5 Hotel Best di Kuching
Jika anda bercadang untuk bercuti ke Kuching, Sarawak, pasti anda akan tertanya tanya hotel manakah yang sesuai untuk diduduki sepanjang tempoh anda berada di situ? Anda mesti mahukan tempat persinggahan yang mudah dituju, dekat dengan tempat tempat menarik, serta tidak jauh dari kemudahan pengangkutan dan juga fasiliti lain.
Berikut adalah antara 5 hotel terbaik di Kuching yang boleh dicadangkan.
Hotel hotel yang disenaraikan di bawah semuanya terletak di bandaraya Kuching. Masih ada lagi hotel lain yang mungkin lebih menyeronokkan seperti di Santubong (seperti Permai Rainforest dan Holiday Inn Lagoon), tetapi memandangkan kedudukan mereka yang jauh (kira kira 1 jam perjalanan dari bandar Kuching), hotel hotel tersebut tidak dimasukkan ke sini.
1. Hilton
Hotel Hilton Kuching yang bertaraf lima bintang terletak betul betul bersebelahan dengan Kuching Waterfront yang terkenal. Jadi, tidak menjadi masalah untuk anda mengunjungi tempat tempat menarik seperti India Street, Pasar Gambir dan juga menaiki River Cruise. Apabila musim cuti, Hilton menjadi tumpuan bukan sahaja oleh pengunjung dalam negeri, bahkan juga mereka yang datang dari luar negeri. Jika mahu membuat tempahan, seboleh bolehnya ambil bilik yang tingkapnya menghadap ke arah Riverside.
2. Holiday Inn
Holiday Inn terletak betul betul bersebelahan dengan Sungai Sarawak (yang bersambung dengan Kuching Waterfront). Jangan lupa untuk menaiki sampan untuk ke kampung Boyan di seberang sungai dengan harga yang begitu murah (kurang RM1) untuk mengunjungi kafe Baruk Village (kalau hujung minggu digalakkan datang awal kerana sentiasa penuh) dan juga membeli Kek Lapis Dayang Salhah. Seperti Hilton, buat tempahan untuk bilik yang menghadap ke Sungai Sarawak.
3. Crown Plaza Riverside
Crown Plaza bersambung dengan kompleks membeli belah yang menempatkan Parkson, Giant, The Times (kedai buku) dan sebagainya di samping dekat dengan 7 Eleven (Sebenarnya, Crown Plaza, Holiday Inn dan Hilton terletak begitu dekat antara satu sama lain). Dari segi layanan, berkemungkinan Crown Plaza Riverside adalah yang terbaik (bergantung juga pada nasib). Sarapan paginya pun boleh tahan.
4. Merdeka Palace
Bertaraf lima bintang, cuma Merdeka Palace terletak agak jauh dari Kuching Waterfront. Walaubagaimanapun, Merdeka Palace dekat dengan beberapa muzium seperti Muzium Neger, Muzium Rama Rama ,Taman Budaya serta Pasar Gambir dan India Street. Hotel ini juga tidak berapa jauh dengan Pasar Satok, sebuah pasar yang terkenal (hanya pada hari Sabtu dan Ahad). Jika anda berkunjung di hujung minggu, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mengunjungi Pasar Satok.
5. Harbour View
Harbour View adalah hotel bertaraf 3 bintang sahaja, tetapi masih popular kerana kedudukannya yang strategik (dekat dengan Waterfront) serta makanan (seperti Molly’s Place di belakang hotel) dan juga panggu wayang (di seberang jalan). Jadi bagi mereka yang mempunyai budget sederhana boleh memilih Harbour View yang masih mampu memberikan kepuasan kepada anda untuk terus menerokai bandar Kuching.
Penulis pernah menetap di Kuching selama 2 tahun.
Comments
21 Responses to “5 Hotel Best di Kuching”
Leave a Reply




Terima kasih kerana menyenaraikan 5 Hotel yang baik dan berbintang-bintang. Boleh tak senaraikan budget hote yang bawah RM100 semalam.
sekian, terima kasih
Reply
Saya pernah menginap di Merdeka Palace. Boleh tahan juga makanan.
Reply
Saya bercadang melawat ke Bandar Kuching pada buan Jun 2010. Apakah hotel yang menarik dan berdekatan/sebelah Sungai Sarawak?
Reply
admin Reply:
January 21st, 2010 at 5:49 am
Semua diatas berdekatan (jalan kaki shj) dgn Sg Sarawak kecuali Merdeka Palace.
Reply
saya & family nak ke kuching bulan april 2010 nie…tapi tengah pening kepala nak booking hotel tak tahu yg mana sesuai ngan bajet….kita org pergi ramai 9 org dewasa.. mesti memerlukan van..
Reply
hotel tune adalah hotel bdget t’baik. Hny brhdpn dgn hilton hotel.
Reply
boleh tak kongsi tempat makan seafood di kuching yg sedap dan harga memuaskan? juga tempat2 makan lain nya di kuching yg tidak berjauhan sangat dari hotel2 di atas.
terima kasih.
Reply
thn lps saya 2 kali gi Kuching, memang best,byk tpt menarik dilawati.Kami 1 family enjoy sgt.Thank for abg johny yg bwk kami gi jln2 sampai ke serikin. Kalau ada peluang sya akan kesana lagi
Reply
salam….grand continental hotel ok tak
Reply
admin Reply:
April 26th, 2010 at 5:04 am
Grand continental tu ok, tapi kedudukan dia tak strategik, dan view tak cantik. Kalau nak bejalan kaki ke kuching waterfront tu, agak jauh.
Reply
nampaknya budget saya lebih kpd harbour view, agak-agak nyer lah kalau saya booking superior room twin(2 single bed)untuk saya & suami serta anak-anak saya 3 org ok tak..sempit sikit x pe . pihak hotel charge ke kalau saya bawa masuk ibu saya tapi x bagitau pihak hotel…dia org buat spot check ke? pening nak booked hotel apa, maklumlah byk info tapi masih kabur..suami kata nak duk kat kaw bandar senang g jln maklumlah x pernah g kuching. bagi pendapat..tk
Reply
kuching boy Reply:
May 16th, 2010 at 6:02 pm
salam…..harbour view pilihan yang tepat.dekat dgn waterfront and tempat membeli belah.tak pernah ada spot check la….jgn risau.bawak je sapa2 masuk.diaorang pun tak kisah janji jgn sibuk2 nak bagitau pekerja kat sana.enjoy….
Reply
kami sekeluarga seramai 4 dewasa dan 3 kanak2 akan ke kuching pada 27 & 29 mei ini, saya masih lg tercari-cari hotel di kuching yg harganya dlm lingkungan rm 150 yg boleh memuatkan kami sekeluarga. hotel mana kah yg sesuai?
Reply
Assalammualaikum , ni saya nak buat promosi sikit,kalau ada la kawan2 atau pun diri sendiri dan keluarga nak datang ke Kuching dan memerlukan perkhidmatan tour sila lah contact saya.Saya menyediakan pakej lawatan dgn harga yang berpatutan . Dan kalau ada sapa-sapa berminat nak membeli apa2 barang dari Sarawak, sila lah hubungi saya. Saya akan cuba membantu anda untuk mendapatkan barangan tersebut . Dan setelah anda berpuas hati dengan harga barangan tersebut , barulah saya akan menguruskan hal-hal pembelian dan penghantaran kepada anda . Kesemua perkhidmatan di atas adalah terbuka untuk perundingan . Kalau berminat sila e-mail saya at dbsalleh@yahoo.com …..Thanks
Reply
Untuk hotel budget yang terbaik dgn harga lbh kurang RM150 ke atas hotel harbour View adalah yg terbaik, berdekatan dgn Waterfront, pusat beli belah, menaiki perahu tambang ke kampung Gersik dan kpg Boyan utk membeli kek lapis.. yang paling penting hotel ini bersih, restoennya menyediakan makanan tradisional Sarawak yang sedap.. dan merupakan hotel yang terkenal dikalangan pelancong-pelancong dari Semenanjung.
Reply
Boleh mendapat maklumat ttg kuching + servis budget di web saya. saya menyediakan perkhidmatan utk ke kuching terutamanya utk keluarga bercuti…boleh check website.
Reply
Kuching Sarawak Tour
Assalammualaikum dan salam sejahtera , adakah anda memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk melawat ke tempat-tempat yang menarik di Kuching atau memerlukan perkhidmatan pengangkutan semasa berada di Kuching ? Pakej pengangkutan untuk lawatan serendah RM50 disediakan untuk memenuhi keperluan anda . Sekiranya berminat, sila hantarkan e-mail untuk keterangan lanjut . (dbsalleh@yahoo.com)
Antara tempat-tempat lawatan yang menarik :-
Kawasan Dalam Bandar
- Ikan Terubuk Masin Satok Market
- India Street
- Kilang Kek Lapis
- Kuching Waterfront
- Main Bazaar
- Muzium Kucing
- Muzium Sarawak
- Taman budaya
- Pasar Minggu Satok
- Sarawak River Cruise
- Tua Pek Kong Temple
- Kilang Pasu Batu 4 Kuching
- Muzium Islam
- Masjid Jamek Sarawak
- Taman Orkid
- Spring Shopping Complex
- Parkson Riverside Majestic
- Sarawak Plaza Shopping Complex
- Boulevard Shopping Complex
- Dewan Undangan Negeri
- Pandangan 360 darjah Bandar kuching dari atas Dewan suarah
- Pasar Batu 7
Kawasan Luar Bandar
- Kampung Budaya Sarawak
- Kubah National Park
- Matang Wildlife
- Gunung Gading National Park (tempat berkelah & jungle tracking)
- Jong’s Crocodile Farm
- Serikin (Sabtu & Ahad)
- Wind Cave
- Rumah Panjang Anah Rais
- Pusat Orang Utan Sarawak
- Pantai puteri santubong
- Pantai pasir pandak
- Pantai sematan
- Pantai Pandan
- Pantai Rambungan
- Tempat berkelah sungai Cina
- Tempat berkelah dan berkemah Kem Permai
Maklumat pengangkutan
* Transportation: Brand new van (Nissan Urvan 13 penumpang) + Petrol + Driver
Terima kasih,
Doll (dbsalleh@yahoo.com)
Reply
siti aishah Reply:
October 23rd, 2010 at 7:08 am
en dollah tlg contact saya di no 0193317804.tk
Reply
Pemandu pelancong Berlesen
Hubungi Jumat b Nen
016 8565274 atau e-mail
jumatkeretakeretasewa@yahoo.com.my
Transportation and Hotel arrangement available
Reply
Please visit Our Web Site At.http://www.kk-carrental-tour.com
Reply
KUCHING/KOTA SEMARAHAN HOMESTAY@GUEST HOUSE
- LOKASI DI DESA ILMU
- BOLEH MEMUATKAN 8 ORANG PADA SATU-SATU MASA
- BERSIH DAN SELESA
- 25 MINIT PERJALANAN KE PUSAT BANDAR KUCHING
- 10 MINIT DARI AIRPORT
- BERSEBELAHAN DENGAN PASAR BASAH (MENJUAL SAYUR-SAYURAN, IKAN SEGAR DAN LAIN-LAIN PADA SEBELAH PETANG SAHAJA ), SUPERMARKET, KEDAI MAKAN DAN BANYAK LAGI KEDAI UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN ANDA
- 15 MINIT BERJALAN KAKI KE UNIMAS, BANK, KFC, PIZZA HUT, 7 ELEVEN, STESEN MINYAK DAN BANYAK LAGI KEDAI
- BERDEKATAN DENGAN UITM, MAKTAB PERGURUAN DAN HOSPITAL JANTUNG
- HOMESTAY DIJAGA PENGAWAL KESELAMATAN (24 JAM)
- ANTARA KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:
1. TV
2. PETI SEJUK
3. AIRCOND
4. CEREK AIR
5. PEMASAK NASI (RICE COOKER)
6. DAPUR
7. TUALA
8. PINGGAN MANGKUK
9. ALAT-ALAT KEMUDAHAN MEMASAK
10. WASHING MACHINE
11. PAGAR KESELAMATAN (SAFETY GRILL)
12. KIPAS SILING DAN BANYAK LAGI
- DAN BAYARAN YANG DIKENAKAN IALAH SEBANYAK RM 150 SEMALAM.
- SEKIRANYA BERMINAT SILALAH E-MAIL KEPADA SAYA (dbsalleh@yahoo.com) UNTUK KETERANGAN LANJUT. TERIMA KASIH.
Reply