Resepi: Spaghetti Meatball
Resepi spaghetti meatball (bebola daging) – untuk makan 4 orang

Bahan bahan:
1bungkus spaghetti mentah, 20 (atau terpulang kepada kemahuan) bebola daging (meatball), celery, asparagus, salad, sosej, lobak merah (carrot), 3 ulas bawang putih, serbuk parsley, sebotol kuah spaghetti tomato.
Cara cara:
Penyediaan spaghetti:
- Masak dan toskan sebungkus spaghetti mentah sehingga kering.
- Gaulkan spaghetti yang telah kering tadi dengan marjerin atau minyak masak untuk menghalang spaghetti daripada kering dan melekat
- Sediakan salad segar untuk sayuran tambahan berasingan
Penyediaan kuah spaghetti:
- Potong 3 ulas bawang putih dan tumis dalam kuali sehingga naik bau
- Masukkan kuah spaghetti bersama bawang putih yang ditumis. Gaul hingga panas. Tambahkan sedikit serbuk parsley
- Tuangkan meatball (boleh masukkan sebiji sebiji atau potong separuh jika terlalu besar) ke dalam kuali. Tambah air jika perlu. Masak dalam kira kira 5 minit untuk melembutkan meatball tadi
- Masukkan bahan bahan lain seperti sosej dan sayur sayur yang telah dipotong. Tunggu hingga 5 minit lagi
- Tuang kuah spaghetti ke dalam bekas.
Kuah meatball dan spaghetti boleh disediakan berasingan atau terus dicampur, bergantung kepada selera atau kemahuan.
Sarawak River Cruise, Kuching

Jika anda berkunjung ke Kuching, Sarawak, antara tarikan menarik di sekitar bandaraya tersebut adalah Sarawak River Cruise, di mana anda boleh menaiki bot yang menyusuri sepanjang Sungai Sarawak sambil menikmati pemandangan menarik di sekitarnya. Ada beberapa syarikat yang boleh dipilih oleh anda, dan bergantung kepada syarikat, saiz bot dan harga yang ditawarkan adalah berbeza.
Sebagai contoh, syarikat Harbour Cruise menawarkan pakej perjalanan menyusuri sungai selama satu jam, pada harga antara RM40 hingga RM45 seorang. Harga ini termasuk dengan makanan ringan yang akan disediakan sepanjang perjalanan, serta persembahan tarian yang akan dipertunjukkan oleh sekumpulan penari tempatan.

5 Panduan Memilih Perabot Jati

Perabot jati memang perabot kegemaran ramai. Ia cantik, kemas dan nampak padu. Walaupun harganya lebih mahal daripada kayu kayu lain seperti cengal dan sebagainya, perabot yang dihasilkan daripada kayu jati mampu bertahan sehingga bertahun tahun lamanya. Berikut adalah 5 panduan yang boleh anda gunakan sewaktu memilih perabot kayu jati.
1. Tentukan gred perabot tersebut
Secara umumnya, perabot jati dibahagikan kepada 3 gred, iaitu gred A, gred B dan gred C. Gred ini bakal menentukan tahap harga perabot yang dijual. Gred A lebih mahal dari gred B, manakala gred B lebih mahal daripada gred C. Ini kerana perabot gred A dipotong daripada kayu jati yang paling berkualiti, dan telah mencapai usia yang matang (sehingga lebih 20 tahun). Kayunya kelihatan amat kukuh.
Jika anda tidak tahu, tanya pemilik kedai tentang gred kayu perabot mereka. Selalunya, mereka tidak akan menipu dan memain mainkan gred. Jika mereka sendiri tidak tahu, sahlah mereka ini cetek pengalaman dalam perniagaan kayu jati.
Walaupun pengetahuan anda mengenai kayu jati mungkin kurang mendalam, tetapi apabila anda mengamati dan membandingkan antara gred A, gred B dan gred C, anda akan nampak perbezaannya. Oleh kerana perabot gred A mahal, banyak diantaranya dieksport ke luar negeri untuk pasaran antarabangsa. Perabot jati gred B dan gred C paling mudah di dapati di Malaysia.


