Cameron Diaz Pelakon Wanita Paling Mahal

Cameron Diaz telah diumumkan sebagai pelakon filem wanita paling mahal di dunia  dan Hollywood untuk tahun 2008 dengan jumlah bayaran lebih daripada $50 juta (RM170 juta) sepanjang 12 bulan yang lepas. Ia satu penamat yang paling mujarab bagi pelakon yang dikatakan mengalami beberapa masalah sejak kebelakangan ini, terutamanya dari segi hubungan peribadi.

Agak mengejutkan, filem yang paling banyak memberikan pendapatan paling lumayan kepada beliau adalah filem animasi Shrek 3, yang tidak menampilkan kemunculan diri beliau tetapi sekadar menjadi suara kepada salah satu watak dalam filem tersebut. Dalam Shrek 3, Diaz memainkan peranan seorang puteri raja yang disumpah menjadi makhluk hodoh, dan bergabung suara bersama dengan seorang lagi pelakon terkemuka, Mike Myers, yang dahulu pernah membintangi filem Austin Powers.

Bakat awal Cameron Diaz mula dikesan sewaktu beliau berumur awal 20-an dengan kemunculannya dalam filem komedi aksi The Mask bersama sama dengan pelakon sukaramai Jim Carrey. Meskipun tanpa latarbelakang latihan dalam bidang lakonan, Diaz berjaya membawa watak seorang penari kelab dengan berkesan dan membantu The Mask mencapai jualan box office.

Sejak dari itu, peluang berlakon datang mencurah curah kepadanya. Antara filem lain yang menampilkan Cameron Diaz adalah My Best Friend’s Wedding, The Holiday, In Her Shoes, Charlie’s Angels dan There is Something About Mary – kesemuanya mencapai jualan box office.

Dengan pendapatan lebih $50 juta setahun, Diaz mengatasi pemenang tahun lepas, Reese Witherspoon yang jatuh daripada tempat teratas ke tempat keempat pada tahun ini.

Tempat kedua disandang oleh Kiera Knightley yang membintangi filem sensasi Pirates of the Caribbean dan ketiga Jennifer Anniston, bekas pelakon sitcom Inggeris popular, Friends. Antara pelakon wanita lain yang turut menerima bayaran mahal dan lumayan termasuklah Gwyneth Paltrow (Great Expectation, Seven), Jodie Foster (Silence of the Lamb), Sarah Jessica  Parker (Sex and the City), Meryl Streep (The Devel Wears Prada), Angelina Jolie (Mr and Mrs Smith, Lara Croft) dan Amy Adams (Enchanted).

Imej: LAtimes.com

Rumah Paling Mahal Di Dunia

Jika orang terkaya di dunia pada masa ini, Warren Buffett, memilih untuk tinggal di rumah yand dibelinya pada tahun 50-an pada harga RM200,000 (kini rumahnya berharga RM900,000), orang kelima terkaya di dunia, Mukesh Ambani dari India tidak mahu memilih jalan yang sama. Sebaliknya dia mahu mencipta rekod memiliki rumah yang paling mahal di bumi ini.

Berapakah agaknya harga rumah yang dibina itu? RM5 juta? RM10 juta? RM100 juta?

Semua tekaan salah.

Manakan tidak, harga rumah yang dijangka siap pada awal tahun 2009 itu dikatakan bakal mencecah US$2 billion (RM7 billion)! Setelah siapnya rumah itu kelak, ia bakal mengatasi harga rumah paling mahal buat masa ini yang dimiliki oleh pemilik kelab bolasepak ternama, Chelsea, iaitu Roman Abramovich sebanyak 4 kali ganda. Kediaman yang diberi nama La Leopolda itu terletak di Monte Carlo, Perancis dan dibeli oleh Roman pada pertengahan tahun ini pada harga US$500 juta.

Buat masa ini, rumah Mukesh Ambani, yang bertempat di tanah kelahirannya Mumbai, India, sedang dalam proses pembinaan oleh syarikat yang bertanggungjawab merekabentuk dan membina rangkaian Hotel Mandarin yang berprestij tinggi.

Read more

Tarikh Raya Puasa 2008

Persoalan bilakah jatuhnya Hari Raya atau 1 Syawal untuk tahun 2008 bakal terjawaab pada hari Isnin ini, 29 September 2008, yang juga bersamaan dengan 29 Ramadan 1429 Hijrah, iaitu tarikh melihat anak bulan.

Walaupun ramai yang menjangkakan Hari Raya Puasa akan jatuh pada hari Rabu, 1 Oktober 2008, namun keputusan rasmi perlu ditentukan menerusi penglihatan anak bulan. Keputusan yang dipersetujui akan diumumkan dan diisytihar oleh wakil Penyimpan Mohon Besar Raja Raja Malaysia menerusi stesen televisyen utama dan juga siaran radio tempatan.

← Previous PageNext Page →