Batik Muncul di Harrods, London

Malaysia bakal melakar sejarah apabila produk batik dari negara ini bakal dipamer dan dijual di pasaraya terkenal, Harrods di kota London, United Kingdom. Mulai awal tahun 2009, pengunjung pasaraya Harrods yang terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa dan kewarganegaraan boleh melihat produk batik Malaysia dengan lebih dekat.

Acara hebat juga bakal menanti apabila diberitakan ratu England, Queen Elizabeth II bakal merasmikan pembukaan pelbagai produk berasaskan batik tersebut. Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bakal mewakili negara dalam membawa batik ke Harrods buat pertama kalinya dalam sejarah. Antara barang barang yang bakal dijual adalah baju, kain, barangan kraftangan dan seramik yang berasaskan kepada corak batik.

Dengan keluasan lebih 18,000 meter persegi dan mampu memuatkan lebih daripada 300 bahagian jualan, Harrods merupakan pasaraya terbesar di United Kingdom. Berbeza dengan pasaraya kelas pertengahan yang lain, ia adalah sebuah pasaraya kelas atasan, dan hanya mereka yang berpakaian kemas sahaja yang boleh memasukinya. Barang barang yang dijual di Harrods juga adalah barangan original dan mempunyai mutu yang tersendiri.

Harrods dimiliki oleh  Mohamed Al-Fayed dan keluarganya, yang merupakan antara keluarga terkaya di England. Anak Mohamed Al-Fayed, Dodi merupakan kekasih kepada Lady Diana sebelum kedua dua mereka terbunuh dalam sebuah kemalangan jalan raya penuh kontroversi di Paris, Perancis pada tahun 1998.

Sehingga kini, usaha telah dilakukan untuk mempromosikan produk batik di peringkat antarabangsa seperti di Italy, Australia dan bahagian bahagian lain di Britain. Baru baru ini juga, Kementerian Pelancongan, dengan kerjasama kerajaan British, telah menganjurkan pesta penjualan batik berhampiran dengan mercu pelancongan terkenal di England, iaitu Tower Bridge.

Air Asia Umum Sejuta Tiket Percuma

Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah, semalam mengumumkan kempen sejuta tiket percuma kepada para pelanggannya. Menerusi kempen itu, penumpang boleh membeli tiket percuma secara online untuk perjalanan bermula dari 1 hingga 31 April 2009. Tempahan perlu dibuat bermula 26 Ogos 2008 dan berakhir pada hari kemerdekaan, 31 Ogos 2008.

Tiket percuma ini diberikan untuk penerbangan domestik, dan juga termasuk lebih 100 destinasi Asia dan antarabangsa, termasuk China, Perth dan Melbourne, Australia. Penerbangan ke Perth dan Melbourne adalah menerusi Air Asia X, yang dilancarkan pada awal tahun ini.

Menerusi kempen ini, penumpang tidak membayar untuk tiket tempat duduk tetapi hanya perlu untuk menanggung kos cukai lapangan terbang serta bayaran servis. Nilai bayaran untuk cukai lapangan terbang adalah bergantung kepada lokasi, dan status lapangan terbang masing masing.

One Nation Emcees Juara Gang Starz 2

One Natioan Emcees (Kredit: TV3)

One Natioan Emcees (Kredit: TV3)

One Nation Emcees (MCs) menepati ramalan apabila dinobatkan juara keseluruhan dalam final Gang Starz musim kedua yang berlangsung malam tadi. Mereka menewaskan empat lagi pencabar lain iaitu D’Reborn (Indonesia), Akasia (Malaysia), 3.5 (Filipina) dan Paragon Child (Filipina).

Walaupun seringkali menghadapi masalah kualiti suara, One Nation Emcees jelas merupakan kumpulan kegemaran ramai sejak awal permulaan pertandingan lagi kerana memiliki kelebihan pakej penghibur di samping kreatif dengan idea idea baru dalam setiap persembahan mingguan.

Dengan kemenangan itu, mereka pulang dengan hadiah wang tunai sebanyak US$100,000 atau lebih RM300,000. Mereka juga mendapat hadiah kedua bernilai RM10,000 kerana mendapat undian terbanyak sejak pertandingan di minggu pertaman.

One Nation Emcees dianggotai oleh Mimi, Zydee, Kozae dan Jojoe.

Next Page →