Serunding Babi di Pasaran
Pengunjung muslim yang berhasrat untuk mengunjungi negara Indonesia dinasihatkan berhati hati berikutan penemuan beberapa jenis ‘abon’ atau serunding yang mengandungi babi. Penemuan tersebut sendiri telah disahkan oleh pihak pihak berwajib di Indonesia.
Lebih mengejutkan, kesemua jenama serunding tersebut menampal logo halal yang direka secara palsu dan digunakan tanpa pengesahan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI).
Kepastian terhadap kewujudan perisa babi tersebut telah dilakukan menerusi ujian DNA, yang benar benar mengesahkan kebenaran dakwaan tersebut. Selain daripada itu, peralatan canggih, termasuk polikamera berangkai, turut digunakan untuk mengkaji struktur serunding tersebut.
Sementara itu, Halal Industry Corporation (HDC) Corporation Sdn Bhd memberi jaminan bahawa serunding yang berada di pasaran Malaysia tidak mengandungi babi dan adalah halal, manakala serunding yang diimport dari Indonesia melalui kawalan ketat untuk mengelakkan sebarang penipuan dan aktiviti aktiviti yang meragukan. Selepas pemeriksaan menyeluruh, HDC akan memperakukan dengan memberi logo halal.
Bill Gates Paling Kaya di Dunia
Majalah Forbes telah menamakan Bill Gates sebagai manusia paling kaya di dunia untuk tahun 2009. Ini bermakna, Gates kembali merampas takhta yang telah diambil alih oleh rakan lamanya, Warren Buffet, seorang pakar pengurusan kewangan yang juga peneraju syarikat pelaburan terkenal, Berkshire Hathaway.
Sebelum Buffet merampas takhta pada tahun lepas, Bill Gates, yang mengasaskan syarikat gergasi Microsoft telah bergelar sebagai orang paling kaya selama lebih 10 tahun berturut turut. Jumlah kekayaan Bill Gates merosot dengan teruk pada tahun lalu terutamanya disebabkan kegagalan Microsoft mengambil alih Yahoo Inc menyebabkannya dipintas oleh Buffet dan seorang lagi jutawan, Carlos Slim Helu dari Mexico.
Jadual Waktu Solat
Kini sudah tidak payah lagi untuk melihat atau membuat semakan jadual waktu solat setiap hari. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM menyediakan portal khas, e-solat, yang boleh memberikan jadual waktu sembahyang yang tepat.
Pilihan waktu boleh dibuat berdasarkan negeri, daerah dan lokaliti dan ini memudahkan mereka yang berada di tempat lain pada sesuatu masa. Selain daripada itu, jadual e-solat juga boleh dijadikan rujukan jadual waktu bulan puasa di mana waktu waktu penting seperti imsak, sahur dan berbuka puasa dipaparkan. Bahkan juga, jadual waktu sola untuk yang berada di luar daripada negara Malaysia juga disediakan.


