Minggu Fesyen Antarabangsa 2008

Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kepada Minggu Fesyen Antarabangsa (International Fashion Week) yang akan berlangsung dari 26 hingga 29 Disember 2008. Ia akan diadakan bertempat di The Gardens Hotel and Residences dengan bakal menampilkan acara acara yang menarik.

Minggu fesyen tersebut juga akan menampilkan pereka pereka fesyen terkenal dari dalam dan luar negeri.  Lebih daripada 20 buah negara dari serata dunia telah mengesahkan penyertaan mereka dan akan membawa wakil pereka dan juga media masing masing.

Antara pereka tempatan yang bakal memeriahkan minggu tersebut termasuklah Eric Choong, Carven Ong, Jonathan Cheng dan Andy Sulaiman. Amber Chia, model tempatan yang mencipta nama di luar negara pula dijadikan sebagai duta untuk mempromosikan acara gemilang tersebut. Di samping itu juga, Persatuan Pereka Bumiputra juga telah dijemput untuk mengetengahkan barisan fesyen terbaru yang dihasilkan oleh tangan anak anak tempatan ke media antarabangsa.

Antara tujuan utama  Minggu Fesyen Antarabangsa ini diadakan adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang gaya dan trend fesyen sedunia pada masa ini yang seringkali berubah dan bertukar tukar dari semasa ke semasa.

Maklumat acara:

Acara: Minggu Fesyen Antarabangsa (International Fashion Week)
Tarikh: 26-29 Disember 2008
Tempat: The Gardens Hotel and Residences, Kuala Lumpur

Blog Paling Mahal Di Dunia

Blog Bankaholic.com, yang diasaskan oleh seorang pemuda bernama Johns Wu, mencatat sejarah sebagai blog paling mahal di dunia setelah dibeli oleh sebuah firma maklumat kewangan, BankRate sebanyak US$15 juta (lebih RM40 juta).

Bankaholic adalah sebuah blog yang membincangkan soal kredit, perancangan kewangan, pinjaman, simpanan wang dan lain lain aspek kewangan. Ia dimulakan oleh Johns hanya kira kira 2 tahun yang lalu sebagai sebuah laman blog yang digunakan untuk meningkatkan kefahaman beliau tentang keadaan kewangan semasa.

Menerusi blognya itu, Johns meraih pendapatan lumayan menerusi pengiklanan menerusi Google Adsense serta penjualan kad kredit menerusi program affiliate. Buat masa ini $12.5 juta telah dibayar kepada Johns, yang akan masih meneruskan sumbangan artikel di dalam blognya untuk jangka masa kira kira setahun sebelum melengkapkan pengambil alihan sepenuhnya oleh BankRate.

5 Panduan Menjaga & Memelihara Hamster

1. Hamster yang baru dibeli

Seperti kebanyakan binatang ternakan lain seperti kucing dan sebagainya, hamster adalah binatang yang prihatin terhadap persekitarannya. Ini bermakna, ia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pemilik dan keadaan tempat baru. Walaupun jika dilepaskan ia kelihatan seperti mahu melarikan diri, hamster adalah binatang yang dikategorikan dalam senarai binatang ternakan jinak. Pada peringkat awalnya juga, sukar untuk menyuapkan makanan kepada hamster tetapi lama kelamaan keadaan akan berubah.

Sewaktu hamster di dalam sangkar, jangan memandai mandai untuk hulurkan jari anda jika hamster tersebut masih belum biasa dengan anda kerana kemungkinan hamster tersebut menyangkakan bahaya dan bertindak kasar dengan mencakar atau menggigit (sesetengah gigitan hamster boleh membawa luka). Jika mahu memegang hamster, belajar cara memegang dengan betul iaitu satu tangan anda menjadi tempat ia berpijak dan satu lagi tangan anda mengusap di belakangnya.

2. Tempat tinggal

Selalunya, hamster yang pertama kali dibeli akan datang sekali dengan sangkar tempat tinggal. Pertimbangkan saiz tempat tinggal bergantung kepada berapa banyak bilangan hamster yang ingin dibela.

Harganya pula berlainan mengikut saiz serta perkakasan lain yang datang sekali dengan tempat tinggal. Tempat tinggal ini juga harus disediakan ruang pengudaraan yang secukupnya, tempat tidur (bedding) yang dibuat daripada habuk kayu serta tempat menyimpan makanan dan minuman. Jangan lupa untuk menyediakan bahan bahan permainan seperti roda berpusing, sudu plastik dan sebagainya kerana telatah hamster yang suka untuk bermain.

Read more