4 Tip Rekaan Dapur

Rekaan dapur datang dalam pelbagai bentuk, warna, keperluan dan fungsi fungsi yang tersendiri. Ada dapur yang ringkas, komplikated, berwarna warni dan juga saiz yang berlainan. Ada yang sukakan dapur yang besar, ada juga yang sebaliknya lebih gemarkan saiz dapur yang kecil.

Pendek kata, semua orang mempunyai citarasa masing masing.

Berikut adalah 5 nasihat terhadap mereka yang ingin mempunyai dapur yang praktikal dan dalam masa yang sama menepati citarasa:

1. Saiz dapur

Besar tidak semestinya bagus. Oleh itu pentingkan ciri ciri praktikaliti dan kemudahan memasak. Dapur yang besar boleh memberi ruang yang amat selesa, namun masalah mungkin timbul sewaktu memasak kerana bahan bahan makanan mungkin berada jauh di tempat memasak. Dapur yang terlalu luas juga memerlukan penjagaan yang rapi kerana tanpa penjagaan yang sempurna, dapur akan kelihatan kotor dan berselerak.

2. Kabinet

Terdapat banyak bentuk kabinet yang diperbuat dari pelbagai jenis bahan atau material seperti kayu nyatuh, cengal, jati, solid wood dan sebagainya dan harga setiap kabinet itu pula bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Ada kabinet yang dibina secara terbuka (tanpa pintu) dan ada banyak yang direka secara tertutup. Mekanisme tutup dan buka kabinet juga ditawarkan oleh pelbagai teknologi, samaada dari dalam atau luar negeri.

Jika bajet anda tergolong dalam kategori sederhana (RM5,000 ke atas) atau tinggi (RM10,000 ke atas), luangkan sedikit masa untuk melawat beberapa pereka dapur untuk melihat harga dan bentuk kabinet yang boleh ditawarkan oleh syarikat pereka.

dapur-kabinet

Sesetengah pereka menawarkan khidmat melakar bentuk kabinet dalam perisian tertentu secara tiga dimensi untuk dilihat dan dinilai oleh pemilik rumah.

Bergantung kepada saiz dapur, saiz keseluruhan kabinet boleh berubah ubah. Jika anda mempunyai barang dapur yang banyak atau merancang untuk membeli banyak perkakasan untuk dapur, sahlah bahawa anda perlukan kabinet yang mempunyai ruang yang luas.

3. Dapur kering dan dapur basah

Ramai orang kini suka kepada trend membahagikan dapur mereka kepada dapur kering dan dapur basah. Dapur kering selalunya adalah kawasan di mana aktiviti aktiviti masakan lebih melibatkan masakan yang ringkas seperti menggoreng telur atau sosej manakala dapur basah dikhususkan untuk aktiviti memasak yang memerlukan pencucian yang agak berat. Dapur basah juga selalunya menghasilkan bau yang agak kuat.

Tetapi memiliki kedua dua dapur kering dan basah tidak semestinya satu kemestian, malah Chef Wan, seorang pakar tukang masak sendiripun hanya mempunyai dapur kering sahaja. Beliau boleh memasak sebarang jenis masakanpun di dapur keringnya kerana dapurnya dilengkapi dengan hud yang menyerap bau dan mengalirkannya ke tempat yang lain.

4. Unit pulau atau ‘island’

Mereka yang sukakan rancangan masakan sudah pasti perasan kebanyakan daripada chef yang memasak di kaca TV menggunakan unit pulau atau ‘island’. Tidak seperti kebanyakan dapur yang selalunya menghadap dinding atau tingkap, unit pulau membolehkan orang lain melihat aksi kita sedang memasak dan menjadikan aktiviti memasak itu lebih menyeronokkan.

Jika anda seorang yang mahir memasak dan sering dikunjungi tetamu yang ingin belajar sesuatu dari anda, kemungkinan anda perlukan unit pulau ini. Walaubagaimanapun, unit pulau ini kadangkala datang dengan harga yang mahal, terutamanya unit yang menggunakan ‘table top’ yang berkualiti seperti granite dan batu quartz. Semak harga daripada beberapa pereka dapur dan buat perbandingan sebelum membuat sebarang keputusan.

Gambar ehsan jkitchen.com.

Adakah Berlari Berkesan Untuk Kuruskan Badan?

Berlari atau jogging merupakan sejenis senaman kardiovaskular yang melibatkan penggunaan otot otot besar seperti peha, betis dan sebagainya dan juga mengakibatkan peningkatan pada kadar degupan jantung.

Berlari akan membantu menambah efisiensi sistem kardiovaskular, yang terdiri daripada jantung, darah dan juga pembuluh darah. Tidak dapat dinafikan, berlari akan membantu meningkatkan tahap kercergasan dan kecergasan, serta membantu mengekalkan kesihatan pada tahap yang optimum.

Dari segi aspek pengurusan berat badan, adakah berlari akan memberi kesan yang baik kepada mereka yang berusaha membakar lemak dan juga menurunkan berat badan?

Ok, sebagai permulaannya, aktiviti aktiviti seperti berlari memerlukan tenaga dan tenaga ini diperolehi daripada sumber pemakanan (yang ditukar kepada bentuk tenaga oleh fungsi badan). Bagi mereka yang obese atau yang mengalami masalah berat badan, apa yang diharapkan adalah dengan melakukan aktiviti berlari dan jogging, sumber tenaga akan diperolehi daripada pembakaran lemak yang berlebihan. Lemak lemak berlebihan ini disimpan dalam bahagian perut, paha, lengan dan juga dagu.

Secara teorinya, bahagian lemak yang dibakar akan mengecil dan akan mengurangkan lapisan lemak yang menyelaputi badan. Kesan daripada ini adalah pengurangan pada berat badan.

Walaubagaimanapun, ini tidak semestinya berlaku.

Bagi mereka yang kurang melakukan aktiviti aktiviti yang menguatkan otot (tidak semestinya pergi ke gim tetapi cukup sekadar mengangkat bebadan sederhana berat seperti dumbbell dan sebagainya. Aktiviti aktiviti ini boleh dilakukan di rumah), senaman berlari yang berterusan akan menyebabkan sistem badan beralih kepada otot (yang lemah) untuk sumber tenaga kerana proses menguraikan otot yang lemah ini lebih mudah.

Otot mempunyai sumber protein yang penting kepada proses metabolisme, yang berfungsi untuk membaiki dan membaik pulih sel sel dalam badan. Protein dalam otot, jika diuraikan kepada bentuk tenaga, akan mengakibatkan otot badan mengecil dan seterusnya menurunkan kadar metobolisme. Kesan negatif akan muncul kerana dengan menurunnya kadar metabolisme, keupayaan badan untuk membakar lemak akan terbantut.

Selain daripada itu, salah satu fenomena yang dilihat oleh mereka yang melakukan aktiviti jogging atau aktiviti aktiviti kardiovaskular yang lain adalah, mereka mengalami kehilangan berat apabila melakukan senaman tersebut secara berterusan, tetapi apabila mereka berhenti daripada melakukannya, berat badan mereka mula naik semula.. Malah, ada yang mengalami kenaikan berat badan yang mendadak sehingga mendapat berat baru yang lebih teruk daripada yang sebelumnya.

Ada dua penyebab kepada fenomena ini. Yang pertamanya adalah seperti yang diterangkan sebelum ini, iaitu disebabkan kehilangan otot yang seterusnya menurunkan kadar metabolisme.

Sebab yang kedua adalah, ‘berat badan’ yang hilang itu adalah air, iaitu komponen penting dalam badan dan bukannya lemak sepertimana yang disangkakan. Penting untuk mengetahui bahawa air adalah elemen penting yang berfungsi membekalkan oksigen dalam proses metabolisme dan juga pembakaran lemak.

Jadi, apakah penyelesaiannya bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan?

Pertama sekali, perlindungan yang secukupnya perlu diberi kepada sel sel otot dengan melakukan senaman senaman berkaitan yang menguatkan otot. Jika menyertai kelab sukan atau gimnasium merupakan pilihan yang mahal, buat sedikit pelaburan untuk membeli sepasang dumbbell, dan juga bangku latihan (bench) yang boleh digunakan untuk melakukan aktiviti senaman otot. Semua ini boleh didapati pada harga kurang RM500.

Dengan menambahkan dan menguatkan sel sel otot, anda akan mengurangkan kecenderungan badan untuk menguraikan protein di dalam otot sebagai sumber tenaga, tetapi sebaliknya akan membakar lebihan lemak yang tersimpan di perut, paha, bahu, lengan dan sebagainya. Anda akan meletakkan diri anda pada landasan yang betul untuk menyelesaikan masalah berat badan.

Selain daripada itu, senaman otot akan menambahkan sel sel otot yang seterusnya meningkatkan kadar metabolisme. Kajian mendapati bahawa penambahan berat otot sebanyak 0.5 kg akan membantu badan membakar lebihan kalori sebanyak 50 kalori sehari.

Ingat, proses metabolisme ini berlaku sepanjang masa tidak kiralah waktu anda sedang tidur, makan, rehat, menonton wayang atau bekerja. Yang membezakan hanya kadar kelajuan sahaja. Jika anda berjaya meningkatkan kada metabolisme badan, dengan mengawal pemakanan anda dan latihan yang berterusan, percayalah, usaha anda untuk melihat berat badan yang baru akan membuahkan hasil.

5 Tip Kuruskan Badan

1. Kawal pemakanan

Bunyinya memang selalu dan mudah didengar tetapi amat payah dari segi praktikal. Ini kerana ramai yang beranggapan, mengawal makan bermaksud menahan lapar sehingga boleh membawa kemudaratan kepada badan. Sebenarnya, pengawalan pemakanan yang betul adalah dengan mengamalkan pengambilan zat dan nurien yang seimbang yang diperlukan oleh badan. Jangan sekali kali ‘diet’ dengan berlapar, kerana kelak badan akan merana.

2. Kurangkan pengambilan karbohidrat

Makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi dan roti penting jika seorang itu aktif kerana karbohidrat diperlukan untuk menjana dan membekalkan tenaga untuk aktiviti seharian. Namun, jika masa anda lebih banyak dihabiskan dengan kerja kerja pejabat, karbohidrat yang berlebihan tidak akan menjadi tenaga dan sebaliknya akan bertukar menjadi lemak, dan akan disimpan sebagai ‘spare tyre’ di perut, peha, lengan dan bawah dagu.

Jika sebelum ini anda mengambil sepinggan penuh nasi, cuba kurangkan kepada separuh pinggan, manakala yang lain diisi dengan lauk bersaskan protein seperti daging dan ikan, beserta sayur buah buahan.

3. Mula ‘berdamping’ dengan lemak yang baik

Tidak semua lemak itu jahat serta menggemukkan, malah lemak penting sebagai salah satu unsur keseimbangan dalam zat makanan. Antara lemak yang memudaratkan adalah seperti lemak dalam makanan berdaging seperti ayam dan daging, minyak kelapa sawit, marjerin, keju dan makanan segera yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung jika diambil secara keterlaluan.

Manakala sumber makanan berlemak yang memberi kebaikan adalah seperti minyak zaitun, minyak ikan, mentega kacang, buah avocado dan makanan yang mengandungi omega 3 seperti telur.

4. Bersenam/bersukan

Luangkan kira kira 15 minit untuk bersenam, beriadah atau bersukan tiga kali seminggu. Antara jenis senaman yang amat disarankan adalah senaman latihan otot seperti angkat berat, tekan tubi serta senaman lain yang menggunakan pemberat. Aktiviti ini akan merangsang penjanaan otot yang akan meningkatkan kadar metabolisme yang seterusnya akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan.

Jika anda seorang wanita, usah gusar dengan risiko otot yang terlalu besar akibat aktiviti angkat berat. Ini kerana, saiz otot bergantung kepada kebolehan badan untuk menghasilkan testoren dan kaum wanita hanya mempunyai kemampuan kira kira 1/8 daripada lelaki.

5. Ambil protein yang secukupnya

Apabila anda bersenam, anda sebenarnya ‘merosakkan’ dan menjahanamkan sel sel otot. Sel sel ini kemudiannya akan memberi respon dengan membaiki dan menambahbaik otot otot tersebut. Proses ini memerlukan banyak protein. Antara sumber protein yang baik adalah dada ayam, ikan tuna, telur putih dan ikan sardin.