar tempat tinggal. Pertimbangkan saiz tempat tinggal bergantung kepada berapa banyak bilangan hamster yang ingin dibela.

Harganya pula berlainan mengikut saiz serta perkakasan lain yang datang sekali dengan tempat tinggal. Tempat tinggal ini juga harus disediakan ruang pengudaraan yang secukupnya, tempat tidur (bedding) yang dibuat daripada habuk kayu serta tempat menyimpan makanan dan minuman. Jangan lupa untuk menyediakan bahan bahan permainan seperti roda berpusing, sudu plastik dan sebagainya kerana telatah hamster yang suka untuk bermain.

3. Makanan dan minuman

Makanan yang paling umum dan sesuai diberi kepada hamster adalah bijjian kering proses (selalunya diimport) berserta makanan tambahan lain seperti kuaci, kekacang serta makanan proses yang telah dibungkus. Sekali sekala, anda juga boleh menukar selera dengan memberi diet yang lain seperti epal, lobak merah dan pisang dengan syarat anda membuat pemerhatian jika hamster anda menyukainya atau tidak. Pemberian makanan yang basah juga tidak boleh terlalu kerap kerana ia boleh mengganggu sistem penghadaman hamster.

Sesetengah hamster yang bersifat ‘malu’ akan dilihat ‘memakan’ dengan begitu cepat dan berlalu ke tempat persembunyiannya. Sebenarnya, ia tidak makan kesemua makanan tersebut. Sebaliknya, makanan tersebut hanya disimpan di sekitar lehernya buat sementara, dan kemudian dikeluarkan semula di tempat ‘persembunyiannya’. Selepas itu baru makanan tersebut akan dimakan sedikit demi sedikit. Untuk minuman, pastikan botol airnya mencukupi dan jika perlu, tambahkan air (air boleh jadi air kosong atau campuran air dan cecari vitamin yang dibeli di kedai).

4. Kebersihan

Kebersihan perlu dijaga kerana jika tidak, bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu hidup anda. Bau ini datangnya samaada dari sisa makanan, najis dan air kencing hamster yang telah lama. Jadi, luangkan masa untuk menukar bedding hamster anda sekali atau dua kali seminggu. Anda juga boleh memandikan hamster anda sedikit dengan melakukannya dengan cermat dan berhati hati. Pastikan tempat tinggal hamster anda sentiasa bersih dan kering.

4. Melahirkan anak

Antara tanda tanda hamster bakal melahirkan anak adalah perut yang membesar serta tahap keaktifannya yang meningkat. Ia juga akan kelihatan mundar mandir di dalam sangkar seolah olah mahu keluar. Setelah kelahiran anak (setiap kelahiran mungkin melibatkan satu, dua atau beberapa ekor anak), pisahkan hamster jantan (bapa) dan biarkan si ibu bersama sama anak anaknya sehingga mereka sudah boleh berdikari tanpa bantuan daripada si ibu.

Entry Lain Yang Menarik:

  1. 5 Tip Kuruskan Badan
  2. Tip Kurus: Senaman Kardiovaskular atau Senaman Otot?
  3. Jadual Waktu Solat
  4. 5 Hotel Best di Kuching
  5. 4 Tip Rekaan Dapur

Comments

55 Responses to “5 Panduan Menjaga & Memelihara Hamster”

  1. zakaria on October 24th, 2008 1:57 pm

    kat mana nak beli hamster

    Reply

    azie Reply:

    kat kedai basikal ade kut…hakhak…

    Reply

  2. amir imran on October 24th, 2008 2:01 pm

    kat mana nak beli hamster dan sangkar

    Reply

    cs Reply:

    beli la kat carefour

    Reply

    Ashraf Reply:

    Beli la kat kedai haiwan.. If ko duduk area selangor, kat mid valley ada jual.. Hamster ada, guinea pigs pun ada gak…

    Reply

  3. Hamster Keeper-Nimrod on December 15th, 2008 10:40 am

    Saya mempunyai 2 ekor hamster,jantan dan betina. Hamster betina saya sudah beranak 2 kali.Pertama kali, hamster saya beranak 6 ekor bayi hamster yang hidup. Semuanya baik-baik, tetapi setelah 3minggu bayi hamster mati seekor demi seekor. Kedua kali hamster saya beranak enam ekor juga tapi sekarang yang tinggal hanya 2 ekor. Aku pun tidak tahu sama ada ini disebabkan faktor penyakit atau keturunan, untuk maklumat tuan puan sejak hamster saya mempunyai anak, saya tidak pernah memisahkan hamster jantan dengan yang betina. Saya berharap tuan puan dapat membantu saya kerana saya mahu melihat bayi hamster saya membesar dengan sihat like it parent.

    Reply

    ayie Reply:

    salah tu..hamster jantan mmg kelihatan jinak..tapi dye x ske kt baby hamster..

    Reply

    ayie Reply:

    stu lg sb baby dye mati maybe kurang susu dari ibu dye..

    Reply

    shamil Reply:

    kan kat atas tu dah kate kalau hamster betina beranak hamster jantan kena diasingkan.barulah anak die boleh hidup

    Reply

    azrul Reply:

    kan sedia mklum bhwa hmstr jntan same mcm haruan la….

    Reply

    Fatehah Reply:

    saya ada mengalami peristiwa mati sekor demi sekor pada awal kelahiran.
    1. selepas ibu melhirkan anak,sekurang2nya 10 hari selepas beranak, jangan sesekali pegang anak tersebut, @ sentuh bedding @ buat apa2 yg boleh memberi signal bahaya dan amaran kepada si ibu. Sekiranya ada bahaya, si ibu akan melindungi anaknya dengan satu cara yang dia tahu-makan anaknya, atau menyorokkan anknya di dlam mulutnya.
    2. memastikan bedding itu tidak melemaskan anak2 hasmter. kadang2 ada anak hamster yg terlalu kecil atau lemah “tenggelam” dlm bedding yg melibatkan kelemasan.
    3. si ibu tak pedulikan anak tersebut kerana munngkin anak tersebut ada bau asing (bukan bau die)
    4. anak itu terlalu kecil dan lemah sehingga tak boleh fight dengan adik2nya yg lain sehingga kelaparan.
    5. ibu makan anaknya sbb dia tau anaknya sakit atau cedera…

    Reply

  4. adib on February 26th, 2009 10:14 am

    kenapa sesetgh hamster dpotong ekor

    Reply

  5. Aboy81 on April 20th, 2009 4:45 pm

    nak tanya skit,klau dah beranak anaknya,mmg sekalikan dgn ibunya yer..?tgk mcm kelam kabut je betinanyer…maklumlah baru blajar dr bini bela hamster ni..kira jantan nya kena asing letak dimana saja la yer….?klau bleh bagi lagi detail lagi pasal melahirkan anak tu lagi bagus..nampak cam ringkas aje..TQ!!

    Reply

    Fatehah Reply:

    mmg kena sekali kan dengan ibunya. kalau tak mcm mane nk menyusu?

    bg sesetengah hamster yg baru PERTAMA kali melahirkan anak, mmg kelam kabut sket. silap2 kalau anda menyentuh sarangnya, dia akan makan anaknya atau sembunyikan anaknya dalam mulutnya.

    si jantan boleh diletakkan dalam sangkar yg berasingan. kalau dicampur dengan hamster betina bersama anak, si jantan akan memakan anak2nya sendiri.

    Reply

    aboy81 Reply:

    oh,patutlah bila 2 3 kali alih atau usik anak2nya,dia akan makan anaknya…kesian,skrg dr 5 eokr hanya dpt selamatkan 2 saja…terima kasih atas penjelasan anda…

    Reply

  6. Nur Syafiqah on May 24th, 2009 7:19 am

    hamster saye blh ke mandul??because dah banyak kali samekan dengan hamster jantan but tak hamil2 pun…die aktif sangat tapi perut tak membesar pun..

    Reply

    ayie Reply:

    erm,hamster xkn mandul kalau doktor haiwan xmandulkn..

    Reply

  7. Ashraf on June 6th, 2009 10:07 am

    Aku ada hamster.. tapi bila aku pegang je, terus dia gigit jari aku sampai darah.. kuang aja btol.. Eh, mcmana nk mandikan hamster?? Lagi satu, aku bersihkn hamster punya sangkar.. Tak sampai seminggu bau mcm hampeh…

    Reply

    penguin_ipoh Reply:

    beli la serbuk mandian hamster kat kedai. Hamster memang cam tu nanti kalu dia kenal tuan nye dia tak gigit l.

    Reply

    fatehah Reply:

    hmmm.jgn mandikan hamster dengan air. nanti die kesujukan, selsema dan boleh mati kesejukkan. mcm peguin ckp tu, gune serbuk mandian, butir pasir yang wangi. masukkan butir pasir wangi dalam bekas, dan hamster anda akan berguling2 dalam bekas tu. so wangi le nanti. plus, utk jage bulu die bia lawa, tak berbau, dan tak de kutu, beli spray bulu hamster. ok? tapi kdg2 sstgh spray bau tak sedap, so, kena bau dulu b4 beli. =)

    Reply

  8. Puveneswary on June 8th, 2009 8:12 am

    mengapakah hamster makan anak sendirinya? hamster yang kita mepelihara dapat melahirkan anak sebanyak 5 ekor. tetapi dalam sehari sahaja ia ketinggalan 1 ekor sahaja. kita sendiri melihat hamster perempuan itu makan anaknya…kenapa macam ini? macam mana nak jaga anaknya?

    Reply

    mikomi39 Reply:

    sebab hamster berkelakuan begitu kerana ibu hamster amat sensetif terhadap keselamatan anak mereka dan inginkansarang yg tiada gangguan. Hamster yg telah beranak dan d bela dlm sangkar eloklah d biarkan tanpa gangguan agar ibu hamster tidak stress

    So..dia takut kita makan anak dia dia la sebenarnye..kirenye nye lebih baik dia makan dulu la sebelum tuan dia makan

    Reply

  9. JANNAH on June 19th, 2009 1:59 am

    saya ada hamster.die da branak.tapi anak die da tak de.dia slalu simpan anak dia kat ne yer?HAMSTER jantan tu da makan anak die ke? pas tu,knape kene pisahkan jantan ngan betina?jantan tu makan anak ke?

    Reply

  10. ayie on July 22nd, 2009 6:53 am

    hello!aku ade gak pelihara hamster..skunk dh ade 26 ekor n ade 3 ekor ibu tgh bunting..dyorang spesis winter n winter white..

    Reply

  11. ayie on July 23rd, 2009 1:21 am

    kol 2,3 pagi aku slalu berjaga utk manjakn hamster2 aku sb dyorang wktu mlm jer aktif..

    Reply

  12. helmy on July 31st, 2009 2:23 am

    bpe lama agknye pmbesaran ank hamster tue yea?

    Reply

    ayie Reply:

    sebulan jer…

    Reply

  13. ijoi mods on July 31st, 2009 2:56 am

    hamster aku nie kdg2 sedu…
    nk wt camne ekk kasi hlg sedu…
    da mcm mnusia lak nk sedu2…
    klo mnusia org ckp nk beso,hmster ak nk beso kaa????

    Reply

    ayie Reply:

    errm,hamster tu tgh sedih sebenarnye…hamster 2 xde pasangan ke??bagi dia pasangan baru xsedu…

    Reply

  14. naid on August 4th, 2009 3:20 pm

    aku ade due ekor hamster, bbrape bln lps aku bele yg btina tu pun bunting…die lahirkan 2 ekor…aku cpt2 la asingkn jntan and betine tp due2 mati?!mcm mne tu?!pastu bln 7 ari tu die branak agi 5 ekor lak!die branak mcm biase aku asgkan la…yg peliknye sekor2 mati yg mati mak die mkn…esok pagi aku tgk tggl due ekor BANGKAI anak die…aku x tau nk wat pe aku masukkan yg jntan pstu die gi makan!mcm pisang…aku x tau knpe ank die mati?!aku jge elok2 aku dh exited tgk2 dh mmpos…pastu skrang nie die tgh bunting agi…tlg ajar aku pntang larang nye….plisssss…

    Reply

    ayie Reply:

    dasyat tol hamster branak smpai 2round dlm tempoh yg dkat…tips die asingkan jantan mse betina bunting ag…pas2 jgn sentoh ank yg bru lahir sb nti hamster xcm bau ank die…

    Reply

    nuing Reply:

    aku beli hamster jntn belaka pas2 dia bergaduh dua2 mampos salah beli…hahaha lucu gak….

    Reply

  15. akma on August 12th, 2009 10:06 am

    cre yg btol utk mamdikan hamster mcm ane???

    Reply

    inas Reply:

    ltk serbuk mandian kat dlm bekas pastu ltk la hamster kat dlm bekas tuuu…kat kedai haiwan ade jual bekas kecik untuk hamster.

    Reply

  16. inas on September 25th, 2009 9:11 am

    aq ade sepasang hamster,da lame aq pelihara tp x bunting2 pn…pastu diorang x aktif pn..asyik tdor jerrr..ble aq nk bge diorang mkn,diorang nk keluar…ble aq keluar kan diorang,pastu diorang merayap..

    Reply

    Fatin Reply:

    astaga weyy, sama dengan hamster aku wey. tapi si betina tuh dah mcm gemuk sangat. dah dorang sangat tak aktif, asyik tidur belakang rumah.motif aku beli rumah dorang aku pun taktau. haha bila bagi makan, dorang makan. tapi pastu melepak balik. kalau bagi keluar, merayap tak payah cakap. excited je. haha. kenapa ey? bila/berapa lama nak beranak? aku dah tak sabau. hehe

    Reply

  17. inas on September 25th, 2009 9:19 am

    aq nk beli sangkar hamster larr..tp harge mahal do…x der yg murah ckit kerrr…kalo sangkar kecik mamang la murah tp x muat sbb hamster aq besar sangat….

    Reply

  18. Fatin on October 17th, 2009 4:15 pm

    hm, hamsters jantan sgt pelik lah selalu ’shacking’ kenapa hah? risau jugak. tapi betina sangat active dan suke mengigit sekarang. kenapa ey?

    Reply

  19. jeman on October 17th, 2009 5:42 pm

    berapa bulan yek hamster bunting..x sbar ase nak tggu hmster aq beranak.plezzz jwb sokln aq nie

    Reply

  20. leman5515 on November 16th, 2009 3:17 pm

    nk tanye ni,hmster aku ni dia dh bncit perut ni mcm dh nk beranak..aku kena asingkn yg jntan & betina skrg ke?sb aku pn x tau ms mane dia nk beranak ni.lama mane kena asingkn dia ni??

    Reply

    craduza Reply:

    tgk bawah prot betina yg pregnant tu…kao dah nampak puting, sila asingkan sekarang. make sure sangkar betina tu xde roda…bumping bleh menyebabkan anak mati lam perot (aku dah 3 kali anak dia mati lps keluar dr perot, bila aku keluarkan roda anak nya hidup bila lahir)..asingkan jantan dr anak2 at least 3-4 minggu. pastu jgn campurkan anak2 yg kecik dgn bpk nya…sangkar baru utk anak2 yg baru..kalo dah 2 bulan tu bru bleh campur. InsyaAllah.

    Reply

  21. hamstercute on December 24th, 2009 1:32 pm

    aku ada sekor hamster tapi dia tak jinak-jinak kenapa?

    Reply

  22. lia on January 4th, 2010 1:20 pm

    aku bru je bela hamster..2 ekor..jntan betina aku xsure..tp arini aku blk keje tgk sekor dh inalillah..huhu..ngeri je aku tgk..smpai aku sndri mengeletar nk bersihkan kndang die..yg sekor lg aku tgk mcm pregnant tp kdg2 aku tgk tuh mcm telur die je..mcmane nih?????

    Reply

    craduza Reply:

    hamster yg pregnant ada nampak puting..kalo mcm telur kemerah-merahan…tu jantan. Betina yg pregnant montel je bentuk nye…:) yg jantan kalo tgk dr atas lebih menonjol d bahagian telur dia.

    Reply

  23. ney on January 7th, 2010 9:38 am

    huhu..hamster kite baru jer beranak..3ptg td..mcm mane nak buat ni.. die tagah makan anakn die…plessssssss

    Reply

    craduza Reply:

    aku dah byk kali mengalami keadaan yg sama…blaja dr pengalaman….next time kalo nampak hamster perut dah besar sgt, terus asingkan yg jantan…jgn tunggu sampai dah beranak baru asingkan….n tempat ibu yg nak beranak kalo boleh guna sangkar yg simple jgn letak roda mainan (bumping boleh menyebabkan anak mati lam perot ibu hamster), letak kotak or apa2 tempat yg dia bleh sembunyi, letak tisu ngan bedding kayu, then letak tpt tsembunyi dr pergerakan manusia dan cahaya…aku slalu tutup sangkar ngan surat khabar…bukak just time nak tukar air n makanan. make sure ibu hamster dpt makanan yg byk2, kalo bleh bg sayur n epal skali skala…kuaci pon bagus. ibu yg sehat dan sangkar yg tersembunyi dpt menenangkan perasaan ibu hamster yg tak keruan nak beranak. semoga sukses dlm penjagaan hamster anda.

    Reply

  24. momo on January 13th, 2010 8:23 pm

    tips utk elakkan hamster makan anak yg baru lahir:

    1. jgn sesekali sentuh anak2 dye pakai tgn kite. kalaw terdesak sgt, lapik dgn tisu or sarung tangan.

    2. asingkan jantan ke sangkar lain. biar betina n anak2 je.

    3. jgn kacaw2 ibu n anak2 hamster dalam tempoh seminggu. biar anak dye tumbuh bulu cket2 n celik mata.

    Reply

  25. kyon on February 4th, 2010 8:14 am

    sye masih bru dlm penjgan hamster dan sye mhu bertanya bagaimanakh kite hendak mengenali jantan betina seseekor hamster???

    Reply

  26. nurul ain on February 6th, 2010 8:23 am

    alamak..klu dh trpegang ank2 dia dgn tgn mcm mna..hemster sy br dpt bby mlm td 6 ekor..1st time,x tau pula pantg larang dia..mak dia ada mskkn ank dia dlm mulut dia,tp dia kluarkn blk,dia x mkn..mcm mna ni,slmt ke x sy dh pgang bby dia td

    Reply

  27. amir on February 10th, 2010 12:26 pm

    boleh ke kalau asingkan ibu hamster dengan anak dia selepas satu minggu dilahirkan

    Reply

  28. amir on February 10th, 2010 12:30 pm

    sebab ibu di makan anak 2 ekor sebab tu nak asingkan anak dan ibu

    Reply

  29. manz on February 25th, 2010 5:14 am

    hamster aku ada 3.kecik-kecik jer suma.yang mane satu jantan betina pun aku tak tahu.tapi hamster aku tu ske wat sepah.buat penat aku jer kemas sangkar die.tapi kalau aku mandikan dier ngan air bleh ker?

    Reply

  30. azmee handsome on March 5th, 2010 7:57 am

    1:nape nak email
    2:kalau hamster tu luka cam darah ke apa nak buat sblm dihantar ke klinik haiwan
    3:cara nak bezakan janyina
    4:knp isahkan hamster jantan (bapa) dan biarkan si ibu bersama sama anak anaknya sehingga mereka sudah boleh berdikari tanpa bantuan daripada si ibu.
    5:tanda 2 sakit

    Reply

  31. azmee handsome on March 5th, 2010 8:03 am

    reka bentuk sankar terbaik dari emas ke hahahah

    Reply

  32. sufi on March 6th, 2010 9:13 pm

    hmstr kite dlm lahirkan 6 ekor baby..dh nk msuk 3mggu..Alhamdulillah stkt ni sume sht..siap dah pandai mkn carrot n mknan len wlupun tu utk mama dia..sblm ni x tau pun hmstr tu ngandung..slalu lambung2..alih2 dah brnk..mmg dari awl lg dah asgkan jantan n betina..coz yg jntan sblm ni mati sbb si betina tu ganas sngt..slalu gigit..slalu kiter mndikan dia ngan air jer siap ltk sabun lg..xpe kan..cuma nak tau..nnt bay hmstr tu dh bsr leh la duk ngan papa dia ek? erm…mama mstr tu makin kurus jer..pegang pun x bes..cmne nak wat ye?

    Reply

Leave a Reply